CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7296|Reply: 18

[Budaya] Lets TALK saman...

[Copy link]
Post time 13-10-2019 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Memandu tadi, terlihat kereta ditahan JPJ...ke polis trafik...

Deja vu...dulu pernah kena tahan...mujur tok misai melintang bagi kertas saman kosong...lega

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2019 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah kena saman sbb da janji dgn org nk sampai pada sekian2 waktu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya  setakat sekarang pernah sekali je kena saman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pernah kena tahan dengan tok misai melintang.. Siap ugut nak issue summon sebab lesen mak dah expired. Mak kata saman je sbb mak yg salah, tp x jadi saman sebab tok misai melintang lembab, barisan menunggu dah panjang belakang keta mak, and org belakang2 dah hon2. Tok misai just warning jah. Balik keje mak renew lesen. Kejadian 10thn lepas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama dah tak kena saman... Tok Misai melintang akan sentiasa lepaskan kalao ditahan... Sebab gambar lesen gambar pakai unipom askar

Profesional courtesy antara askar ngan pulis.... hahahaha


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah kne saman ms zmn bljr dlu. Xtau slah ape sbb kbtulan mber yg drive pehtu polis tu and the geng lg 2org dtg2 sembang2 sgaja mlengahkn pehtu mintak duit. Babik sgt tau nk paw kitorg yg budak tgh bljr nk mkn kepsi pn bkira2 time tu. Pehtu paksa jgk collect sesama kitorg 5 org dlm kete tp semua sengkek time tu. Dpt la 70hingget tu pn deme paw. Sakit ati bila ingt blik. Ms tu kbtulan roadblock kt penang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Pertama kali kena saman masa ke Pulau Pinang memandu sendirian tak sedar kelajuan lebih pulak.
Kedua kena saman letak motor di kaki lima Plaza Imbi. Akak tengok banyak motor lepak situ siap ada mamat tolong akak park motor celah motor lain. Bila nak balik semua motor ada surat saman, bayang mamat tu langsung tak kelihatan.
Ketiga kena tahan sebab akak tak sedar polis tu angkat tangan suruh berhenti akak terus jalan. Wah, polis kejar dan tahan siap bebel akak boleh ditembak sebab lari dari pemeriksaan polis walau akak dah minta maaf tak perasan kena berhenti. Oleh kerana lesen, roadtax dan kereta bersih cun lepaslah. Sejak tu kalau ada roadblock akak akan berhenti tepi polis walau dia tak suruh. Bila dia suruh jalan baru akak gerak. Adoi, punyalah fobia akak dengan bebelan encik polis dulu tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
First time kena saman dkt area lepas Pantai Penarik. Jalan situ lebar, pak misai pulak elok la haa menyorok dkt pondok lama. Iolss pulak tak perasan double line situ dh start sebab jalan lebar mcm x bersalah je memotong haha sekali potong lori kecik tu amikk depan tu pak misai melambai dengan penuh gemalai Gerammm aku lori kecik tu apooo la bawak 30km/h hahaha. Nak ditambah perisanya lagi pak misai check ada lagi 2 saman kena dengan camera tu. cisss hahah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 01:22 PM | Show all posts
saya pernah kene saman sbb xpkai kasut masa driving. i kenot brain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 01:25 PM | Show all posts
TalibanRock replied at 15-10-2019 01:22 PM
saya pernah kene saman sbb xpkai kasut masa driving. i kenot brain

betul ke ni dik
kaka pun xleh brain hanya sbb x pki kasut kena saman


Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 01:27 PM | Show all posts
takayama replied at 15-10-2019 01:25 PM
betul ke ni dik
kaka pun xleh brain hanya sbb x pki kasut kena saman

sebabnya tidak berpakaian kemas@lengkap semasa memandu. bawak g trafik, kata trafik pegi mahkamah fight...pegi mahkmah, time proceeding, majistret tumpang gelak.last2 lepas xyah byr pape2...hanet bazir masa jer...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 01:30 PM | Show all posts
setakat hr ni lom pernah kena saman lg tp dah acapkali kena warning
dulu ms kerja seremban selalu ulang alik melaka seremban dan selalu bwk ikut sedap kaki tekan pedal, bila kena tahan buat muka seposen dgn ayat yg mmg xleh blah "saya dah lmbt nk ke mahkamah tinggi seremban ni, Hakim tgh tunggu" dan terus lps sesambil dpt warning dan jelingan dan yup dekat nk 4 tahun itu ajelah alasan yg kaka berikan smp tiap kali lalu walau taw kaka speeding ttp terlepas bila nmpk keta kaka
dan pernah kena tahan kt area Pulau Pinang yg kt area Butterworth menghala ke seberang perai utara, sbb x perasan limit kat situ cuma 70 km sejam aje dan kaka lak bwk 100 tp lps sbb kaka kata ada hearing kt SPU which is true ler, mmg x topu
dan yg terbr kena tahan dgn pak polisi kt elite hiwei sbb kaka guna phone while driving terlepas sbb tunjuk file nk gie court shah alam
kira alhamdulillah byk kali terlepas dan kaka cuba dan berusaha utk menjd pemandu berhemah sekrg ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 01:31 PM | Show all posts
TalibanRock replied at 15-10-2019 01:27 PM
sebabnya tidak berpakaian kemas@lengkap semasa memandu. bawak g trafik, kata trafik pegi mahkamah  ...

okay kaka pun tumpang gelak juga
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling menyampah kena saman atas kesalahan no plate tak ikut spec. Haihhh terbang duit aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman aes la paling leceh sekali sebab kita tak tahu dkt mane kamera aes tu diletakkan . Dah la jalan tu lurus je,camne nak kasi slow.nak tak nak kena la bawak laju jgk tp xde la laju sgt. Tunggu kerajaan bgi offer diskaun saman dulu baru nak bayar( itu pon kalau ade)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:26 AM | Show all posts
Belum pernah kena saman, sebab bawa kereta ikut cam cikgu sekolah memandu ajar.
Dulu pernah accident dengan indon naik moto. Mak sampai terkejut sebab saya yang paling lurus bendul bab bawa kereta.
Pernah juga kena langgar dek bangla naik basikal, sebab dia bawa basikal tak tengok2. Kita stop tgh jalan tak nak langgar dia, dia pulak langgar kita. Haihh...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 06:54 PM | Show all posts
iols pernah kena saman aes.tak perasan ada kamera kat situ.tiba2 je iols dapat surat samam aes melaui pos.huhu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2019 07:17 AM | Show all posts
setelah acapkali terlepas dr kena saman atau disaman oleh pak polisi mahupun acik JPJ juga penguatkuasa PBT, semlm akak kena saman dgn Perbadanan Putrajaya, bengkek jugalah sbb akak parking situ bila ada org Perbadanan kata boleh coz parking lot yg disediakan digunakan utk event, sekali keluar dr bangunan tu nah ada saman, terus gie byr, kerani situ suruh appeal, akak still buat muka cemberut dan sombong sebab geram, klu x blh parking bg taw ajelah dr awal mmg la$%^&* betul, x memsl dok maki hamun dlm hati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2020 12:42 PM | Show all posts
Saman trafik tertunggak hampir RM4.7 bilion
16 Mei 2020


KUALA LUMPUR - Jumlah saman trafik tertunggak sejak tahun 2000 hingga pertengahan Mei ini dianggarkan berjumlah RM4.7 bilion membabitkan 39.5 juta saman.

Justeru, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mengingatkan mereka yang mempunyai tunggakan saman dapat menyelesaikannya dengan segera.

"Sekiranya anda gagal selesaikan tunggakan saman, ia akan menyukarkan untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Kelmarin, dalam satu kenyataan, Azisman berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun hingga 50 peratus bagi bayaran saman terpilih yang dibuat secara dalam talian, selama empat hari dari 18 hingga 21 Mei ini.

Pembayaran saman dalam talian itu perlu dibuat menerusi portal myeg dan portal Rilek.

Diskaun itu ditawarkan kerana memahami kekangan kewangan yang dihadapi orang ramai susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan persediaan menyambut Aidilfitri.

Selain itu, JSPT juga akan membuka kaunter perkhidmatan membabitkan pembayaran saman serta pembekalan dokumen kemalangan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen secara berperingkat, mulai 18 Mei ini yang bertujuan memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman dan pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans.

Bagi kontinjen Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan, kaunter akan dibuka pada Isnin dan Rabu dari jam 9 pagi hingga 2 petang serta Jumaat (9 pagi hingga 12 tengah hari).

Bagi kontinjen di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu pula, kaunter akan dibuka pada Isnin, Rabu serta Ahad dari jam 9 pagi hingga 2 petang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.453887 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list