Kewujudan makhluk halus dan alam ghaib memang tidak dapat dinaflkan lagi. Meskipun tidak dapat melihat dengan mata kasar namun hakikatnya mereka ini sering menganggu kehidupan manusia.
Lebih menakutkan apabila makhluk ini membuat kemunculan di kala malam menerpa.Begitulah ungkapan yang terlintas tatkala menonton video milik seorang pengendali akaun facebook bernama Rizwan baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, pemilik akaun berkenaan dipercayai telah merakam gelagat beberapa rakan dalam rumah yang sedang berbual.Sambil merakam suasana tersebut, tidak semena-mena peti ais tersebut tiba tiba terbuka.
Jika ditinjau secara teliti pada video berkenaan, tiada sesiapa yang berada di bahagian dapur.
Menguatkan lagi kejadlan tersebut, seorang individu dengan berani bangun dan menutup peti ais tersebut sebelum beberapa barang dipercayai bekas pula jatuh sebabkan mereka semua bertempiaran lari.Menjengah ke ruangan komen, netizen telah memberikan pelbagai spekulasi terhadap video tersebut.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 15-1-2021 06:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Masa matriks aku penah kene mcm ni. Katil aku paling dekat dengan pintu, tapi tombol tu belah kiri, katil aku belah kanan. Satu pg tu dlm pkl 5, masa tu kt floor aku mmg ada pasang bacaan quran sblm azan tu. Aku tgh buat homework, tetiba dapat misscall dr bilik sebelah. Aku pegila ketuk, kawan aku tu tgh tido. Aku tny apsal misscall aku td, die ckp die tak misscall pun. Maybe die tertindih dan terdail no aku kot. Pastu aku pun baliklah bilik, tapi aku tak kunci bilik aku, pastu sambung wat keje atas katil.
Tetiba pintu tu terbukak sendiri, tp terbukak sikit je. Mase tu aku tunggu gak ni sape ni, kawan aku tadi ke. Pastu takde org muncul2 pun. Pastu aku tutup kunci mcm biasa la aku ingatkan mayb kene tolak angin.
Aku ingatkan benda tu biasa2 je, sekali tu esoknye roommate aku citer, malam tadi dia mimpi ada ciklang cakar2 pintu tu. Giler ah, pastu kitorg pun tak tido dah kt bilik tu kitorg setinggan kat bilik member lain sampailah kitorg kene tangkap sbb setinggan tu hahaha
Post time 15-1-2021 07:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ye ke. Kalau nak rakam kawan dia, kenapa kawan dia nampak tepi sikit tapi peti ais tu pulak jadi fokus video dia masa mula2. Macam saje nak tunjuk peti ais je.
Post time 15-1-2021 07:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
babynina30 replied at 15-1-2021 07:26 AM
Kak sarah, cite sket 1 pglmn yg plg takot
Paling takut adalah kat rumah tok tiri.. Rumah atas x ada org duduk.. Dan mmg tau ada benda ganggu.. Jadi mlm tu.. Kak sarah tido atas sebelum tido kak sarah ada marahkan makhluk x berfaedah tu..
Tgh sedap tido.. Tara benda tu melompat atas katil.. Sekali kak sarah pun melompat turun.. Hahahaha...
Rupanya semua org kena kacau kat rumah atas tu tapi yg buat bodoh adalah adik tiri bongsu kak sarah
Post time 15-1-2021 07:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Pernah kena lampu tutup bukak sendiri depan mata tanpa ada penjelasan sains yang boleh menjelaskan suis tu boleh buka tutup secara fizikal dengan sendiri, yang ajaibnya iols sampai kini masih samar2 nak percaya tentang hantu kui kui kui walaupun pernah berlaku benda misteri depan mata. Rasanya tak percaya kewujudan hantu or benda2 misteri ni juga ada penjelasan dari sains walaupun kita nampak depan mata perkara misteri tu berlaku walaupun tak nampak hantu. Maybe sebab banyak sangat kes video hantu ni menipu dan selalunya lakonan tu yang otak kita pilih untuk tidak percaya. ok sekian
Post time 15-1-2021 08:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Hanfu carik apa dlm peti ais tu dik non? Mcm2 perangai hantu, cuba la buat bende berpaedah betulkan barang elektrik rosak ke, tukar minyak hitam kereta ke barula ada yg nak berkawan dgn hang. Tak paham tau motif hantu ni. Kalau nak menakutkan org baik hang pikir kesan psikologi dekat org yg hang takutkan.
Pendapat akak hantu ni duk sama je dengan kita tp kita tak nampak. Parallel universe gitu
Post time 15-1-2021 08:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ninja9 replied at 15-1-2021 08:00 AM
suis tu memang buka tutup sendiri kah? .. advanced hantu ni
A'ah depan mata, secara fizikal pulak tu. Yang hebatnya iols masih boleh lalu tang suis tu dan ambil aiskrim dalam peti ais sambil pura2 tiada apa yang berlaku. Dan kemudiannya masih samar2 nak percaya hantu wujud ke tidak. Mungkin dia kena muncul depan mata secara fizikal ala2 Valak gitttewww, tapi kalau boleh dalam rupa paras herlokk n sado