Kredit Foto - Google
Cerita-cerita hantu dan ilmu hitam sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri. Filem seram sering tampil dengan jalan cerita yang suspens, jelmaan imej mengerikan serta sistem bunyi menyeramkan yang mendebarkan.
Walaupun kita tahu cerita seram sangat tidak menyelesakan dan menakutkan bagi sesetengah individu, masih ramai juga yang menyukai cerita seram. Pemikiran manusia ini begitu unik dan sukar difahami, dah rasa takut tetapi tonton lagi?
giphy.com
Tahukah anda bahawa menonton filem seram bukan sahaja mengurangkan selera makan, ia juga meningkatkan basal metabolic rate dan membantu membakar kalori. Berita baik bukan?
Kisah-kisah seram dan mengerikan yang pernah terjadi turut dijadikan filem dan mendapat sambutan menggalakan. Berikut adalah 10 filem seram yang diinspirasikan dari kisah benar seperti yang dikongsikan pengguna twitter ,™محمد فدري@fadryyy_ . Cubalah tonton, mana tahu ia boleh membakar kalori anda.
Menurut saintis Dr Richard Mackenzie dari University of Westminster, babak suspens akan membuatkan jantung berdegup kencang dan anda dapat merasakan 'adrenaline rush' semakin pesat mengalir ke seluruh tubuh. Aliran adrenalin ini seterusnya akan mengurangkan selera makan.
Filem yang berdurasi 90 minit boleh membakar lebih kurang 110 kalori. Mungkin jumlahnya tidaklah banyak sangat. Namun, bila difikirkan semula, semua kalori ini dibakar ketika kita sedang duduk. Jadi, boleh tahanlah juga kan?
Jadi, sebagai alternatif kepada aktiviti senaman atau intermitten fasting, bolehlah juga anda cuba bakar kalori dengan mulakan menonton filem-filem ini ya. Sila duduk dan jangan berlari. Selamat menonton! - CARI
|