CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19953|Reply: 26

30+ Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA

[Copy link]
Post time 19-9-2020 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 19-9-2020 04:25 PM

Negeri Bersejarah Melaka bukan sahaja terkenal sebagai tapak warisan sejarah dunia yang menjadi tumpuan pelancong dalam & luar negara bahkan turut mempunyai banyak destinasi tempat makan menarik untuk anda cuba. Senarai 30+ tempat makan best di Melaka seperti di bawah ini adalah berdasarkan pilihan orang ramai yang sering mencadangkan destinasi-destinasi ini untuk pelancong cuba sendiri keenakan makanan orang Melaka. Kalau bercuti di Melaka kelak, boleh simpan senarai ini di wall FB anda.



Menu makanan tradisional orang Melaka paling popular sudah tentulah tidak lain tidak bukan adalah Asam Pedas Melaka. Namun, senarai tempat makan menarik di Melaka seperti bawah ini bukannya hanya mengkhususkan tentang asam pedas semata-mata bahkan kesemua pilihan menu makanan baik masakan Melayu Melaka, makanan western, masakan nyonya & sebagainya turut disenaraikan. Yang pasti, kalau anda bercuti ke negeri Melaka, senarai destinasi tempat makan di bawah ini akan memberi anda satu rujukan yang menyenangkan perjalanan anda. Sila bookmark untuk rujukan masa hadapan.

30+ Tempat Makan Best di Melaka Yang POPULAR Untuk Anda Cuba

1. Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil



Kedai ini boleh membuatkan anda bergaduh & kalau nak makan kuih keria di sini tahap kesabaran perlu disemai di dalam dada. Mentaliti kena betul sebelum terjah tempat ini. Kuih keria di sini memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi siap pecah panggung satu Malaya. Sedap memang sedap tapi kena sabar.








2. Asam Pedas Selera Kampung





Kalau anda baru pertama kali bercuti ke Melaka, menu asam pedas Melaka adalah wajib untuk anda cuba. Restoran ini merupakan salah satu tempat makan yang best di Melaka untuk anda mencuba asam pedas asli dari Melaka dengan pelbagai pilihan ikan-ikan segar. Selain asam pedas, pilihan menu lain juga banyak untuk lauk pauk makan tengahari seperti masak lemak daging salai, gulai ayam & sebagainya. Senang cerita, kalau berada di Restoran Asam Pedas Selera Kampung boleh dikatakan semua menu lauk pauk tradisional orang Melaka & negeri lain ada di sini.








3. Asam Pedas Pasar Borong




Masih cerita asam pedas. Destinasi kali ini adalah bertempat di Medan Selera Pasar Borong & di sini banyak deretan kedai makan yang menyediakan asam pedas & antara nama kedai yang popular di sini ialah Dahlia Asam Pedas & Matahari Asam Pedas. Antara cadangan yang nak diketengahkan kalau dah bercuti ke Melaka sudah tentulah asam pedas telur ikan, daging tetel & pilihan asam pedas ikan yang biasa anda lihat. Selain nasi di sini juga ada menyediakan roti canai & banyak pilihan makanan santai malam yang lain samaada bergoreng atau western food. Sesuai untuk pelancong datang ke sini untuk makan malam dengan suasana yang meriah & santai dari malam sampai ke lewat pagi.









4. Asam Pedas Claypot Kota Laksamana




Lokasi Kota Laksamana memang sangat terkenal dengan Asam Pedas & bahkan ada beberapa kedai lain yang turut menyajikan makanan asam pedas. Kadang-kadang keliru juga kedai makan mana yang sebetulnya menjadi bualan mulut orang. Kedai yang telah bertapak lebih 15 tahun di Kota Laksamana ini memang agak besar dengan pelbagai jenis pilihan asam pedas yang boleh anda rasa baik ikan pari, kembung, tenggiri, telur ikan, daging tetel & sebagainya. Setiapnya dijual secara set bersama dengan sambal belacan, telur masin & sedikit sayur. Dan hidangan asam pedas akan dimasak selepas ditempah & dihidangkan panas-panas di dalam mangkuk tanah liat.









5. Aida Rich Café




Lokasinya di Ayer Keroh & kalau anda sedang berada di sekitar sini bolehlah ke Aida Rich Café yang popular dengan menu makanan orang Melaka seperti asam pedas & masakan nyonya. Suasana kedainya yang elegan & pilihan menu makanan di sini juga banyak samaada makanan santai atau makanan berat berlatar belakangkan nyonya & western. Antara menu popular di sini ialah ayam cili, ayam pongteh, asam pedas nyonya, asam pedas tetl & sebagainya. One stop centre yang tepat untuk anda mencari makanan tradisional orang Melaka di Ayer Keroh.








6. Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil




One stop centre untuk mereka yang inginkan masakan kampung dengan pilihan banyak. Destinasi makan ini lebih popular dengan hidangan kari kepala ikan & juga tidak ketinggalan dengan pilihan-pilihan lauk pauk Melayu yang beraneka seperti gulai, asam pedas, masak lemak & sebagainya. Memang sesuai untuk anda singgah makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan percutian anda di Melaka.









7. Roti Canai Kayu Arang



Destinasi ini terletak tidak jauh dari Bandaraya Melaka sekitar 10-15 minit memandu. Walaupun menu utama kedai makan ini adalah hanya roti canai namun tidak bermakna hanya roti canai yang boleh anda makan di sini. Banyak juga pilihan makanan lain yang ada di sini seperti lontong, nasi lemak kukus ayam goreng rempah & pelbagai aneka kuih muih tradisional orang Melaka. Roti canai di sini memang ada kelainannya sendiri kerana menggunakan dapur arang untuk membakar roti. Pilihan jenis roti canai seperti roti tanpal, roti bom, roti telur & sebagainya juga banyak & yang paling rare adalah roti canai nanchos, memang lazat. Jadi kalau makan roti canai di sini memang boleh rasa asap-asap arang seperti makan satay. Rasanya memang agak lain daripada roti canai lain kalau anda memang pandai beza.









8. Mee Goreng Hassan a.k.a Mee Goreng Bodo




Walaupun nama mee bodo bukan bermakna orang yang makan bodo. Mee Bodo hanya gelaran yang diberikan oleh orang setempat kerana mee goreng yang dibuat di sini sangat simple & hidangannya pula hanya dimakan dengan telur goreng merah, hirisan timun & sambal lada specialnya. Namun, popularity warung ini memang sangat terkenal di kalangan orang Melaka & setiap pagi memang sangat penuh orang yang datang ke sini untuk merasai hidangan mee gorengnya. Mee goreng di sini bukannya digoreng menggunakan cili boh seperti di kebanyakan kedai lain tetapi menggunakan sambal yang diresepikan oleh tauke kedai ini sendiri. Sambal merah seakan sambal nasi lemak ini wajib ada di dalam mee goreng untuk memberi satu kick rasa yang lebih kaw. Telur gorengnya pula digoreng menggunakan minyak cili yang memberi warna merah keemasan & rasa yang lebih masin (tetapi masin yang sedap).









9. Perhentian Kuih Kampung Ujong Pasir, Melaka





Kalau anda kepingin mencari kuih muih tradisional Melayu yang akan membangkitkan nostalgia zaman muda, salah satu tempat makan menarik di Melaka yang paling ideal adalah ke Kedai Makan Perhentian Kuih Kampung Ujong Pasir. Dengan puluhan pilihan kuih muih tradisional Melayu, pasti membuatkan anda rambang mata nak makan apa. Selain kuih muih di sini juga popular dengan makanan berat orang Melayu kita seperti asam pedas, ayam golek & sebagainya. Memandangkan kedai ini memang popular dan hanya satu sepertinya di Melaka, makan waktu cuti atau peak hour memang full. Jadi pandai-pandailah datang awal atau datang pada waktu orang lain tak datang.









10. Roti Jhon Tarik Mael Lambung





Roti John tarik merupakan satu menu makanan yang sangat popular di sini. Kalau anda sukakan cheese makan roti john di sini adalah jawapan destinasi yang paling tepat untuk anda singgah di Melaka. Dengan menggunakan cheese mozzarella yang memang sangat jarang orang lain guna untuk buat roti john, pengalaman menarik hirisan setiap bahagian roti john lebih membuatkan kita meleleh air liur nak makan. Pelbagai makanan santai lain seperti burger turut ada di sediakan di Roti John Mael Lambung.













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2020 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
No 7 & 8 parking issue. X de tmpt parking @ x cukup parking. How?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suka popia basah kat perhentian kuih kampung.. sedapppp..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnyeee mkn2 kt melaka
Nk gi kne gi hari weekdays
Takut nk gi weekend
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 19-9-2020 05:22 PM
kes parking tak ada ni,memang susah nak selesai, kempunan nak makan selalu.
kalau naik motor kot, ...


Itu lah tokey kdi dan pbt pun mcm x ada function jer.

2 kdi ni 2 kali aku dah smpi. Tp hampa sbb x ada parking. Kalo ada parking pun stok kat bahu jalan n jauh giler dgn kdi.

Pnt2 jalan jauh sekali seat plk x ada. Mmg x berbaloi dowh. Serius x.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt melaka tu banyak kedai makan yg overated. Tak sedap mana pon. Mee racun qasreena cafe tu x sedap pon. Tpi separuh dari senarai ni dah penah makan. Teringin nak makan nasi gunting. Pasau besau kan dah pindah. Ade lagi ke kedai ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2020 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai 35 tak masuk senarai ke. Saya tak pernah try lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 10:05 PM | Show all posts
asam podeh hjh rahmah sodap tp cokek darah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2020 10:12 PM | Show all posts
trunks replied at 19-9-2020 10:08 PM
la yeke? pergh, berapa tu harga? saya jarang makan asam pedas ni
adakah dia ikut jenis2 ikan tent ...

da bertahun jg tak pergi
pernah kena ambush dgn kpdnkk

tp tetap jg penuh smpai laa nih

asam podeh man bkt katil pun

beratur jg laa nih full meja

tak pernah gi

nampak lalu tepi jln jer
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara recommended tempat mkn yg sedap pd aku:
Roti john mael lambong
Roti naan pak putra
Ikan bakar parameswara
Coconut shake merlimau
Perhentian kuih kg ujong pasir
Kedai asam pedas area bkt cina ( aku lupa nama)

Tp sgt la tak recommend korg p mkn mee bodo tu n sup tengkera. Lgsg x sedap yaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 03:26 PM | Show all posts
asam pedas melaka ni memang lebih asam dari pedas nya?
compare ngan Johor rasanya pedas lebih
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 11:15 AM | Show all posts
trunks replied at 21-9-2020 06:12 PM
ye kot,saya kurang makan sangat asam pedas ni.saya lebih suka
lemak cili padi hehe..tapi dia ikut ...

itik salai masak lemak dah pernah cuba..kedai mastar kt kajang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 01:28 PM | Show all posts
trunks replied at 20-9-2020 01:29 AM
awak tau hehe,sesetengah orang

dia orang pantang nampak kalau kedai tu orang beratur panjang2
...

this i agree. byk kali nampak.. padahal makanan sgtlah biasaaa tapi sbb org tgk q panjang, semua buru2 nak pegi makan. and they REPEAT tanpa serik.
based on observation kat sstgh kawan2 i jugak.. apa nak buat





Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 01:34 PM | Show all posts
woww thanks TT

Comments

sesama sayam :D  Post time 22-9-2020 09:54 PM
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 01:42 PM | Show all posts
palmolive replied at 22-9-2020 10:15 AM
itik salai masak lemak dah pernah cuba..kedai mastar kt kajang tu?

i dah 2-3 kali jugak makan sana. i kasi 4/5 for taste. itik dia tak berbau, masak lemak dia pun sedap.. kalau tak nak itik, ayam goreng crispy dia pun ada - fresh & crispy. makan ngan sambal belacan, ulam2 pun kenyang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 01:51 PM | Show all posts
ninjago replied at 22-9-2020 01:42 PM
i dah 2-3 kali jugak makan sana. i kasi 4/5 for taste. itik dia tak berbau, masak lemak dia pun se ...

setakat ni 2 kali kot..yg memula tu mai lambat..beratur panjang...
mai kali ke 2, awal sikit..lauk pulak ada yg lum masak..tp itik dh siap..rasa dia ok..sedap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 02:01 PM | Show all posts
palmolive replied at 22-9-2020 12:51 PM
setakat ni 2 kali kot..yg memula tu mai lambat..beratur panjang...
mai kali ke 2, awal sikit..lau ...

tu la.. kalau nak gi sana kena awal or later2.. kalau kul 12 - 2pm tu sesak sgt. nak makan pun tak selesa org tunggu meja tgk kita makan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 01:56 AM | Show all posts
awenda507 replied at 20-9-2020 12:26 AM
Antara recommended tempat mkn yg sedap pd aku:
Roti john mael lambong
Roti naan pak putra

Kedai asam pedas bukit cina tu, yg kt kawasan kubur cina ke kubur lama camtu la kan sis? Kalau yg tu la, sumpah sedap namateyyy! Nasib la kami blom boleh keje lagi. Kalau taaaaaak, bedesup pegi halaaaah😭
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:57 PM | Show all posts
trunks replied at 22-9-2020 10:02 PM
hehe..saya jenis makan sayuran aje .yang awak 'cakap' tu
saya tak makan. ohya..tentu awak banyak  ...

kat melaka kan?..mengikut tajuk thread
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 11:42 PM | Show all posts
@KakLeen



.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.059868 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list