Kostum Kebangsaan adalah salah satu pertandingan yang berprestij dalam siri pertandingan Miss Universe. Pertandingan ini dianggap sebagai representasi dari negara yang diwakili.
Segmen ini adalah sangat dinantikan dan penting dalam pertandingan Miss Universe. Pada tahun ini, Miss Universe 2019 bakal berlangsung di Atlanta, Georgia, USA.
Terdahulu, pakaiaan kebangsaan yang pernah dipertandingkan adalah seperti berikut:
Kredit foto : Miss Universe Organization
Dari kiri - Miss Universe Malaysia 2013 Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2014 Sabrina Benneet, dan Miss Universe 2015 Vanessa Tevi Kumares.
Kredit Foto:straitestimes.com - Miss Universe Malaysia 2016 Kiran Jassal
Kredit Foto : says.com - Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James
Kredit Foto : Miss Universe Malaysia 2018 Jane Teoh dengan baju kebangsaan tema Bangau Perahu
Pada siri pertandingan kali ke-68 ini, Malaysia melalui wakilnya, Shweta Sekhon akan memakai pakaian yang diilhamkan dari 'Budaya Peranakan' atau Baba & Nyonya yang berasal daripada warisan tradisi Cina serta mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
Pakaian yang direka oleh Carven Ong ini kelihatan dikelilingi oleh pelbagai sajian manisan atau kuih muih tempatan seperti onde-onde, kuih koci, ang ku, kuih talam, kuih lapis, kuih sago dan telur merah siap dengan bakul siahnya sekali.
Manakala Shweta pula dibaluti persalinan songket bersama sayap batik nyonya.
'The Indulgence Peranakan' - Busana seberat 29 kilogram ini mengambil masa selama 3 bulan untuk disiapkan. Ia direka khusus untuk membawa Shweta ke Miss Universe 2019.
Setakat ini, Malaysia belum pernah memenangi gelaran pakaian kebangsaan terbaik dalam Miss Universe. Agak-agak kali ini ada peluang menang tak? - CARI
|