Istilah ‘cinta m0nyet’ pada zaman sekolah menengah menjadi kebiasaan dalam kalangan para pelajar yang sedang meningkat dewasa. Namun kisah cinta kali ini bukan pada usia remaja, sebaliknya mengenai kanak-kanak yang masih di sekolah rendah sedang h@ngat menjal!nkan hubungan sebagai pasangan kekasih.
Duerra Mitilda, murid darjah tiga mengakui hubungan cinta dia dan kekasihnya Hezriq Shah bermula apabila terpandang satu sama lain ketika melalui koridor kelas masing-masing di sekolah.
Apabila ditanya mengenai keistimewaan teman lelakinya yang berusia 12 tahun itu, Duerra berkata Hezriq merupakan seorang yang pemaIu dan penyayang selain gemar memberikan ayat-ayat maniis.
Menerusi ruangan s0al jawab bersama pengikutnya di Instagram, Duerra juga memberitahu bahawa ibu bapa mereka memantau aktiviti seharian malah merestui turut hubungan tersebut.
Kisah mereka berdua dikongsi seorang pengguna Facebook, Hisham Jejai Musa yang memuat naik beberapa paparan skrin Instagram pasangan tersebut sehingga mengvndang perhatian warganet.
Rata-rata netizen geIi hati setelah membaca pelbagai luahan hati dan tips pasangan berkenaan yang disifatkan amat berbeza dengan zaman kanak-kanak terdahulu.
|