View: 3650|Reply: 23
|
Padah Cabul Pemandu Grab!
[Copy link]
|
|
Edited by safriehalim at 20-4-2019 10:17 AM
DUA lelaki Nepal yang mencabul pemandu Grab wanita dibelasah orang ramai sebelum diberkas polis di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, petang semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, kedua-dua lelaki masing-masing berusia 23 dan 29 tahun itu berada dalam keadaan mabuk sebelum menggunakan perkhidmatan Grabcar dipandu seorang wanita berusia 27 tahun.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mangsa mengambil suspek di Jalan Stesen Bukit Mertajam yang mahu pulang ke Taman Juru.
Katanya, wanita berkenaan meminta kedua-dua mereka untuk duduk di kerusi penumpang bahagian belakang.
"Ketika dalam perjalanan, suspek berusia 23 tahun bertindak melangkah duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan dan cuba dihalang mangsa.
“Pemandu wanita berkenaan kemudian memberhentikan keretanya di Jalan Betik dan meminta suspek untuk keluar dan duduk di kerusi penumpang hadapan," katanya.
Nik Ros Azhan berkata, ketika berada di Jalan Song Ban Kheng, suspek yang berada di kerusi penumpang hadapan memegang dan mencium tangan mangsa.
Katanya, selepas itu, suspek juga serta menarik badan wanita berkenaan ke arahnya sebelum meramas dada mangsa.
"Kejadian itu dihalang oleh mangsa namun suspek sekali lagi melakukannya sebelum wanita berkenaan memberi amaran untuk menghantar mereka ke balai polis berhampiran.
"Selepas diberi amaran, suspek tidak lagi bertindak sedemikian sehinggalah suspek berusia 29 tahun yang duduk di kerusi penumpang bahagian belakang muntah," katanya.
Menurutnya, sejurus selepas itu, suspek yang berada di kerusi penumpang hadapan bertindak agresif dengan menarik badan wanita berkenaan dengan kuat untuk memeluk mangsa.
Katanya, mangsa kemudian memberhentikan keretanya di Jalan Bukit Minyak dan keluar untuk meminta bantuan.
Nik Ros Azhan berkata, orang ramai yang berada berdekatan kawasan itu bertindak membantu mangsa selain membelasah suspek sehingga cedera di muka.
Katanya, mangsa adalah pemandu Grab sepenuh masa dan keretanya tidak dilengkapi dengan kamera.
Beliau berkata, kedua-dua suspek ditangkap oleh orang ramai sebelum diberkas pihaknya dan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
"nepal...kasi untung wa...cabul lu...bukan wa punya pasal...GOMEN pon kasi nepal mali Msia kerja"-MAJIKAN/TAUKE MALAYSIA.Pada akhirnya..rakyat juga yg kena sementara MAJIKAN buat harta. |
|
|
|
|
|
|
|
happy ending depa lunyai kena belasah. lain kali driver pempuan ready la pepper spray ke apa... syukur sheol selamat. zaman skg cari rezeki memang susah |
|
|
|
|
|
|
|
orang nak cari rezeki halal pon kaco....kurang ajar betul! |
|
|
|
|
|
|
|
Petang pun dah mabuk.. bahayanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh bayang mcm mana dia drive pastu handle dua penyangak ni. Nasib tak accident. Padan muka kena pukul. |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka nepal2 tu..dah lah mabuk cari psl pl tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat nepal ke bangla ke.. Korek hidung lepas tu kesat bawah kerusi bas.. Harreyyy |
|
|
|
|
|
|
|
234126 replied at 20-4-2019 09:40 PM
tak boleh bayang mcm mana dia drive pastu handle dua penyangak ni. Nasib tak accident. ...
Byk kali plak obstruction. Cekal btol |
|
|
|
|
|
|
|
rosevelvet replied at 20-4-2019 11:00 PM
Byk kali plak obstruction. Cekal btol
itulah, 1-2x berhenti try nak sabar sebab cari rezeki. Hanat punya nepal 2 ni selayaknya kena cepuk sampai berdarah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalauuu customer dh confirm, driver mmg xbolehh nk cancel ke customer ni kalau tgk2 dh mabuk mcm ni? Atau kalau cancel kena penalti? Sorry la iols bkn pmdu grab and cuma naik grab sekali jerr seumur hidup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan muntah bagai...
Suruh badigol dua ekor tu sedut sampai bersih |
|
|
|
|
|
|
|
Sazida replied at 20-4-2019 11:35 PM
Kalauuu customer dh confirm, driver mmg xbolehh nk cancel ke customer ni kalau tgk2 dh mabuk mcm ni? ...
Tu yg grab skrg ada option utk pemandu cancel kalau gmbr x sama ke mcm tu. Grab biasa xnk cancel sbb nnt rating diorg jatuh. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la.. mmg padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
Grab driver ada tak button emergency. Sepatutnya buat juga utk keselamatan grab driver. Moga dilindungi mereka mereka ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya lahai pompuan nih..bahaya sebenarnya pompuan bawak grab..tp tu la sbb tuntutan hidup..mgkn e hailing service kena letak security features utk drivers dlm apps..if anythg happen direct terus ke polis |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka dan kemudian hantar tepi laut suruh berenang balik nepal.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|