Lokasi kedamparan: Perairan Teluk Senangin, Segari, Perak.
Nama inggeris: Humpback Whale
Nama melayu: Paus Humpback
Nama Saintifik: (Megaptera novaeangliae).
Anggaran saiz: 4-8 meter.
Kelasifikasi: Anak muda remaja/ juvenil.
Kes kedamparan: Tersesat Dan terpisah Dari ibu atau kawanan.
Aduan: Vedio dilaporkan oleh nelayan kepada Ketua Pengkalan Perlindungan Sumber Kampung Aceh Perak. Pengecaman Spesies dibuat oleh PP Mohd Tamimi Ali Ahmad FRIRA mendapati Paus dari Spesies Humpback Whale (Megaptera novaeangliae) tersesat dan berlegar-legar di perairan Teluk Senangin Perak. Vedio ini diambil oleh nelayan tradisi Di Sana semasa keluar memukat. Menurut nelayan paus seperti aktiviti atau operasi memukat mereka. Jika ditafsirkan paus humpback ini Masih lagi anak muda yang terpisah dari ibu dan kelaparan. Semasa saiz ini anak paus ini tidak mampu untuk mencari makanan sendiri dan hanya bergantung kepada Susu ibu sahaja.
Tindakan menyelamat kedamparan: Ketua Pengkalan Perlindungan Sumber dan anggota PPN Perak serta FRI RANTAU ABANG perlu bertolak ke lokasi untuk stanby tindakan kedamparan selanjutnya.
Wow siapa sangka boleh tersesat kesitu. Mungkin banyak lautan yang mengalami cuaca suhu sejuk melampau membuatkan mereka berhijrah ke kawasan yang lebih panas suhunya