View: 4014|Reply: 9
|
Buaya makan anjing di Lahad Datu
[Copy link]
|
|
Sekali 'ngap' je...
Hazsyah Abdul Rahman
[email protected]
PENDUDUK FELDA Sahabat 16, Lahad Datu, gempar apabila melihat seekor buaya membaham seekor anjing di pantai berkenaan, semalam.
Lebih mengejutkan, buaya berkenaan dilihat menelan haiwan itu dalam tempoh kurang satu minit sebelum beredar dari lokasi itu.
Kejadian kira-kira jam 10.45 pagi tular di laman sosial selepas berjaya dirakamkan penduduk sekitar.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga ketika dihubungi, hari ini, mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, kehadiran haiwan pemangsa itu disedari kira-kira jam 7 pagi sebelum berlegar-legar di pantai.
“Namun, buaya ini dipercayai naik ke pantai dan berjaya menerkam seekor anjing yang berada berhampiran pantai.
“Kami dimaklumkan buaya ini sering kelihatan di pantai terutama ketika air pasang,” katanya.
Augustine berkata, buaya itu tidak pernah mengganggu penduduk dan pihaknya sudah mengenalpasti lokasi persembunyian reptilia berkenaan.
“Selepas membuat pemeriksaan semalam, buaya ini didapati menjadikan kawasan muara pantai sebagai lokasi persembunyian.
“Susulan itu, pihak kami sudah melakukan tindakan lanjut dengan memasang perangkap bagi menangkap haiwan berkenaan,” katanya.
Agustine berkata, lokasi berkenaan juga sudah dipasang papan tanda untuk memaklumkan kehadiran buaya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 4:41 PM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok taman2 yg dilanda masalah anjing.. boleh la lepaskan buaya barang 10 ekor |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan tadi shalom dah buka |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-11-2019 05:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sarah82 replied at 22-11-2019 05:28 PM
Bukan tadi shalom dah buka
X nmpk pn td.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buaya air masin.. Biasanya mmg ada tapi selalu jumpa kat aussie..
Ok x aku komen memeriahkan thread ang |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 22-11-2019 09:36 AM
Buaya air masin.. Biasanya mmg ada tapi selalu jumpa kat aussie..
Ok x aku komen memeriahkan thr ...
Jahat ya.. Kenapa tak selamatkan anjing tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
ReginaGeorge replied at 22-11-2019 07:19 PM
Jahat ya.. Kenapa tak selamatkan anjing tuh..
Sy x pasti.. Mungkin masa depa rakam dah kena sambar anjing tu.. Sebenarnya ramai org x tau buaya juga laju di daratan . |
|
|
|
|
|
|
|
Seramnya. Siapa nasib tak baik mandi laut situ or jalan tepi ada possibility kena ngap! Mcm movie Crawl |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 22-11-2019 05:19 PM
ok taman2 yg dilanda masalah anjing.. boleh la lepaskan buaya barang 10 ekor
Main aci ligan dgn boye pulop. Depa sprinter tau. Jrk dekat laju woo |
|
|
|
|
|
|
|
dah macam naga terangkat-rangkat ekor dia tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|