Korang dah tengok The Silence? Orang Malaysia mesti tak suka tengok kan sbb korang suka hiruk pikuk ok tak lawak. Sebenarnya lepas tengok citer Quiet Place mmg aku kurang layan citer-citer yang lebih kurang serupa sebab bagi aku Quiet Place tu mmg horror gila, lain-lain tu mcm dah kurang effect dia contoh mcm Bird Box. Tapi arini takde keje aku layan jugak la The Silence. Mcm best je, now baru tengok suku masa.
Citer ni berkisarkan makhluk yang dah berjuta tahun disembunyikan tapi baru-baru ni keluar ke bumi. Bentuk dia mcm bentuk dinosaur Pterodactyl tapi size mcm helang, besar sikit je. Ada bunyi-bunyi mcm Yakjuj Makjuj tak? Wakaka.
Then makhluk ni akan attack whatever yg buat bunyi. Part paling sedih so far bila sorang mak yg dukung baby dlm train tu, baby tu nangis, pastu semua org mcm push “emotionally” utk that mother to take her baby outside the train, then bila baby tu nangis mmg habis la kena attack. Adoiiii... kesian.
Mcm biasa part yang tak boleh blah is when mat saleh ni gigih nak drive keluar rumah walhal haiwan tu dah pandemik seluruh dunia. What the hell. Kau nak ke mana? Kan lebih selamat dok kat rumah diam-diam, turn off semua device.
Kalau buat filem camni kat Malaysia takyah susah2, aku rasa kita akan memerap je dlm rumah tak keluar-keluar sampai mereput. Wakakakaa