|
Semalam ulang tahun Abg Din yang ke 30. Isterinya dengan gembira nak belanja Abg Din pergi berhibur di Pusat Karaoke terkenal dan termahal di tempat mereka.
Malam itu, sampai di pintu Karaoke, pak guard tegur “Apa khabar Abg Din, lama tak jumpa”.
Isteri : “Siapa tu? Kenal ke?”. Abg Din : “Alaa. Kawan mancing”. Masuk ke dalam Karaoke terus duduk dalam bilik special. Waiter masuk, “Hai Abg Din. Minuman biasa ke?” Isteri : “Kenal juga ke?” Abg Din : “Alaa, kawan bowling”.
Tak lama lepas tu GRO seksi dan genit masuk, “Hai Abg Din, malam ni kita duet dan menari”, dengan penuh manja. Isteri Abg Din naik angin terus tarik keluar nak balik rumah. Tahan teksi dan masuk, drebar teksi : “Hai Abg Din, cepat balik malam ni? Pergi hotel biasa ke, apahal malam ni ambik yang tua?”.
Sekarang Abg Din dalam ICU. Mohon doa kalian.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|