|
Misteri gambar kemalangan dirakam sejam lebih awal
PELIK tapi benar. Seorang mangsa kemalangan terkejut apabila melihat dirinya pada gambar kemalangan yang dirakam 'sendiri' menerusi telefon bimbitnya, awal sejam sebelum kejadian itu berlaku.
Faizah Mohd Noh, 31, mendedahkan kemalangan itu berlaku pada 11 Oktober jam 7.30 pagi ketika dia memandu sendirian Perodua Axia di Taman Wira Mergong, Kota Setar, Kedah di sini.
"Pada awalnya saya memang terkejut dan naik seram dibuatnya selepas mendapat tahu mengenai perkara itu.
"Saya memang ada rakam gambar selepas kemalangan itu sebagai bukti sebelum membuat laporan polis tetapi hanya dua gambar.
"Namun selepas memeriksa gambar yang diambil, saya terkejut kerana terdapat lebih dari dua gambar dalam telefon bimbit saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Lebih menghairankan, gambar itu merekodkan jam 6.26 pagi sejam lebih awal dari kemalangan itu berlaku iaitu jam 7.30 pagi.
"Bukan itu sahaja, gambar saya berdiri berada di luar kereta turut kelihatan. Setahu saya, memang saya tidak berikan telefon ini kepada sesiapa pun waktu kemalangan dan ia sungguh pelik.
"Kejadian ini sangat misteri. Waktu itu, saya sendiri hubungi 999, hubungi kawan-kawan, telefon memang ada di tangan saya," katanya.
Menurutnya, dia melihat perincian waktu gambar itu dirakam dan semuanya awal sejam daripada waktu kejadian.
"Saya tengok balik, jam sewaktu sehari sebelum kejadian, elok saja. Kemudian saya cuba tangkap gambar sehari selepas kejadian, elok juga masanya, tidak pula jam tu berubah.
"Paling misteri, dalam satu gambar tu, ada saya sendiri di dalamnya," jelasnya.
Gambar yang dirakam telefon bimbit Faizah menunjukkan dia ada di situ sedangkan telefon bimbit tidak diberikan kepada sesiapa.
Bercerita lebih lanjut, katanya, ketika kejadian dia hendak pergi bekerja dari rumahnya di Langgar menuju ke Kangar, Perlis.
"Saya bekerja di Kangar tetapi menetap di Kedah. Jadi, setiap hari berulang-alik dari Langgar ke Kangar.
"Selalunya, Isnin hingga Khamis saya guna jalan sungai Korok, cuma setiap Jumaat saya akan lalu jalan tersebut sebab Kedah cuti, jadi jalan akan lengang.
"Lokasi kejadian itu di lampu isyarat Insaniah Taman Wira, Mergong," katanya.
Semasa tiba di lampu isyarat itu, Faizah meneruskan pemanduan kerana lampu hijau namun secara tiba-tiba ada sebuah kereta arah bertentangan dari arah Sahab Perdana membelok ke laluannya.
"Jadi saya tidak sempat brek dan berlaku perlanggaran di situ. Akibat perlanggaran itu, kereta saya berpusing 180 darjah.
"Kejadian berlaku di depan masjid. Jadi, orang masjid yang terlebih dahulu datang memberikan pertolongan. Saya ingat ada orang tanya saya ada kecederaan ke? Saya jawab tak.
"Lepas tu, saya diminta keluar daripada kereta sebab pintu sebelah saya tidak boleh dibuka lagi, jadi saya keluar ikut pintu penumpang dan ambil telefon serta beg tangan," katanya.
Tambahnya, susulan kejadian itu dia sehingga kini masih tiada jawapan berhubung gambar insiden itu.
Akibat kemalangan, kereta Perodua Axia kemek di bahagian sisi kanan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/53381/BERITA/Viral/Misteri-gambar-kemalangan-dirakam-sejam-lebih-awal
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
jap aku pening. cuba sape2 explain? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-10-2019 11:17 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
chinta89 replied at 22-10-2019 11:13 AM
jap aku pening. cuba sape2 explain?
I pn x phm tp sbb misteri i post jgk ..org sini suka misteri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham, cuba TT explain detail mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 22-10-2019 11:13 AM
jap aku pening. cuba sape2 explain?
Ha sama la x fhm. Yg tukang amek pic ni dari dlm kete. Kete tu mcm bergerak. Ingat yg tukang amek pic ni pengguna kereta yg lalu kt situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ada kwn dia nmpk dia kt situ. Pastu amek gmbr dia n sent kt dia?
Dia tgk dlm folder whatsapp ke apa? Ke mmg dia tgk dlm folder kamera dia ? |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan cite mcm filem sains fiksyen...baca lagi mcm cite tamil pun ada...aku speku makcik ni ada ability time travel die yg dari masa depan tangkap gmbar tu pkai tepon sendiri nak troll diri dia sendiri dlm masa nyata. Tapi plot twist makcik dlm gmbar tu sebenarnya dari masa silam..so kat tmpat kejadian ada 3 org makcik ni..dari masa depan,masa nyata n masa silam |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-10-2019 11:36 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sang_Pencinta replied at 22-10-2019 11:23 AM
Tak faham, cuba TT explain detail mcm mana?
X phm jgk..in fact x baca pun |
|
|
|
|
|
|
|
meol pon xberapa paham..
gini la kot..
7.30 am - kemalangan..
lps kemalangan, sheol ade amik 2 keping gmbr utk tujuan report pulis..
6.36 am (sejam sebelumnya) - ada beberapa gmbar di tempat kemalangan.. dlm gmba plk ada si mangsa skali..
padahal mangsa xde bg hp kpd sesapa..dahtu, gmba tu plk ada byk and direkodkan pada jam 6.36..
misterinya:
- siapakan entiti yg mengambil gmbr?
- mcmana hp merakamkan beliau sejam awal di tempat kejadian sedangkan beliyau masih bertaik mate di atas tilam empuk ketika ittew?
- bagaimana hp acik faizah telah menukar timezone thailand (-1jam) dgn sendiri..
lebih misteri:
- kenape pacik baju melayu putih cuba nak photobmb gamba acik faizah??
sekian, spekuan hakak..
|
|
|
|
|
|
|
|
kak faizah nak tukar nama jadi kak hasanah ke?
maybe org lain yang ambil gambar dan whatsapps dia tapi dia tak perasan, ye la tgk sibuk dok accident, kadang buka msg wa pun tak perasan ada gambar kat situ.
aku pernah je dok scroll gambar tp tgk gambar mende la ni, sapa lak yg hantar, rupanya dpt dr wa, tpi aku tak perasan
timing tu aku anggap error je..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tah2 masa eksiden kepala terhantuk tu ada sikit pening, terus lupa siapa yg snap. Cuma pasal waktu tu pelik sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 22-10-2019 11:17 AM
I pn x phm tp sbb misteri i post jgk ..org sini suka misteri..
Hahahahaha.. Reply uolss ni buat iolss tergelak |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin tt sibuk nak suruh orng jemaah dekat kuil sampai copy paste je isi kandungan tanpa faham isi kandungan tu.. Tu yg tt susah nak explain dekat forumer lain.. Semoga kurex dapat lempang boomibulat laju2 |
|
|
|
|
|
|
|
"pinjam pon dik..kot2.. ada keputusan NOMBOR EKOR ESOK kat tepon adik sekarang ni."- |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 22-10-2019 12:24 PM
"pinjam pon dik..kot2.. ada keputusan NOMBOR EKOR ESOK kat tepon adik sekarang ni."-
Hahahaa... betul2...pinjam pon sbb nk tgk result magnum... mana laa tau kan esk2 jd jutawan segera... |
|
|
|
|
|
|
|
6.26pagi kenapa cerah menerang. banyak kali aku baca pagi ke petang. ternyata ianya pagi |
|
|
|
|
|
|
|
Scary..mesti dia dah cek bagai sapa sender tu kalo gambar org lain tangkap. hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya ada orang lain pakai baju sama cam dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|