Tahun ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan tularnya kisah adik Ainul Mardhiah yang mempunyai ketumbuhan di dalam mulut.
Kisah bayi comel yang menyayat hati ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.
Kredit foto: IG Nurul Erwani
Hasil pertolongan Dr Amalina Che Bakri dan seluruh tenaga pakar yang membantu adik Ainul membuang ketumbuhannya, Ainul kini semakin membesar dengan sihat berkat kesabaran ibu dan bapanya serta doa orang sekeliling.
Rata-rata rakyat Malaysia sangat berminat mengikuti perkembangan adik Ainul semasa dan selepas rawatannya di United Kingdom. Laman Instagram ibu kepada bayi ini mempunyai pengikut lebih 200 ribu orang disebabkan tularnya kisah bayi beliau.
Orang ramai sentiasa mendoakan kesihatan adik Ainul pulih seperti sediakala. Mari kita lihat beberapa keping foto adik Ainul yang terkini.
Kredit foto: IG Nurul Erwani
Comel adik Ainul! Semoga sihat selalu ya. - CARI
|