View: 14362|Reply: 175
|
Jangan obses sangat dengan real food-Ahli Kimia
[Copy link]
|
|
Pelik sesetengah ibubapa yang sangat obses dengan 'real food'
Tindakan seorang lelaki membuang makanan ringan yang dianggap ‘fake food‘ ke dalam tong sampah mengundang rasa tidak senang netizen. Orang ramai menganggap pembaziran yang dilakukan satu contoh tidak baik selain menyinggung hati tuan rumah.
Terbaru, ahli kimia Fatimah Salim memberi respon mengenai makanan ringan yang didakwa tidak berkhasiat. Beliau juga memberitahu tiada satu benda di dunia ini bebas daripada bahan kimia.
CERMIN SIKAP KITA
Saya pelik dengan sesetengah ibu bapa yang sangat obsess dengan so called ‘real food’ yang kononnya bebas daripada bahan kimia. Ingat, tiada satu pun benda dalam dunia ini yang bebas bahan kimia. Bezanya hanya bahan kimia bahaya atau tidak. Dan yang mana melibatkan makanan, yang bahaya itu juga subjektif kepada individu. Contoh garam (bahan kimia natrium klorida- NaCl) mungkin bahaya untuk anda sebab anda ada penyakit darah tinggi, tapi tidak untuk saya.
Begitulah…
Ya betul. Anda mempunyai hak sepenuhnya terhadap anak. Kalau anak yang sakit, anda yang kena jaga. Namun, tidak perlu ‘up status’ di FB. Pergi jumpa dengan mereka yang memberikan itu. Dan jika sikap anda menjadi buah mulut, maka anda kena belajar berpijak di bumi yang nyata.
Kita dan anak-anak hidup dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Tanpa kita sedar, sikap seperti inilah punca kepada kurangnya simpati dan empati yang diterap dalam diri anak-anak.
Saya bukan nak menyokong makanan segera ini. Kunci di sini ialah kesederhanaan. Makanlah apa pun, yang penting kita tahu dan faham tahap kesihatan badan kita. Sebenarnya badan kita memerlukan makanan yang pelbagai untuk berfungsi dengan kadar optimum. Cuma, makanan yang baik itu (real food) ambil lebih kerap berbanding yang diproses.
Kajian juga telah menunjukkan jika kita tidak pelbagaikan makanan, kita mungkin berpotensi berhadapan dengan penyakit-penyakit berkaitan sensitiviti makanan. Tidak berguna juga jika kita mengehadkan makanan ‘sihat’, namun jiwa meronta. Ingat menikmati makanan dengan rela hati menghasilkan bahan-bahan kimia gembira seperti serotonin, dopamine dan endorphin dalam otak. Bahan-bahan kimia ini mampu membantu dalam menguatkan sistem pertahanan badan kita terhadap penyakit.
Saya membesar dengan sardin king cup dan maggie asam laksa yang dijadikan lauk untuk nasi. Bukan kami yang pinta, namun takdir sedemikian rupa. Dan Alhamdulillah pengalaman ini bersama dengan ilmu yang berkembang, membuatkan saya lebih memahami badan sendiri dan lebih bersimpati serta berempati terhadap orang lain.
Ramai yang tidak bernasib baik di luar sana. Mana-mana sikap tidak baik itu, mohon disimpan. Buat sembunyi-sembunyi, biar anak-anak pun tidak lihat.
Sumber : Fatimah Salim |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
antara...doktor dan ahli kimia. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu, everthing in moderation la. Menyampah tengok instagram "real food", "keep it real", "whole food", "coconut oil"... Pastu kerja dia tak habis2 nak condemn orang "indirectly". |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu.. aku dulu waktu kecil rumah takda air.. minum air perigi je.. takda penapis.. hidup juga |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lek je makan mami.. Tu yg sampai jadi hensem ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 23-10-2019 05:57 PM
Aku lek je makan mami.. Tu yg sampai jadi hensem ni
Badan kekar tak macam Mamee tu? Kikiki
Alaaaa masuk group ibu2 baru pun nyampah bila judge anak yg makan nestum. Mcm dia je laaa paling hebat paling pandai masak |
|
|
|
|
|
|
|
everything in moderation je la kan. Tak payah kita nak obses sangat dengan real food la, raw food la..gituu |
|
|
|
|
|
|
|
Ohoi..megi asam laksa sedap hoii |
|
|
|
|
|
|
|
Badan kita kan ada unsur air.. Air sendiri pun adalah sebatian kimia H2O...
|
|
|
|
|
|
|
|
Perang media sosial
Pesal la sebut maggi asam laksa, dah termengidam pula |
|
|
|
|
|
|
|
Betul sangat dah tu... Xsalah nak makan tapi biarlah berpada2 n benda tu bukan makan hari2.
Ada orang x kasi anak makan jajan tapi mekdi, kepsi, texas seminggu entah berapa kali .
|
|
|
|
|
|
|
|
tak lama lagi ada group anti fake food... |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 23-10-2019 05:57 PM
Aku lek je makan mami.. Tu yg sampai jadi hensem ni
up la gambar.. hhahaha |
|
|
|
|
|
|
|
natrahn replied at 23-10-2019 07:17 PM
up la gambar.. hhahaha
Dah pernah letak.. Cukup sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. Yang penting fahami tubuh sendiri dan jangan nak orang lain ikut cara awak. Bersederhana afalah yang terbaik. |
|
|
|
|
|
|
|
Lolalala replied at 23-10-2019 06:14 PM
Badan kekar tak macam Mamee tu? Kikiki
Alaaaa masuk group ibu2 baru pun nyampah bila judge anak ...
hahhah kan you
bukan dlm grup2 ibu je
dlm grup wasaap member2 pon sama
semua nak citer kehebatan memasing
|
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 23-10-2019 06:36 PM
Ohoi..megi asam laksa sedap hoii
hoiii masak skrg please
terliuq dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kakalong Masa kecik hari2 melantak megi kari. Hari2 minum Milo .. Tak dak pun sel2 otak tak berhubung.. Graduate jugak Kaka with flying colors gitewww. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan sampai membunuh, jadi jangan bunuh haiwan untuk makanan, hidup pun lebih tenang |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 23-10-2019 06:36 PM
Ohoi..megi asam laksa sedap hoii
Samaaaa. Sy pun suka. Sy letak fish ball dan timun & bawang. Sedapppp |
|
|
|
|
|
|
| |
|