CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1629|Reply: 2

Kanak-kanak tersepit jari di mesin permainan

[Copy link]
Post time 12-4-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 12-4-2019 09:25 PM

Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik mencemaskan selepas jarinya tersepit di dalam sebuah mesin permainan di sebuah kedai runcit di Taman Bahgia Baru, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan jari mangsa berusia 4 tahun terbabit.

Ketua Balai BBP Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.17 dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Anggota bertindak memecahkan mesin tersebut menggunakan peralatan khas sehingga jari kanak-kanak itu dapat dikeluarkan dengan selamat.

"Kita mengambil masa kira-kira 10 minit dan kanak-kanak itu diberikan rawatan awal oleh anggota Unit bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Hasnuddin turut meminta ibu bapa atau penjaga memantau dan tidak leka dengan tindak-tanduk anak masing-masing untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

"Sama ada di pasar raya, taman permainan atau di mana-mana, pastikan keselamatan anak-anak menjadi keutamaan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2019 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko nak mencurik bebola kapsul toy tu ka dek? Cash la kan if hada niat gituh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh baru 4 tahun rupanya. Barangkali dah memang ngkau jenis hyper dan curiosity tinggi dek. Sila elak buat gini di masa depan yach!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.200383 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list