View: 1116|Reply: 6
|
Dr Suresh, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Hospital Covid Sungai Buloh
[Copy link]
|
|
dari FB DG Noor Hisham Abdullah
Tidak ada rehat panjang dalam usaha memerangi Covid-19 di Semporna buat para frontliner. Kami semua berdedikasi untuk memenangi pertempuran ini.
Hari minggu juga bukan alasan untuk bergoyang kaki. Pagi ini, Dr Suresh, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Hospital Covid Sungai Buloh telah dibawa untuk merancang strategi terkini dan efektif dalam menangani wabak di Semporna.
Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Hospital Semporna akan berusaha sehabis-mungkin demi untuk menyelamatkan nyawa pemberian Tuhan yang sangat berharga.
Masyarakat Semporna jangan risau. Kami sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk anda. Doakan kami untuk membantu anda dengan jayanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit Dr Suresh dan pasukannya telahpun berada di lapangan dan bersama dengan petugas kesihatan dan perubatan di hospital Semporna Sabah.
Beliau melihat kepada penambahbaikan dan memberi tunjuk ajar serta dorongan kepada semua warga kerja KKM. InshaAllah dengan usaha dan tawakkal semoga kita semua diberkati dan berjaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dalam perkataan sains panggil apa ek dia?
Virologist la ek? |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 12-10-2020 03:40 PM
Kalau dalam perkataan sains panggil apa ek dia?
Virologist la ek?
Infection Disease Specialist kot |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
monsterwife replied at 12-10-2020 03:51 PM
Infection Disease Specialist kot
Ooo panjang btol namanya..haha..
Iols ingat virologist..
Semoga selamat doc n team ke sana..amin |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|