Ihsan - Google
Forensik merupakan bidang yang dikaitkan dengan bidang perundangan dan penting dalam kerja–kerja siasatan bagi membantu pengumpulan bahan bukti dalam menyelesaikan kes berkaitan.
Dengan dibantu alatan yang canggih dan sesuai, bahan bukti dapat dikesan hasil daripada kesilapan yang dibuat penjenayah atau suspek yang terlibat dalam kes tersebut.
Seterusnya, mereka dapat ditangkap dan didakwa di mahkamah dengan seberapa segera.
Ladang Mayat - satu kemudahan kawasan kajian yang mengkaji bagaimana proses pereputan mayat berlaku.
Pelbagai keadaan mayat ada di sini, di mana ada yang ditanam, dibiar di dalam air, digantung di atas pokok dan dibiarkan reput di kawasan padang.
Dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaannya serta bau yang ada di situ? Berapa lama anda boleh bertahan jika berada di sini?
Makmal terbuka - ladang ini merupakan 'sekolah' kepada ahli antropologi forensik atau saintis menimba ilmu dengan lebih mendalam mengenai proses pereputan dengan menggunakan mayat manusia sebenar.
Tujuan penubuhan kawasan ini adalah untuk membiarkan mayat mereput secara semula jadi bagi membolehkan saintis memantau proses pereputan mayat tanpa gangguan manusia.
Ladang ini membantu saintis memahami proses pereputan dan maklumat yang dipelajari boleh dikaitkan dengan kes jenayah sebenar.
Sebelum tahun 1970-an, mayat babi telah digunakan untuk tujuan sama, tapi berubah apabila apabila Dr William Bass, seorang pakar antropologi forensik mula membuat ladang mayat ini di Universiti Tennessee, Amerika.
Kebanyakan mayat yang ada di sini adalah mayat yang tidak dituntut dan mayat yang didermakan untuk tujuan kajian atau penyelidikan.
Ihsan - Google : Dr William Bass Pengasas Ladang Mayat
Ketika ini, terdapat sembilan ladang mayat di dunia termasuk di Amerika Syarikat (AS), Australia dan Belanda dan ladang mayat yang paling besar terletak di Universiti Texas, Amerika Syarikat seluas 26 ekar.
Jadi, jika anda minat untuk menjadi ahli forensik, mungkin salah satu dari sembilan ladang ini bakal menjadi sekolah anda! - CARI
Sumber:
John Mohamed
https://science.howstuffworks.com/body-farm3.htm
https://video.nationalgeographic.com/…/00000144-0a42-d3cb-a…
https://allthatsinteresting.com/body-farms |