Post time 30-4-2019 11:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Masa raya, ada exam. Jawab exam pakai baju tradisi yawww, tengah2 sejuk sampai ke tulang sumsum, sebab lepas exam tu nak ambil gambar raya. Pakai long coat tak nampak ler baju raya liplap kita
Lepas tu, cuti sem. Jalan sana-sini memenuhi jemputan ke rumah terbuka berminggu-minggu. Gi sana, orang ajak makan, gi sini orang ni pula jamu makan. Memang tak ingat dunia sumbat makanan, lepas tu baru kalut baju seluar semua kena beli baru
Yang tak berapa best, ada sekali raya, tak dapat cuti, orang yang sepatutnya ganti tu tak dapat ganti. Tapi tak pe, beliau ada hal, yang sedih nya, 4 minggu lepas tu baru boleh balik. Bulan syawal pun dah habis setakat call rumah jer mana boleh
Musim raya ni macam-macam kenangan ada.. secukup rasa but antaranya:
1- Orang terswap kasut sebab sama size - design lebih kurang.
2- Kena creative dengan alasan - non- mahram hulur tangan situation - but over the years dah semakin faham tak hulur tangan (syukur )
3- Ditarbiah oleh pak cik ni sebab dia bagi sampul raya - lepas tu reluctant dah terima sebab dah tua. Dia cakap " sedekah bukan untuk kanak-kanak je..konsep tu dah salah.. terima je untuk panjangkan amalan orang walaupun jumlah sedikit"
4- Set bermusafir dengan musim raya, tapi sempat rasa guilty dengan saudara mara yang nak bertandang
5- Pernah exam Raya season, lepas tu ramai-ramai serbu pergi open house hahaha
Post time 30-4-2019 12:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tahun 2002, i final year kt uni. Masa tu balik awai ke kampung, arwah apak tnya nak balik dak raya. . I tak mau, i kata nak raya kat tempat i belajar. Apak sedih la. Pes taim nak beraya jauh dgn anak dia. Nak jadi cerita, 1st ramadhan tahun 2002 tu, i eksiden dgn bas express. Umur panjang. Just minor injury dgn patah jari telunjuk kaki. I call apak, terus bagitau nak balik. Yg syoq nya i dah dapat duit raya beratus2 sebab tak balik beraya. Last sekali apa juai padi, lepas tu bank im rm1 k masa tu bnyk kot. Terus i fly balik. Tahun tu i beraya dgn kaki berbalut, takcdaapt lagi duit raya. Beraya kat umah. Punah harapan nak beraya kat tempat belajar. Utk apak, al fatihah. Sangat rindu. Hari ni genap dua tahun apak pergi. Semua kenangan sentiasa idup dalam hati.
Post time 1-5-2019 12:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Waktu raya adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh saudara mara. Sebab rumah kami je ada juadah lontong. Abah saya orang jawa. Lama merantau ikut mak ke Pahang. Setiap kali waktu raya, abah wajibkan kami masak lontong. Makan dengan telur rebus dan sambal ikan bilis. Wallah sedapnya....
Rumah kami memang full house hari raya pertama dan kedua. Lontong memang akan masak di awal pagi dalam jam 4 pagi. Periuk paling besar kami masak. Malam siapkan potong sayur2, tahu dan tempe. Sambal bilis pun masak malam.
Hari raya pertama dan kedua saya memang takde chance nak melaram dengan baju raya sebab jadi orang dapur. Tukang hidang , tukang basuh pinggan , tukang masak. Sebab kakak2 dan abang2 semua dah kawin ada anak kecil . Tapi happy je tengok ramai sedara mara datang. Kadang2 sampai sakit belakang lama sangat berdiri basuh pinggan, memasak dan mengemas.
Sekarang dah ramai orang pandai buat lontong. Kakak saya mewarisi kepandaian buat lontong yang sedap. Kakak suka kalau buat lontong letak udang saiz XXL. Hidang dalam masa 10 minit je abis lontong dia buat. Hahaha
Post time 3-5-2019 01:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Banyak kisah tem raya...tapi antara yang best zaman sekolah tem form 4. Budak2 kelas sepakat nak beraya reramai. Tem tu ade 40 student dalam kelas. Raya kan sebulan..so after one week syawal baru pakat2 plan pegi umh spe dulu..ade satu hari tu sampai 4-5 buah umh sehari tu pegi. Beraya umah cikgu2 pun ade jugak. Zaman tu syok naik bas rapid sebab tiket bas die boleh gune lebih dari 2x untuk hari yang sama. Tem tu rasa seronoknya ukhwah macam nie...bile jumpe balik kengkawan sekola..mesti akan throwback bab raya2 nie...
dulu masa zaman psone mmg kaki layan fifa/pes
masa rasa2 dah xde tetamu layanla game kejap
xlama pastu ada budak2 dtg beraya
sbb budak2 je selalunya kejap je nk duit raya je
so game tu saya x off la, cuma pause je
bila diorg dah masuk nmpk benda tu terus kata nk main
xknla xbg kn so diorg lepak la sejam kat situ main game
sampai la sorg kata dah bosan nk pegi beraya tempat lain pulak
dlm hati lega dah balik hehe
bukan sbb xnk bg main tp mcm melebih2 pulak
layankan je budak2 la kn
Assalamualaikum.
Segala syaitan dirantai, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Oleh itu, marilah sama-sama kita menjaga puasa bukan sahaja menahan makan dan minum, bahkan daripada segala maksiat mata, telinga dan mulut serta lain-lain anggota..🤗🕋