"Sekarang Tok Bomoh dah ada di S****e"
Mengejutkan! Pendedahan seorang pengguna media sosial Tik Tok mengenai penjualan barangan berunsur syirik dan khurafat mula dijual di platform pembelian atas talian popular dalam negara.
Barangan seperti minyak seyonyong, minyak dagu, buluh perindu, keris kecil, gading gajah, kemenyan jin, paku pasung dan lain-lain. Lebih mengejutkan ialah harganya juga sangat mahal hingga beratus-ratus ringgit.
Mentang-mentanglah PKP, tok bomoh pun nak cari pelanggan online juga ya?
Foto :Tik Tok
Menurut Rethdayat lagi, barangan dijual menggunakan nama lain di ruangan info seperti minyak kasih sayang untuk buluh perindu dan sarang burung yang dijual dalam botol kecil. Ia mungkin bagi mengelakkan terlalu nampak ketara barangan 'ilmu hitam' ini.
Foto : Tik Tok
Foto : Tik Tok
Netizen di ruangan komen turut menyatakan keseraman mereka apabila produk sebegini sudah boleh dibeli menerusi talian. Pastinya ia lebih mudah untuk mengenakan orang yang tidak disukai, misalnya.
Foto : Tik Tok
Persoalannya, betul ke itu barangan ilmu hitam yang sebenarnya? Atau ada pihak yang menggunakan akar kayu lalu melabelkannya untuk tujuan tertentu demi mengaut keuntungan mudah? - CARI
|