CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9944|Reply: 64

[Tempatan] Life Must Go On. Kebanyakan ibu tunggal sudah mampu bawa lori kontena

[Copy link]
Post time 2-9-2020 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Kudrat wanita kendali lori kontena - Kosmo Digital
KHAIRIYAH HANAFI
6-7 minutes



KELIBAT lori berwarna merah yang membawa muatan barang seberat kira-kira 40 tan dilihat meluncur laju membelah laluan jalan raya. Biarpun hanya memandang dari jauh, namun sudah cukup membuatkan penulis berasa kecut perut.

Tatkala lori diberhentikan di bahu jalan, seorang wanita bertubuh kecil molek turun dari kepala lori sambil tersenyum manis.

Melihatkan raut wajah ayunya, mulut penulis terlopong seketika. Sukar untuk diungkapkan perasaan pada waktu itu. Antara kagum dan tidak percaya, semuanya bercampur baur.

Mana tidaknya, kebiasaannya wanita-wanita cantik seperti Nurazlinda Maha, 33, sering dilihat bekerja di pusat kecantikan atau pejabat-pejabat berpendingin hawa. Jarang sekali mereka bekerja di bawah terik mentari apatah lagi membawa lori atau treler muatan besar.

Bagaimanapun, peluang menyaksikan sendiri wanita berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu mengendalikan lori membuktikan wanita hari ini serba-boleh dan mampu menceburi bidang yang dimonopoli kaum lelaki.

“Ramai yang tidak percaya saya memandu lori.

“Saya teringat satu peristiwa seorang pak cik mengejar lori kontena yang dipandu saya semata-mata untuk berswafoto. Katanya, lelaki itu teruja kerana pertama kali melihat wanita memandu lori,” katanya yang mesra disapa Azlinda.

Bercerita lanjut bagaimana dia menceburi bidang itu, Azlinda berkata, selain begitu meminati lori sejak kecil, pengaruh daripada bekas suami yang juga seorang pemandu lori menyebabkan dia nekad untuk mengambil lesen memandu lori.

“Saya mula memandu lori pada tahun 2017. Pada waktu itu, saya suarakan hasrat kepada ayah untuk mengambil lesen memandu lori muatan besar.

“Pada mulanya ayah tidak percaya, tetapi dengan izin Allah, saya lulus dalam ujian dan berjaya memperoleh lesen memandu GDL (Good Driving License) kejur dan bersendi yang membolehkan saya memandu lori panjang,” ceritanya.

Kelangsungan hidup

Menurut Azlinda, proses pengambilan lesen memandu lori bukanlah semudah mendapatkan lesen kenderaan biasa kerana bukan sahaja lebih sukar dan perlu melalui beberapa siri ceramah serta ujian, tetapi tempoh pembelajarannya juga agak panjang.

“Pertama sekali individu itu perlu mempunyai lesen kereta. Kemudian, mereka perlu mengikuti ceramah sebelum mengambil lesen memandu GDL. Selepas itu mereka perlu menjalani ujian membawa lori kejur seberat tiga tan. Apabila lulus, mereka akan diuji sekali lagi dengan lori bersendi pula sebelum lesen dikeluarkan. Secara keseluruhan, pada waktu itu, proses mendapatkan lesen mengambil masa kurang daripada tiga bulan dengan kos keseluruhan kurang daripada RM3,000,” tambahnya yang berkhidmat sebagai pemandu lori di sebuah syarikat penjualan barangan.

Bagi Hidayu Sabaran, 39, pula dia memulakan kerjaya sebagai pemandu lori sejak tahun 2013. Pada waktu itu, dia terpaksa menggantikan bapanya yang demam untuk menghantar bahan binaan konkrit menggunakan lori pembancuh simen di sebuah tapak pembinaan di Johor Bahru.

Biarpun takut, namun dia berjaya melawan perasaan itu dan menyempurnakan tugasan menghantar konkrit dengan baik.

“Sukar untuk gambarkan perasaan ketika pertama kali memandu lori. Niat saya hanya untuk membantu bapa.

“Teruja tetapi takut. Hanya individu yang pernah mengalaminya tahu betapa situasi itu begitu memerlukan jiwa yang kental,” jelasnya.


HIDAYU mempunyai prestasi yang memberangsangkan dalam pemanduan lori.

Bermula dengan perasaan gentar, siapa sangka wanita ini kini mampu membawa kenderaan berat dan kontena dengan muatan berbeza termasuk muatan cecair.

Lebih membanggakan, pada tahun 2018, Hidayu pernah menyertai pertandingan liga pemandu treler yang dikenali sebagai Volvo Fuelwatch Challenge dan mendapat tempat kedua daripada 1,550 pemandu lori yang menyertainya.

“Memandu lori memang letih dan menggunakan banyak tenaga. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan perjalanan jarak jauh. Paling jauh yang saya pernah pandu ialah perjalanan selama lapan jam ke sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Padang Besar, Perlis bagi menghantar barang.

Menurutnya, adakala dia ditugaskan membuat penghantaran dari Pelabuhan Klang ke Selatan, Utara dan Pantai Timur tanah air.

Ditanya cabaran bekerja sebagai pemandu lori wanita, Hidayu pantas menjawab setiap pemandu lori, tidak kira lelaki atau wanita akan berdepan dengan pelbagai cabaran.

“Di jalan raya mungkin cabarannya adalah untuk memandu dengan kenderaan kecil, manakala di tapak lokasi penghantaran pula mungkin untuk melakukan kerja-kerja mengangkut barang itu sendiri,” katanya.
ROKIAH

Seorang lagi pemandu treler, Rokiah Salim, 53, pula memilih untuk bekerja sebagai seorang pemandu lori demi kelangsungan hidup selepas syarikat lamanya menawarkan Skim Pemisah Sukarela (VSS) sekitar tahun 2013.

“Saya seorang ibu tunggal kepada dua orang anak. Sebaik hilang kerja, saya hanya terfikirkan anak dan apa yang boleh dilakukan untuk menyara mereka.

“Rakan-rakan menyarankan saya menjadi pemandu lori memandangkan gaji diperoleh lebih besar daripada kerjaya terdahulu sebagai operator. Dari situ, bermulalah kerjaya saya sebagai seorang pemandu lori,” ceritanya.

Berkat rezeki yang diperolehi hasil daripada memandu lori, wanita ini berjaya menyara dua anaknya sehingga ke menara gading.

“Bagi saya, sekarang ini kita tidak boleh terlalu memilih kerjaya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan hari ini yang memang terlalu sukar mendapat kerja,” ujar wanita berjiwa kental ini.

Pada tahun 2016, Rokiah terpilih sebagai salah seorang daripada 100 ikon negara pilihan Perdana Menteri Malaysia waktu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setahun kemudian pula, wanita hebat ini dianugerahkan Ibu Gemilang Kluster Keselamatan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sekali gus membuka mata wanita lain berhubung kerjaya pemandu lori dan menarik mereka menceburinya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat. Tp fakta mesti rmai jantan yg nk bantu dia masa dia nk amek lesen GDL. Dri nk blajar, dri pegawai JPJ masa ambil ujian
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 11:54 AM | Show all posts
Fuhhhh dasat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 12:00 PM | Show all posts
wow ...hebat ye .
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebaatttt dan dasaattt...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Superwoman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2020 12:26 PM | Show all posts
Syabas buat beliau benar kata beliau pendapatan jadi pemandu lori lebih tinggi dari jadi operator pengeluaran.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 12:30 PM | Show all posts
hebatnyaaa..kagum2!!

mesti semangat tu dtg bila ingatkan anak2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2020 12:30 PM | Show all posts
hebat!!

i bawak MPV pun terkial kial
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 12:31 PM | Show all posts
POWER!!! Respek dengan sista2 ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 12:41 PM | Show all posts
gaji pembawa lori kontena selalu 5k ke atas... lebih baik theyols bawa lori... kalau dok jual kek mamasab je memanjang entah2 rm50 nak dapat sebulan pun payah... ujung2 komisyen rm50 je tu pun kena keluarkan balik untuk pakat beli sesama agen dan suap kek sesama sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 2-9-2020 12:26 PM
Syabas buat beliau benar kata beliau pendapatan jadi pemandu lori lebih tinggi dari jadi operator pe ...

Mmg besar uuu tp tu la Kene selalu tinggalkan anak bini walaupun gaji masyuk...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni aku ada tiga impian kalau dah pencen.
1-nak bercucuk tanam n bela lembu rusa
2- bertukang
3- goyang kaki.

Mana satu menguntungkan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji masuk.. Dan paling penting halalllll..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 2-9-2020 01:17 PM
Skrg ni aku ada tiga impian kalau dah pencen.
1-nak bercucuk tanam n bela lembu rusa
2- bertukang ...

Bertukang.. Tapi ang buat Camper van.. 1 camper van kalau dari UK rm180k paling murah x salah aku.. Ang boleh ambik kursus pertukangan kayu + pendawaian.. Lps tu.. Beli van tentera.. Ubah suai jadi ala2 umah.. Post kat fb.. Mesti laku.. Sini x ada ramai lagi buat servis mcm tu.

Hahaha salah satu impian aku.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 2-9-2020 01:26 PM
Bertukang.. Tapi ang buat Camper van.. 1 camper van kalau dari UK rm180k paling murah x salah aku. ...

hang civilian anytime boleh pegi kusus tu sarah. Aku ni hmmmm, lagi 10 tahun nk pencen.,, baru la dpt pergi kusus2 tu semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2020 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 2-9-2020 01:33 PM
hang civilian anytime boleh pegi kusus tu sarah. Aku ni hmmmm, lagi 10 tahun nk pencen.,, baru la  ...

Aku nak keluar rumah tak boleh lagi.. Kalau tak.. Aku nak ambik kursus jahit baju.. Aku nak cuba jahit baju khas utk pesakit bedridden.

Pencen lepas 21 tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 2-9-2020 01:17 PM
Skrg ni aku ada tiga impian kalau dah pencen.
1-nak bercucuk tanam n bela lembu rusa
2- bertukang ...

bela lembu rusa rak boleh tinggal pagi petang kena bagi depa makan. kang nak holiday ker umrah ke haji ke... ada pekerja takpe
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 2-9-2020 01:35 PM
Aku nak keluar rumah tak boleh lagi.. Kalau tak.. Aku nak ambik kursus jahit baju.. Aku nak cuba j ...

Hahahahaha

Jahit kau tgk utube je. Aku jahit cadar katil bujang aku dulu pn tgk utube je. Beli mesin jahit cap ayam yg rm40 tu kt Shopee. Sampai skrg ade lagi. Skrg ni mesin tah kemana dah. Dah kawen mls pulak nk jahit2.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2020 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 2-9-2020 01:41 PM
Hahahahaha  

Jahit kau tgk utube je. Aku jahit cadar katil bujang aku dulu pn tgk utub ...

Hahaha.. Mesin tu ada.. Tapi tangan keras kejung nak jahit bagi sama.. Nak kena pi beli kain cotton murah2..nak cuba buat baju kurung kedah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-9-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052207 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list