|
Masih terdapat individu yang dikenalpasti dijangkiti virus COVID-19 tidak memberikan kerjasama serta maklumat yang betul kepada pegawai kesihatan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, perkara itu menyebabkan kesukaran untuk pihaknya menjejaki kes-kes yang ada di Labuan.
Beliau menegaskan, sekiranya didapati mana-mana individu memberikan maklumat yang salah, mereka akan didakwa di bawah Akta 342 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan.
Walau bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tidak akan mengeluarkan saman terhadap mereka yang cuba berbuat demikian, sebaliknya individu itu akan dihadapkan terus ke mahkamah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|