CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 25172|Reply: 65

PS5 dah keluar ni, 8k HDR resolusi ,,harga? meh tgk sini

[Copy link]
Post time 15-6-2020 11:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 31-10-2021 03:53 PM

  • PLAYSTATION 5 RASMI TIBA PADA TAHUN 2020 7 PERKARA KORANG PERLU TAHU TENTANG KONSOL TERBARU SONY





youtube review
-------------------







Tanpa aral melintang atau persembahan besar-besaran di atas pentas, Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan PlayStation 5 (PS5) secara rasmi di laman sosial media mereka.


Walaupun ini telah dijangka oleh banyak media gaming dan juga pemain, presiden dan CEO SIE akhirnya membuka mulut dan mendedahkan lebih banyak perkara bermain di kotak fikiran kami seperti controller PS5 baru, game apa yang bakal tiba di PS5 dan macam-macam lagi.
Melalui kenyataan dari PlayStation dan Wired, inilah 7 perkara korang perlu tahu tentang konsol PS5.



1. Sistem konsol PS5


Seperti mana korang sedia tahu, CPU PS5 akan mengambil langkah sama seperti konsol terbaru Xbox, Project Scarlett. CPU PS5 adalah generasi ketiga AMD Ryzen 8 core 7nm Zen 2.


GPU pula dipacu oleh rangkaian Radeon Navi yang akan menyokong ray tracing iaitu suatu teknik yang mengolah cahaya dunia sebenar ke dalam persekitaran tiga dimensi (3D) dalam sesebuah game seperti korang betul-betul berada dalam dunia game berkenaan.
Setakat ini, tiada konsol yang mampu mengolah ray tracing ini dan muncul dalam rangkaian Nvidia GeForce RTX untuk PC tetapi PS5 sah akan menyokong teknik ini.


PS5 akan buang hard disk drive (HDD) dan menggantikan dengan solid state drive (SSD) yang boleh mengurangkan masa loading game dalam sekelip mata. Kepantasan ini telah diuji melalui game eksklusif PS4, Marvel Spider-Man dan ia hanya mengambil 0.8 saat berbanding PS4 Pro mengambil masa 8.1 saat.



2. PS5 menggunakan Ultra Bluray (100GB untuk satu cakera)




PS5 akan menggunakan Ultra Bluray untuk memasarkan game fizikal yang mampu menampung 100GB dimasukkan ke dalam pemacu optik (optical drive) yang juga berfungsi sebagai pemain Bluray 4K.


Ini tidak mengejutkan kerana game AAA terbaru, Red Dead Redemption 2 (RDR 2) memerlukan dua cakera Bluray (Bluray asal boleh memuatkan sebanyak 50GB) yang mana satu cakera untuk pemasangan game dan satu lagi cakera untuk main RDR 2. Malah, The Last of Us Part 2 dikatakan bakal datang dengan dua cakera juga.

game red dead redemption



3. Pemasangan (installation) game PS5




Pasang kedua-dua sekali atau salah satu terlebih dahulu?

Salah satu peningkatan pemasangan game adalah korang diberi kebebasan untuk pasang komponen game mana satu terlebih dahulu. Sistem ini telah pun hadir dalam PS4 dan saya menjangkakan PS5 akan mengeluarkan pop-up window sebelum korang mulakan pemasangan seperti dalam gambar di atas.
Ini bermakna korang boleh menikmati dulu kempen single-player sementara PS5 tengah memasang mod multiplayer atau korang boleh pasang kedua-dua komponen sekaligus.

4. Antaramuka pengguna (user interface) baru


Antaramuka pengguna PS4

Setiap generasi konsol PlayStation akan ada antaramuka pengguna (UI) lain daripada yang lain dan ini juga sama seperti PS5.
Walaupun tiada gambar yang menunjukkan UI baru, UI PS5 kali ini akan memperincikan butir-butir pemain dengan game yang sedang dimainkan. Contohnya, korang boleh lihat rakan PS5 tengah bermain misi apa dalam game single-player dan apakah ganjaran atau langkah seterusnya yang mereka akan dapat manakala game multiplayer pula memberitahu pemain tentang aktiviti apa korang boleh sertai pada masa itu.

5. Controller DualShock 5


Sumber: YouTube

PS5 dan controller DualShock memang tidak boleh dipisahkan seperti sepasang kasut dan stokin atau pasangan mempelai bagaikan pinang dibelah dua. Inilah penaiktarafan baru untuk DualShock 5 (bukan nama rasmi).

  • Maklumbalas haptic

Controller baru bakal mempunyai maklumbalas haptic iaitu satu mekanik yang menterjemahkan deria sentuhan manusia ke dalam bentuk komputer.
Teknologi haptic ini akan menggantikan teknologi rumble yang digunakan untuk DualShock 4 iaitu mengesan pergerakan tangan pemain dan sensasi gegaran.

Ditambah dengan peningkatan pembesar suara di controller, haptic ini memberikan perasaan lebih mendalam ketika korang bermain game PS5. Jika karakter korang tengah berjalan di atas permukaan pasir ataupun di atas salji, korang boleh rasa geseran pasir kasar dan permukaan ais cair dan licin.

  • Picu adaptif
Selain itu, picu adaptif (adaptive triggers) kini diolah masuk ke dalam butang L2 dan R2. Melalui picu ini, korang boleh rasa ketegangan menarik busur dan anak panah ataupun memandu kereta laju di atas kawasan berbukit-bukau.


  • Dicaj menggunakan USB Type-C dan lebih berat

Controller PS5 baru akan dicaj menggunakan USB Type-C dan ia lebih berat berbanding DualShock 4 tetapi lebih ringan daripada controller Xbox dipasangkan bersama bateri.
Buat masa sekarang, Sony masih lagi belum mendedahkan gambar rekaan dan nama controller baru serta beberapa ciri lain yang mengatakan ada fungsi untuk pembantu AI yang diaktifkan melalui suara dibina ke dalam controller baru melalui pendaftaran paten ini.



6. Sudah ada game boleh dimainkan di PS5


Gran Turismo Sport

Khabar angin mengatakan pembangun game sudah mendapat kit PS5adalah benar. Melalui artikel Wired, beberapa game sudah boleh dimainkan melalui PS5 seperti Marvel’s Spider-Man, game PSVR, Astro Bot Rescue Mission dan Gran Turismo Sport (GT Sport).
GT Sport memberi impak besar dalam maklumbalas haptic yang mana korang boleh rasakan gegaran dan sentuhan deria mendalam semasa memandu laju di atas trek tanah mahupun jalan raya biasa. Walaubagaimanapun, teknologi haptic ini mungkin boleh memenatkan pemain iaitu sama seperti korang menonton wayang menggunakan kerusi D-Box. Sumpah penat.


Setakat ini, studio besar seperti Bluepoint Games terkenal dengan Shadow of Colossus sedang membangunkan game PS5 tetapi masih lagi merahsiakan info lanjut tentang game ini. Selain Bluepoint Games, EA juga tengah bereksperimen dengan PS5 dari segi GPU seperti ray-tracing dan ambient occlusion yang boleh memberi peningkatan besar terhadap gameplay.

7. Berapakah harga dan apakah game dilancarkan bersama PS5 nanti?



Melihat kepada pemerhatian kami terhadap harga pelancaran konsol PlayStation lepas (untuk pek konsol dan DualShock sahaja), PS3 dilancarkan di Malaysia dengan harga rasmi RM1,799 pada tahun 2008 manakala PS4 dipasarkan dengan harga yang sama juga.


Sony Malaysia belum lagi mengumumkan harga rasmi PS5 tetapi kami jangkakan ia akan dipasarkan dalam lingkungan harga RM1,500 ke 2,000.
Buat masa sekarang, tiada lagi senarai game eksklusif PlayStation yang bakal tiba untuk PS5 tetapi mereka mengacah Death Stranding, The Last of Us Part II dan Ghost of Tsushima sebagai game untuk PS5. Perlu diingatkan, konsol PS5 juga menyokong backwards compatibility iaitu membolehkan korang main game PS4 di PS5. Fungsi ini mengikut gaya Xbox One yang boleh bermain game Xbox dan Xbox 360.
PlayStation 5 akan dilancarkan ketika musim cuti/sejuk iaitu anggaran September – Disember pada tahun 2020.
Adakah korang akan mengangkat PS5 semasa hari pertama pelancaran atau tunggu terlebih dahulu? Kongsikan bersama kami di Facebook, Twitter dan Instagram serta saksikan kami di YouTube.

PlayStation 5 specs and details:
Custom SoC with second-gen Navi GPU, Zen 2 8-core, 16 thread CPU
Navi, Zen SoC uses new AMD RDNA 2.0 architecture
Ultra-fast SSD
Support for 4K 120 Hz TVs
Ray-tracing enabled
8K output for gaming
Plays all PS4 games
Separate games that ship on BD-XL Blu-ray discs
New controller with extensive haptic and tactile feedback





-----------------------------------------------------


baca review tadi harga 2000- 2200rm hehe
lama dah tunggu PS5 ni,bukanlah macam
smartphone ,6,7 bulan sekali ke apa dah
keluar model lain,dah kumpul dari
PSOne hingga 4. so dah nampak perbezaan grafik
yang daripada bangang hingga kualiti 4K kat PS4
Guna TV 4K lagi gempak.
dan PS5 ni sokong format 8K
pergh,.aje gila..dan lebih sedap lagi
game PS4 boleh main kat PS5










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2020 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak beli.. tapi kena simpan duit utk beli rumah..
Antara minat dgn keperluan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 12:01 AM | Show all posts
aku tetap setia dengan PC

malah rockstar games yang mengeluarkan AAA game juga dah mula proceed dengan rockstar launcher, bunga2 akan terus publish game untuk PC

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 02:23 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 16-6-2020 02:26 AM

Pair dgn 4K frame tv samsung ni pun okay macam sama theme dah kan? Tp skrg dah 2020, kena pair dengan gaming TV yang high fps kot, kang manjang kalah je lawan online sbb tv slow.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2020 02:45 AM | Show all posts
Kurex replied at 15-6-2020 11:56 PM
Nak beli.. tapi kena simpan duit utk beli rumah..
Antara minat dgn keperluan

oh hehe utamakan lah yang penting dulu awak, lagi pun
bila PS5,dah keluar, yg lain lebih murah dah,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2020 02:49 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 16-6-2020 02:23 AM
Pair dgn 4K frame tv samsung ni pun okay macam sama theme dah kan? Tp skrg dah 2020, kena pair denga ...

ya betul tu,macam kena beli 8K TV pula.. barulah kesedapan
ternikmat yang terindah, TETAPI

tengok bawah ni ? haha




tak menahan harga





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-6-2020 02:55 AM | Show all posts
JohnnyLever replied at 16-6-2020 12:01 AM
aku tetap setia dengan PC

malah rockstar games yang mengeluarkan AAA game juga dah mula proceed d ...

syabas betty,mesti awak yang SETIAbertuah nya pasangan awak ni  hehe

saya jenis tak setia kalau dalam device2 ke apa ni
tapi,saya faham yang,kalau awak enjoy dengan
PC games..macam sayalah,saya tak akan main
game guna PC.. enjoy console..


oh ya AAA game macamni?


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 08:52 AM | Show all posts
"Adakah korang akan mengangkat PS5 semasa hari pertama pelancaran atau tunggu terlebih dahulu?"

aku akan tunggu dulu sbb:
-selalu PS ni akan ada update version ke slim/super slim/pro dll...
-tunggu review dari user, salah sorg boss aku kaki game
-tahun ni tahun saving kaw2 pasal PKP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2020 10:36 AM | Show all posts
trunks replied at 16-6-2020 02:55 AM
syabas betty,mesti awak yang SETIAbertuah nya pasangan awak ni  hehe

saya jenis tak setia kalau ...

bukan apa encik trunks

dulu ada ps2, sony untung banyak dengan konsol ps2 walaupun akhirnya konsol itu dimodkan untuk boleh main pirate punya DVD

tetapi malangnya sony terpaksa berganjak meneruskan projek ps3 selain tekanan itu xbox 360 sudah keluar dulu,

syarikat2 publisher game dan developer game tidak boleh memaksimakan keuntungan kerana piracy

berbeza dengan keadaan ekonomi kini, ekonomi digital semakin rancak dengan wujudnya streaming platform dan juga itu youtube

ramai budak2 muda tiada kerja menganggur di Amerika dan juga Eropah sudah mula jadi youtuber buat persembahan diri dia main game.

jadi ini menggalakkan rancaknya budak2 mahu main game online dan piracy secara 40 per cent berjaya dikurangkan

tambahan lagi ramai sudah sedar kerana piracy banyak game sekarang dibuat dengan tidak semangat dan sambil lewa

mahu2 lagi video game yang grafik seperti awal 90 an punya game'

bagi kes ps5, ini masih lagi harga yahudi dan ramai orang tidak mampu kerana tidak banyak game AAA yang dipublishkan juga

jadi konsol memang susah mahu survive

aku tidak pasti berapa lama ini ps5 akan duduk di pasaran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2020 12:27 PM | Show all posts
JohnnyLever replied at 16-6-2020 10:36 AM
bukan apa encik trunks

dulu ada ps2, sony untung banyak dengan konsol ps2 walaupun akhirnya kon ...

panggil saya sis aje  hehe

oh ,awak tengok isu global ke tentang nak main game ni?

kes youtuber main game di youtube tu ,diaorang cari usd
guna iklan dalam video,ye lah kan.daripada main saja2
baik cari duit,

macam kita layan games, hanya lah  sebab hobby, cuma
ikut macam peredaran masa juga,kadang2,dah ada
hobby lain,games kadang2 layan ,tapi sebagai
Play station fans, dia orang,,akan beli walau
akan keluar PS10 pun.hehe.

apa pun medium kita guna untuk play games ni
kita enjoy -(nora danish style) hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2020 12:29 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 16-6-2020 08:52 AM
"Adakah korang akan mengangkat PS5 semasa hari pertama pelancaran atau tunggu terlebih dahulu?"

a ...

saya tak kisah sangat tentang hari pertama ke tunggu
masuk malaysia,,bukan type begitu,asal kan masa free
bila2 PS5 dah masuk sini,memang akan beli nya
cuma,sebelum beli ,kena banyak baca juga
review,nak beli yang mana tu aje hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak apa.. Layan game kat phone saja laa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 16-6-2020 01:06 PM
Tak apa.. Layan game kat phone saja laa..

Hahaha... sama la iols.. tapi tatut kalau komen mcm tu, momod potong tacang sbb spam benang dia.. hahaha

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2020 01:49 PM | Show all posts
Edited by trunks at 17-6-2020 03:44 AM
sarah82 replied at 16-6-2020 01:06 PM
Tak apa.. Layan game kat phone saja laa..

haha kan.. apa pun medium kita guna untuk main
asalkan kita enjoy


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2020 01:52 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 16-6-2020 01:42 PM
Hahaha... sama la iols.. tapi tatut kalau komen mcm tu, momod potong tacang sbb spam benang dia..  ...

tak adalah nak potong nya,bagi lagi ada haha

ohya,game Handphone yang mana lagi awak suka hehe
saya kalau mobile, saya layan game kereta Asphalt aje
lain tak boleh layan lagi


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 16-6-2020 01:49 PM
haha kan.. apa pun medium kita guna untuk main
asalkan kita enjoy

Hahaha.. Betul.. Janji main puas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2020 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 16-6-2020 01:42 PM
Hahaha... sama la iols.. tapi tatut kalau komen mcm tu, momod potong tacang sbb spam benang dia..  ...

Hahahahaah.. Mod x potong... Selalu komen thread mod buka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 16-6-2020 01:52 PM
tak adalah nak potong nya,bagi lagi ada haha

ohya,game Handphone yang mana lagi awak suka hehe
...

Iols bayangkan momod berjiwa ganazzz....

Games iols main mcm yg dlm gambar. Sblm ni main game bina perkataan. Tapi dah habis level, jadi uninstall dan bubuh game ni. Dolu2 ada game memori, tapi lama2 sakit kepala main, maka kena uninstall. Pernah main game zombies and plants, tapi tu dlm tepon lama yg dah rosak skang. Dlm tablet ada clan wars tapi dah lama tak main. Basically, iols main yg buhsan2 sajork.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 16-6-2020 02:11 PM
Hahahahaah.. Mod x potong... Selalu komen thread mod buka.

Iols tingat lagi sapa ntah marah2 kita sbb hijack benang.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 16-6-2020 02:29 PM
Iols tingat lagi sapa ntah marah2 kita sbb hijack benang.. hahaha

Hahahaha.. X apa.. Mod Trunk ok.. Selalu lepak komen2 kat thread dia buka.. Iols suka gadget juga.. Game pun mod trunk ada juga buka hari tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.094454 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list