CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1632|Reply: 0

Yahudi cintakan keamanan!

[Copy link]
Post time 28-5-2019 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kucingitam at 28-5-2019 04:01 PM

Hantaran status Saiful Nang ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai masyarakat antaranya Khairul Hakimin Muhammad, Fdaus Ahmad dan Nadir Al-Nuri.





Khairul Hakimin Muhammad memberitahu Saiful Nang merupakan salah seorang individu yang beliau hormati. Namun, beliau merasakan pandangan Saiful Nang perlu diperbetulkan; belajar menutup mulut terhadap perkara yang tidak pasti.




Merasakan isu Palestin bukanlah sesuatu perkara yang boleh dimainkan dari segi hujah hanya kerana mahu memberikan pendapat sendiri, tetapi sebuah perjuangan dalam menegakkan syiar Islam itu sendiri.



Pendapat Fdaus Ahmad mengenai mesej Saiful Nang bahawa Yahudi Israel turut cintakan kedamaian adalah benar. Namun, kita semua perlu tahu bahawa kaum Yahudi sentiasa mendoakan agar mereka semua dapat berkumpul di Eretz Yisrael sebagai sebuah bangsa yang paling kuat.
Mereka tidak pernah terlupa untuk menutup doa mereka dengan kata-kata, ‘Shana Habaah B’Yerushalaiym’ yang membawa maksud ‘Tahun Hadapan Di Jurusalem’ sejak ratusan tahun yang lampau.




Jadi, ada yang bertanya bagaimana jika mereka berkunjung ke Al-Aqsa? Adakah ianya akan menyumbang kepada ekonomi Israel? Mari dengar penjelasan daripada seorang aktivis, Nadir Al-Nuri berkenaan hal tersebut.

1. Ziarah ke Al-Aqsa harus dijadikan sebagai ibadah.
Berziarah ke Al-Aqsa adalah dibenarkan dengan niat ibadah dan bukannya melancong seperti kita melawat ke tempat-tempat lain. Melawat Al-Aqsa sepatutnya lebih menginsafkan kita; menjadikan kita lebih insaf, tawaduk dan tunduk sebagai hamba.

Ini kerana Al-Aqsa bukannya tempat biasa untuk umat Islam, ianya adalah tempat yang memperlihatkan bagaimana umat Islam Palestin dijajah tanpa belas kasihan, dibunuh dan dirampas hak mereka secara kejam.

2. Ziarah Al-Aqsa perlu disertakan dengan niat yang jelas dan memberikan kesan.
Ulama-ulama besar serta pemegang taruh utama dalam pembebasan Al-Aqsa menyatakan adalah haram untuk melawat Al-Aqsa dalam keadaannya dijajah kerana ianya membantu ekonomi Zionis dan terlalu banyak impak buruk dan baik mengenai hal tersebut.

Oleh itu, ziarah ke Al-Aqsa perlulah disertakan dengan niat dan tujuan yang jelas. Ziarah tersebut juga perlulah memberikan kesan kepada diri sama ada daripada segi semangat ummah, kefahaman kepada agama.

Zionis memberikan kebenaran untuk umat Islam melawat Israel yang mereka panggil sebagai negara adalah berujuan untuk menjadikan ianya sebagai normalisasi dalam masyarakat.

Bak kata Nadir Al-Nuri, dengan kata mudah ianya adalah propaganda terancang untuk memberikan gambaran kepada mereka bahawa Zionis itu baik dan mahukan kedaiaman seperti yang diperkatakan oleh Saiful Nang.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 1.251705 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list