Bila tiba sahaja Ramadan pasti perkara ini akan berlaku. Apa ke dia? Jom tengok senarai di bawah. Betul ke tidak?
1. Pertanyaan tentang puasa. Puasa ke tidak? Mesti di kalangan rakan anak-anak kita akan bertanya semasa di sekolah. Kalau murid tahap satu mungkinlah mereka masih boleh kata masih kecil lagi. Tapi kalau yang sudah besar atau kita yang telah dewasa mesti kalau tak puasa akan mengaku puasa jugak.
kredit foto : google
2. Kebiasaan bila waktu maghrib tidak banyak orang yang tahu secara tepat, namun bila tiba bulan Ramadan pasti kebanyakan kita akan tahu waktu masuk maghrib dengan tepat.
kredit foto :google
3. Solat Terawih hanya berlaku pada bulan Ramadan sahaja, ramailah akan pergi mengerjakan ibadah ini, dan kebiasaannya masjid akan ramai orang lebih - lebih lagi pada 10 malam terakhir.
kredit foto :google
4. Bangun sahur walaupun dengan segelas air pun akan dapat pahala. Jadi bangun sahur akan menjadi kebiasaan pada Ramadan selain mengejar pahala, supaya badan mendapat tenaga sepanjang hari sebelum waktu berbuka.
kredit foto : google
5. Letih, gastrik ,migrain dan sakit perut kemungkinan alasan ramai yang akan mendapatkan cuti sakit dari doktor.
kredit foto : google
6. Pada bulan Ramadan ramai di kalangan kita akan lebih menjadi rajin melaksanakan ibadah kerana mengejar ganjaran pahala. Mendengar ceramah agama dan bersedekah.
kredit foto : google
7. Segenap tempat akan ada Bazar Ramadan, inilah peluang bagi peniaga untuk meraih pendapatan. Kita pula biasanya tidak akan melepas peluang untuk mengunjungi bazar ini untuk membeli sajian berbuka puasa. Tapi, beringatlah jangan sampai membazir ye.
kredit foto : google
8. Banyak betul notifikasi di Facebook, instagram dan twitter berkenaan dengan jualan baju raya, biskut raya dan macam-macam lagilah.Semua kita nak tag.
kredit foto : google
9. Banyaklah juga yang akan upload juadah berbuka puasa masing-masing di media sosial.
kredit foto : google
10. Anak-anak akan dijanjikan ganjaran sekiranya dapat berpuasa penuh sehari atau sebulan.
kredit foto : google
11. Yusof..Taiyoob..biasa akan kedengaran jenama ini untuk jualan kurmanya, malah permintaan kurma tak kira jenama memenuhi pasar raya.
kredit foto : google
12. Kejadian pecah rumah dan ceroboh rumah juga banyak berlaku. Pencuri dan penyangak nak memenuhi keperluan Syawal agaknya.Jadi kita berjaga-jaga dan berhati-hatilah.
kredit foto : google
Mungkin ada lagi yang tidak tersenarai di sini. Apa-apa pun jalanilah ibadah puasa bersederhana dan kerjarlah ganjaran yang diberi olehNya mengikut kemampuan masing-masing. Syukur dengan segala nikmat yang diberi dan negara kita masih aman untuk memudahkan ibadah ini dilaksanakan dan jangan lupa bayar zakat fitrah ye. - CARI |