CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 804|Reply: 0

SAKSIKAN Senda Gurau PH Yakin MENANG Sebelum KECOH Lepas Tu KALAH!

[Copy link]
Post time 2-12-2020 04:49 PM | Show all posts |Read mode


Peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini selepas undi belah bahagian yang dijalankan menyaksikan lebih 100 Ahli Parlimen menyokong, berbanding 95 yang tidak bersetuju.

Keadaan sebelum keputusan pengundian menyaksikan betapa ahli parlimen PH kelihatan yakin boleh menggagalkan usaha Kerajaan PN dalam meluluskan bajet ini, bahkan mereka menimbulkan kekecohan apabila salah seorang ahli Parlimen PN masuk lewat.

Proses pengundian bagi JPM dan Kementerian Kewangan itu dijalankan apabila lebih 15 Ahli Parlimen bangun meminta undi belah bahagian dibuat selepas undian mengikut suara.

Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi JPM itu lulus selepas sejumlah 105 undi menyokong, 95 tidak bersetuju manakala 20 Ahli Parlimen tidak hadir dan bagi Kementerian Kewangan pula sejumlah 107 menyokong, 95 tidak bersetuju dan 18 orang tidak hadir.

PENAFIAN : KelantanTV tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton. KelantanTV berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tidak melanggar perlembagaan dan undang-undang negera. Justeru itu KelantanTV berharap pihak penonton juga dapat mengawal perasaan dan menjaga bahasa dan adab dalam setiap ayat yang dituturkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.448204 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list