View: 6884|Reply: 16
|
[Bahasa]
[Takwil Puisi 46] KEPOMPONG...
[Copy link]
|
|
Pemenang [Takwil Puisi 45] Hajat
@kaksenah65
Maksud puisi:
Setiap orang pasti mengejar impian dan matlamat masing-masing. Namun, kadang-kadang mereka terlupa untuk menghargai apa yang sudah ada di sisi mereka. Tanpa disedari, apa yang dimiliki mulai berciciran. Benda yang sudah hilang, biasanya sukar dimiliki semula. Jika mampu dimiliki, keadaannya takkan sama seperti dulu lagi. Tiada salah mengejar impian dan matlamat, namun berpada-padalah dan tidak terlalu mengikut nafsu ketika membuat sesuatu keputusan.
Puisi Minggu Ini
KEPOMPONG
Sakit badan dia,
Tak tertanggung rasanya,
Inilah hadiah akibat nak merubah penampilan,
Nak menentang arus perdana,
Nak keluar dari kepompong.
Benarkah?
Bakal Berjayakah metamorfosis itu?
Namun kepuasan menerokai segala saraf.
Puas. Puas. Puas.
Ini memang menjadi kepuasan dirinya,
Bukan tabiatnya,
Melakukan sesuatu yang bukan didamba,
Di luar tabiinya,
Usah harap dia akan tunduk pada konformiti,
Pada norma.
Kalau tidak,
Sudah lama dia endahkan cakap-cakap sumbang mereka,
Mana mungkin,
Cakap-cakap itu menggigit rakus telinga nipisnya,
Mana mungkin,
Cakap-cakap itu melemahkan jiwanya.
Tambah degil dia,
Tiada kuasa dia,
Peduli apa dia pada iblis yang berbisik,
Mana mungkin...
Bak jigsaw,
Kartu peristiwa hanya akan menyelit,
Ke ruang kosongnya,
Bila detik dan tangan yang sesuai mencuitnya.
Dah ranum detik itu,
Dah matang tangan itu,
Akhirnya gelanggang itu menjadi saksi,
Dewan itu turut memerhati,
Detik masanya telah tiba,
Dia menemui kekuatannya kembali.
Kepuasan bila menghentam bola,
Bak menghentam mulut-mulut celupar,
Yang menglilingi setiap insan,
Kepuasan bila menghentam bola itu,
Memecah belenggu konformiti yang merantai dirinya.
Nukilan karya,
@seribulan
@krimkraker
@watashinoai
@ati2027
@johan-adx
@berakit2kehulu
@orgsepang
@nurrlisa
@chicozinn
@KILL_NANCY
@MeghanK
@TalibanRock
@kuzaime
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@Rob07
@takayama
@meisapoya
@KahPahJ
@seller6183
@mdhelmi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Iolls cuba ye
Sajak ni macam sajak untuk LGBT atau golongan yang cuba untuk mengubah diri yang lahir semula jadi.
Walaupun fitrah dilahirkan sempurna, tapi masih lagi pelaku mengikut hawa nafsu untuk melanggar norma.
Tapi ada harapan juga untuk pelaku kembali ke jalan yg lurus bila jumpa orang yang betul. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
deep...
@johan-adx...klaim |
|
|
|
|
|
|
|
mendalam puisi kalini seri.. |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhhhhhhhhh~ deep ni .... deep dan pedih ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali imbas baca memang tiba2 termenung memikirkan golongan transgender...bab 'puas puas puas' itu ...
hakikatnya mereka hidup dalam delusi,
menatap refleksi yang menipu diri,
kehausan ketikan like dan share demi validasi,
hidup penuh lakonan walau menangis sendiri
validasi yang fana kelak hancur dek tanah
yang dicucuk sini, yang diimplan sana,
semuanya akan menempuh tarikh luput,
kerna Tuhan itu pasti menuntut.
ecewah gitew |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kak Senah cuba takwil ye puisi special nukilan momod @seribulan kali ni ye. kena ambik masa lama sikit sebab deep puisi kali ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Senah cuba ye tafsir puisi Kepompong:
Nukilan karya,
@seribulan
Menceritakan tentang individu yang sanggup menanggung kesakitan fizikal dan emosi demi merubah penampilan diri dari aspek fizikal mahupun gaya hidup. Individu ini merupakan seseorang yang kental jiwanya dalam mencapai keinginan dan kepuasan dirinya walaupun kepuasan itu menyalahi norma masyarakat.
Dia tak akan tunduk kepada desakan, cacian masyarakat untuk menjalani kehidupan yang sesuai dengan tabii. Malah, segala stigma itu menjadi pembakar semangat untuk dia terus menongkah arus norma masyarakat.
Setelah selesai semua proses transformasi dan akhirnya dia berasa selesa menjadi dirinya yang baru, setiap kejayaan dan keselesaan yang dicapai setelah transformasi diri menjadi senjata ampuh untuk menutup mulut mulut manusia yang selama ini mencemuh dirinya kerana menongkah arus. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Deep deep deep
Ikut takwilan saya, ni pasal seseorang yang menentang arus, cuba melawan stigma masyarakat, yang cakap, dia tak boleh buat. Tapi dia berusaha, dan buktikan dia sebenarnya boleh. Dan terasa puas di hati
Eh ker ni pasal geng songsang? Tapi puisi ni menikam kalbu betul |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
perihal seseorang yang telah merubah fitrah asal dia
semata2 utk kepuasan nafsu dunia yg diciptanya sendiri
nasihat,teguran sikit pun tak mengubah pendiriannya
akhirnya dia nekad utk merubah kembali ke asal
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagi saya mungkin penulis nak sampaikan kisah transgender yang bersusah payah, sikit demi sikit merubah kurniaan Tuhan. walau masyarakat menasihati, mencemuh, tapi dia tidak peduli asalkan impiannya tercapai. akhirnya dia puas setelah dapat mencapai transformasi yang sepenuhnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seseorang yang sanggup mengging kesakitan fizikal dan emosi untuk berubah even perubahannya betentang dengan kebiasaan adat masyarakat. Dia berasa puas dengan tindakkannya itu. Dia brusaha untuk mencapai kejayaan untuk menutup mulut masyarakat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Akak cuba.
Kisah seorang yang pernah disakiti cuba membalas dendam dengan melakukan sesuatu yang bertentangan biarpun harus menanggung kesakitan. Dia rasa puas berhasil menyakiti hati mereka lalu terus menerus melakukannya biar apa pun akibatnya nanti. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kaka cuba takwil, dalam sgt makna puisi kali ni
pemuisi menceritakan mengenai insan yg cuba transform diri dia yg bercanggah dgn hukum asal
apa bila dia telah berjaya transform dia rs puas akan apa yg dia capai
namun setelah tersedar dia berusaha utk melawan semula nafsu tersebut dan kembali kepada fitrah asal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Closed
. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|