SIARAN MEDIA SOLARFEST 2019 GERHANA MATAHARI CINCIN 26 DISEMBER 2019
PLANETARIUM NEGARA·THURSDAY, DECEMBER 19, 2019·3 MINUTES
SIARAN MEDIA
PLANETARIUM NEGARA
KEMENTERIAN TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR dan PERUBAHAN IKLIM (MESTECC)
SIARAN MEDIA SOLARFEST 2019
GERHANA MATAHARI CINCIN
26 DISEMBER 2019
(KHAMIS) 26 DISEMBER 2019 - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Astronomi yang jarang-jarang berlaku iaitu Gerhana Matahari Cincin. Fenomena ini hanya akan berlaku dalam tempoh 21 tahun dan akan berlaku lagi pada tahun 2042.
Gerhana Matahari Anulus (Cincin)
i. Lokasi : Tanjung Piai, Pontian, Johor
Tarikh: 24-26 Disember 2019
ii. Lokasi : Serian, Sarawak
Tarikh : 26 Disember 2019 (Khamis)
Gerhana Matahari Separa
i. Lokasi : Planetarium Negara, Kuala Lumpur
Tarikh : 26 Disember 2019 (Khamis)
Bersempena fenomena ini, Planetarium Negara dengan kerjasama Majlis Daerah Pontian dan Taman Negara Tanjung Piai akan membuat pencerapan gerhana Matahari Cincin pada tarikh berkenaan. Lokasi rasmi pencerapan negara adalah di Taman Negara Tan jung Piai yang juga terkenal dengan jolokan “Penghujung Paling Selatan Tanah Besar Benua Asia”. Bandar Serian, Sarawak turut menjadi lokasi rasmi Program Gerhana Matahari Cincin selain Planetarium Negara Kuala Lumpur.
Pelbagai acara dianjurkan semasa SolarFest Malaysia 2019 di Taman Negara Tanjung Piai yang disertai secara aktif oleh ahli-ahli astrofizik, astronomi dan ahli falak dari dalam dan luar negara. Antara program utama adalah seperti berikut:
4.1 pengiraan detik dan pencerapan Gerhana Matahari ;
4.2 penyelidikan dan pendidikan gerhana;
4.4 Bengkel D.I.Y Teleskop;
4.5 Solat Sunat Gerhana;
4.6 Pendidikan kepada pelajar kelainan upaya penglihatan;
4.7 perkhemahan astronomi dan astrofotografi; dan
4.8 Live Streaming dan broadcast dari pelbagai lokasi.
Tambahan lagi, Planetarium Negara dengan kerjasama sebuah badan NGO ApaDiLangit telah menghasilkan alat khas bagi membantu pelajar kelainan upaya penglihatan untuk memahami serta merasai fenomena Gerhana Matahari Cincin yang akan berlaku di sebahagian kawasan dalam negara.
Alat ini merupakan hasil ciptaan dari Universiti Harvard dan dibangunkan semula oleh ApadiLangit untuk kegunaan golongan sasar ini. Ianya juga telah menggunakan pendekatan bunyi sebagai medium untuk memastikan golongan kelainan upaya penglihatan mampu merasai fenomena ini dengan hanya mendengar frekuensi bunyi yang berbeza mengikut kecerahan langit pada ketika itu.
Selain itu, penglibatan ASEAN Astronomy Workshops for Teachers (AAWT) adalah bengkel serantau untuk guru-guru dari negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Bengkel ini direka untuk mempromosikan pengajaran astronomi untuk guru sains sekolah menengah di ASEAN dan membawa alat pemerhatian asas Astronomi lebih dekat kepada mereka. AAWT direka untuk menyokong Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU), 100 tahun ulang tahun (IAU100). Keistimewaan bengkel ini diadakan adalah bersempena Gerhana Matahari Cincin pada 26 Disember 2019 iaitu selama 3 hari (26-28 Disember 2019). Latihan khas kepada guru-guru ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, alat bantuan mengajar dan kaedah pengajaran bagi melengkapkan mereka dengan pembelajaran yang inovatif dan mudah.
Pada acara kemuncak 26 Disember 2019, orang ramai khususnya peminat aktiviti astronomi berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin secara Live Streaming selain liputan di Media Sosial yang dijangka diikuti oleh dua juta peminat astronomi di seluruh dunia.
Jom kita ke hujung benua, saksikan gerhana !
TAMAT
Hubungan Media:
Amirah Fathiah Binti Mohd Faisal
Pegawai Perhubungan Awam
Planetarium Negara
Tel: 03-2273 4303 samb. 143 | 012-222 1770
Planetarium Negara
Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
Gerhana matahari separa: Umat Islam disaran laksanakan solat sunat gerhana
Share
Tweet
IPOH: Umat Islam di Perak disaran melaksanakan solat sunat gerhana bagi memenuhi tuntutan sunat muakkad sempena gerhana matahari separa yang dijangka berlaku di negeri ini, lusa.
Jabatan Falak, Jabatan Mufti Perak, dalam satu kenyataan berkata, gerhana matahari separa dijangka berlaku mulai jam 11.18 pagi hingga 3.09 petang, dengan waktu kemuncaknya pada jam 1.11 tengah hari, ketika 85 peratus matahari ditutupi bulan.
“Bagi masjid atau surau yang ingin melaksanakan solat sunat gerhana secara berjemaah, dicadangkan agar ia dapat dilakukan selepas solat zuhur secara berjemaah.
“Bagi yang ingin melaksanakannya secara individu, mereka boleh melakukan sepanjang masa berlaku gerhana matahari,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA
i sempat mencerap for two hours tadi alhamdulillah it was nice and such fulfilling experience.
yes. I am so sorry i lambat inform sebab sibuk benda lain.
pertanda awal...sebahgian dr alam ghoib...peristiwa mendatang...
awal tahun telah bermula dgn pelbagai bencana dan wabak penyakit
bunga ww3 pon kelihatan
tapi ww3 adaalah kejadian peperangan yg sgt singkat berbanding siri peperangan sblm ni...
persiapkanlah diri...