Kelindan lori maut selepas tercampak keluar dari kenderaannya di Kilometer 280.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat sini, petang hari ini.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kelindan berusia 32 tahun itu tercampak ke Jalan Nilai-Salak di bawah lebuh raya setinggi lima meter dan meninggal dunia di tempat kejadian.