View: 3704|Reply: 2
|
AL QURAN DI SISI MAZHAB AL ASYAARIYAH
[Copy link]
|
|
AL QURAN DI SISI MAZHAB AL ASYAARIYAH
Oleh AAMRO
Aqidah Asyaariyah atau dikenal juga sebagai Aswaja sangat berlainan dari aqidah Salaf dari banyak sisi. Antaranya adalah dasar keimanan terhadap Al Quran.
Al Asyaariyah mengatakan Al Quran yang di maksudkan sebagai 'Perkataan Allah' bukan Al Quran yang sering di baca oleh kaum Muslimin. Kerana apa yang dibaca oleh kita, yang dalam Bahasa Arab itu, menurut Aswaja adalah "Terjemahan Jibril Dari Perkataan Allah".
Ini kerana Aswaja beriman bahawa Allah berbicara dengan sifat:
(1) Tanpa bunyi dan suara
(2) Tanpa terdengar oleh telinga
(3) Tanpa getaran
Dalam bahasa mudah, " Allah bercakap tanpa bercakap". Ini sangat pelik dan di luar kewarasan tetapi inilah keimanan yang mereka perjuangkan.
Dasar iman ini mereka rangkum dalam Sifat 20. Silakan baca pada Sifat Kalam.
Asjawa pecahkan Kalam kepada 2 jenis iaitu:
(1) Kalam Nafsi
(2) Kalam Lafzi
Kisahnya begini: Allah berbicara tanpa bunyi, tanpa terdengar, tanpa getar, kepada Jibril alaihissalam. Inilah kalam Nafsi. Inilah Kalam Allah, yang dianggap qadim kekal abadi.
Lalu entah bagaimana Jibril dapat mendengar dan memahami bahasa tanpa bunyi, lantas Jibril pun turun ke bumi.
Sampai sahaja bertemu Muhammad saw, Jibril pun menterjemahkan Kalam Nafsi ke dalam Bahasa Arab. Perkataan Jibril itu adalah maksud dari Tuhan, disebut sebagai Kalam Lafzi.
Yang kita baca "Alhamdulillah hirab bil alamain, arrahman nir rahim..." adalah kata-kata Jibril.
Natijahnya Kalam Lafzi adalah ciptaan dari makhluk yang tidak sempurna.
Takut masalah ini terbongkar, maka berpakatlah ulama Aswaja menutup masalah ini. Mereka mengatakan bahawa perbahasan tentang masalah ini wajib dielak di dedahkan kepada masyarakat umum. Hanya boleh dibahas dalam kelas tertutup.
Silakan baca kitab aqidah mereka seperti Jauhar At Tauhid karya Al Bajuri. Saya memiliki kitab Hadiyatul Murid Ila Jauharut Tauhid karangan Syeikh Rajab Al Azhari, ulama Asya'ariyah yang mensyarah kitab Al Bajuri itu.
Lihatlah apa kata Al Bajuri dalam Hasyiyah Baijuri ala Jauhar At Tauhid:
"Sebagai seorang mukalaf (yg dibebankan syariat) wajib berkeyakinan bahawa kalam-Nya itu disucikan dari sifat hudust (baru). Selisihilah Mu'tazilah, mereka mengatakan 'hudutsul kalam' kononnya adalah suara dan huruf sedangkan itu mustahil bagi Allah Taala.
Maka menurut mereka 'Kalamullah Taala' adalah makhluk kerana Allah menciptakannya pada sebahagian jirim.
Mazhab Ahli Sunnah wal Jama’ah (iaitu Asyairah) menyatakan bahawa Al Qur’an dengan makna Kalamun Nafsi (Allah bercakap tanpa berkata-kata) bukanlah makhluk.
Adapun Al Quran dengan makna lafaz yang kita baca, MAKA IA ADALAH MAKHLUK.
Akan tetapi terlarang untuk dikatakan Al Qur’an adalah makhluk - yang dimaksudkan dengannya adalah lafaz yang kita baca, kecuali dalam peringkat pengajaran. Kerana perkataan tersebut boleh disalah ertikan bahawa Al Quran dengan makna kalam-Nya Ta’ala adalah makhluk.
Dengan alasan itulah para imam melarang terhadap perkataan Al-Quran adalah makhluk.
Tetapi Al-quran adalah sifat Allah yang agung. Dan takutlah akan siksa-Nya jika kau berucap tentang ke'hudust'annya.
Kesimpulannya, setiap yang terzahir dari Al Qur’an dan As Sunnah menunjukkan hudutsul-Quran (kebaharuan Al-Quran), maka ianya pada pengertian atas lafaz yang terbaca, bukan pada kalamun nafsi. Akan tetapi tetap terlarang untuk dikatakan Al-Qur’an adalah makhluk, kecuali dalam hubungan pengajaran sebagaimana yang telah lalu".
Aqidah Ahli Sunnah Tulen
Imam Ibn Khuzaiman berkata:
"Al Quran adalah kalamullah, bukan makhluk. Barangsiapa yang mengatakan bahawa Al Quran adalah makhluk, maka dia adalah kafir terhadap Allah yang Maha Agung. Tidak boleh diterima persaksiannya. Tidak boleh pula menziarahinya ketika dia sakit, tidak boleh disembahyangkan jenazahnya, tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam dan dituntut agar dia segera bertaubat. Jika sekiranya dia enggan, maka dia hendaklah di pancung lehernya. (dibunuh)" (Isnadnya sahih, Ad Dzahabi menyebutnya dalam Tazkirah Al Huffaz)
Manakala Imam Abul Hasan Al Asyaari berkata dalam kitab terakhirnya, Al Ibanah:
"Al Quran dibaca secara hakikat dan ditilawahkan, tidak boleh dikatakan: "dilafazkan" kerana tidak boleh seorang berkata: "Kalam Allah dilafazkan", kerana bila orang Arab berkata: "Aku lafazkan makanan dari mulutku", maka maknanya: "Aku buang/ludahkannya". Adapun Kalam Allah tidak boleh dikatakan aku buangkannya, tetapi dikatakan: "Ia dibaca, ditilawahkan, ditulis, dihafal". Yang diinginkan kaum itu bila berkata: "Lafaz kami dengan al-Quran..." adalah untuk menetapkan bahawa ia makhluk, dan mereka menghiaskan bid'ah mereka dan kata-kata mereka bahawa al-Quran diciptakan..."
Sementara itu Imam Abu Ja'far At Thahawi berkata tentang Aqidah Ahlu Sunnah yang dia ambil dari Imam Abu Hanifah:
"Sesungguhnya Al Quran adalah kalam Allah, dari-Nya ia muncul sebagai perkataan, tanpa boleh dipertanyakan kaifiyah (bentuk) nya. Allah telah turunkannya kepada Rasul-Nya sebagai wahyu. Kaum Mukminin mempercayai Al Quran benar-benar demikian keadaannya, dan mereka meyakini bahwa Al Quran kalam Allah Subhanahu wa Ta’ala yang sebenarnya; ia bukan makhluk seperti perkataan manusia. Maka barangsiapa yang mendengar Al Quran, lalu ia beranggapan bahawa Al Quran adalah perkataan manusia, maka ia kafir; Allah mencelanya, mencacatnya dan mengancamnya dengan Neraka Saqar, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“(Orang kafir itu berkata): “Al Quran ini tidak lain hanyalah perkataan manusia”. (Al Muddatsir : 25).
Kita memahami dan kita meyakini bahawa, Al Quran itu adalah perkataan Pencipta manusia, tidak serupa dengan perkataan manusia" (Aqidah At Thahawiyah).
Ibnu Taimiyyah berkata:
"Dari Allah lah Al Quran bermula dan kepada-Nya ia akan kembali. Dan sesungguhnya Allah berbicara dengan Al Quran ini secara hakiki. Sesungguhnya Al Quran yang telah Allah turunkan kepada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam ini adalah perkataan Allah yang sebenarnya, bukan perkataan selain-Nya"
Ibn Taimiyah berkata lagi:
"Sesiapa yang mengatakan Al Quran itu di dalam mushaf dan dada, maka dia benar.
Sesiapa yang mengatakan hafalan dan penulisannya di dalam mushaf dan dada, dia berkata benar.
Sesiapa yang mengatakan Al Quran itu tertulis di dalam mushaf dan dihafal di dalam dada, dia juga benar.
Sesiapa yang mengatakan dakwat atau kertas, atau sifat dan perbuatan seorang hamba, serta hafalan dan suaranya itu Qadim, atau bukan makhluk, maka dia tersilap dan tersesat.
Sesiapa yang mengatakan di dalam mushaf tiada Kalam Allah, atau Al Quran tidak ada di dalam dada, atau Al Quran yang mulia itu bukan percakapan Allah kerana ia makhluk, atau Al Quran itu ditulis oleh Jibril atau Muhammad, dan sesiapa yang berkata Al Quran itu dalam mushaf sebagaimana nama Muhammad dalam Taurat dan Injil, maka dia juga telah tersilap dan tersesat" (Majmu Al Fatawa)
Antara hadis yang menjadi sandaran Mazhab Salaf adalah:
Imam Al Bukhari menukil hadis dari sahabat Abdullah bin Unais:
"Allah akan mengumpulkan hamba-hamba pada hari kiamat, kemudian Allah memanggil mereka dengan suara yang terdengar dari jarak jauh seperti suara yang terdengar dari jarak dekat: Aku adalah Al-Malik (Maharaja), Aku adalah Ad-Dayyaan (Maha Membalas)…” (HR Al Bukhari)
Lalu Imam Al Bukhari mengomentari hadis ini:
“Dan sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memanggil dengan suara, di mana orang yang jauh mendengar suara ini seperti orang yang dekat, maka ini tidak mungkin dimiliki oleh selain Allah ‘Azza wa Jalla, dan ini dalil bahwa suara Allah tidak sama dengan suara-suara makhluk, karena suara Allah didengar dari jarak jauh seakan-akan didengar dari jarak dekat.” (Khalqu Af’aalil ‘Ibaad)
Imam Al Bukhari juga meriwayatkan hadis di bawah:
“Allah ‘Azza wa Jalla berkata di hari kiamat: ‘Wahai Adam!’ Adam menjawab: ‘Ya, wahai Rabb kami.’ Maka Allah memanggil dengan suara: ‘Sesungguhnya Allah akan memasukkan dari keturunanmu ba’tsan ke dalam neraka…‘”
Ini antara hadis yang ditolak oleh kaum Mutakallimin termasuk Al Asyaariyah, Maturidiyah dan Mu'tazilah. Padahal dalil tentang Allah berbicara dengan suara terdengar bersepah dan banyak.
Imam Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata:
“Aku bertanya kepada ayahku tentang suatu kaum yang mengatakan bahawa wa Allah berbicara dengan Musa tanpa suara”
Maka bapakku (Imam Ahmad bin Hanbal) berkata:
“Tidak demikian, sesungguhnya Rabb-mu ‘Azza wa Jalla berbicara dengan suara , hadis-hadis ini kami riwayatkan sebagaimana datangnya” (Diriwayatkan Abdullah dalam As Sunnah).
Kesimpulan
Al Asyaariyah = Al Quran dalam Bahasa Arab adalah terjemahan Jibril, iaitu Ciptaan.
Maturidiyah = Al Quran dalam Bahasa Arab adalah ciptaan.
Mu'tazilah = Al Quran dalam Bahasa Arab adalah makhluk, iaitu ciptaan.
Ahlu Sunnah : Al Quran dalam Bahasa Arab adalah Perkataan Allah secara hakiki. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum warahmatullah.
Saya baru terfikir nak post tajuk ni tapi sebab ia sudah ada sejak tahun 2019, jadi saya sambung sahaja dari sini.
Saya baru dengar Ustaz Rozaimi dalam Media Tajdid berkenaan tajuk ini. Dia lakukan satu bancian di Universiti Malaya dari seramai hampir 8,000 pelajar. Beriku apa yang didapatiny. Saya copy dari FB Dr. RORA https://www.facebook.com/DrRozai ... a/1031241531899324/
Petikan dari FB:
2. Saya memberikan 2 pilihan jawapan kepada netizen:
A. Kalam yang difirmankan oleh Allah
B. Makhluk yang diciptakan oleh Allah.
3. Alhamdulillah hantaran ini mendapat sambutan ramai. Setelah 3 hari, berikut adalah hasil undian:
i. Sebanyak 97% menjawab pilihan A iaitu al-Quran berbahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi sallallah alaih wasallam itu adalah kalam yang difirmankan oleh Allah iaitu seramai 7647 orang.
ii. Manakala yang menjawab dengan pilihan B iaitu al-Quran berbahasa Arab itu adalah makhluk sebanyak 2% iaitu mewakili 164 orang sahaja. (Info setakat 16 Julai 2024, jam 11:27 pagi)
4. Ini petunjuk bahawa orang awam di Malaysia ini bukanlah berpegang dengan mazhab Ashairah. Ini kerana Ashairah menegaskan bahawa al-Quran berbahasa Arab itu adalah makhluk. Ia bukan kalam Allah yang sebenar kerana menurut mereka kalam Allah yang sebenar hanya ada pada zat Allah yang tidak bersuara dan tidak berhuruf. Ia juga tidak berjuzuk dan tidak berbahasa. Lafaz al-Quran yang ada pada kita sekarang ini adalah makhluk yang menunjukkan kepada kalam Allah. Al-Baijuri menjelaskan:
Maksudnya: Dan mazhab Ahlussunnah (al-Ashairah) bahawasanya al-Quran dengan makna kalam nafsi bukan makhluk. Manakala al-Quran dengan makna LAFAZ YANG KITA BACA ADALAH MAKHLUK. Tetapi tidak boleh untuk dikatakan: al-Quran makhluk dengan maksud lafaz yang kita baca melainkan pada situasi mengajar kerana boleh ia membayangkan maksud bahawa al-Quran dengan makna kalamNya (kalam nafsi) makhluk. Oleh itu, ramai ulama tidak mahu menyebutkan al-Quran makhluk. (Tuhfat al-Murid, hal. 160)
Bacaan seterusnya boleh rujuk di FB Dr. RORA. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemungkinan hampir semua rakyat Malaysia masih tak faham pasal Asyairah/Maturidiyah vs Hanabilah/Athariyyah. Hanya setakat pengajian sifat 20 dan Asma Al-Husna. Pada saya pada asasnya in ini sudah memadai untuk permulaan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|