View: 12568|Reply: 87
|
Tingkah laku wanita ketika membawa kenderaan
[Copy link]
|
|
Salam,ni hanyalah trilogi posting saya sebelum ni ... kaum2 hawa jangan meroyan ye ...
biasalah..kalau buat perbandingan mesti berlawanan kan...takkan lelaki dgn lelaki..takkan klau binatang lembu dgn lembu,mesti lembu dgn kerbau kan...so harap paham ye...
Tingkah laku wanita ketika membawa kenderaan
Bilangan perempuan yang berpelajaran dan berkerjaya tinggi semakin meningkat sehingga mengakibatkan ada kemungkinan mereka menjadi agresif ketika memandu seperti lelaki. Contohnya, mungkin mereka ingin cepat sampai ke tempat kerja atau ke mesyuarat pada masa yang dijadualkan.
Perempuan lebih cenderung menukar lorong secara tiba-tiba dan membahayakan orang lain.
Membuat pusingan U secara tiba-tiba, tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain.
Memberhentikan kereta secara tiba-tiba dan meletak kereta sesuka hati hingga menghalang laluan.
Lebih bersifat sensitif dan penyibuk, selain berminat serta suka mendapatkan maklumat atau `cerita’ berbanding lelaki. Akibatnya, bila melalui kawasan yang baru terjadi kemalangan, mereka ingin hendak tahu apa yang terjadi, menyebabkan trafik menjadi perlahan dan mengganggu pemandu lain.
Bersifat pelindung kerana mereka ialah ibu. Oleh itu, mungkin mereka pentingkan diri sendiri bila berada di jalan raya, misalnya tidak beri laluan kepada kereta lain.
Lebih bersikap berhati-hati. Oleh itu, boleh jadi mereka bergerak lambat pada jalan lapang dan tidak banyak kereta, menyebabkan gangguan kepada pemandu lain.
Perempuan kurang keinginan mencuba dan meningkatkan kemahiran memandu mereka selepas mendapat lesen memandu.
Lebih mudah bertanya kalau tersesat atau tidak dapat mencari alamat yang ditujui. Mereka mungkin memberhentikan kereta secara tiba-tiba bila terjumpa dengan sesiapa saja dengan tujuan untuk bertanya. Perbuatan ini mungkin boleh menyebabkan kemalangan.
Lebih suka menyuruh lelaki memandu, bila mereka berdua dalam kereta.Akibatnya, oleh sebab yang memandu itu lelaki, makan risiko kemalangan adalah lebih tinggi, lebih-lebih lagi kalau lelaki itu masih muda dan agresif.
Bila kereta rosak, pemandu perempuan lebih cenderung menunggu saja pertolongan sampai, tetapi pemandu lelaki akan cuba berbuat sesuatu yang mereka mampu. Ini menyusahkan dirinya, boleh menjadikan emosinya terganggu dan dengan itu mungkin menyebabkan dia kurang tumpuan ketika memandu.
Pemandu perempuan kurang berpengetahuan dari segi penyelenggaraan kereta,oleh itu kalau rosak, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Ini menyusahkan dia di jalan raya dan boleh mengganggu emosinya.
Bila berlaku kemalangan, perempuan lebih cenderung berhujah berbanding lelaki.Akibatnya ini boleh menyebabkan pergaduhan yang besar jika mereka sesama perempuan dan boleh mengubah emosi ketika memandu.
****************************************************
Kebanyakan apa yg saya lihat, mmg ada byk yg betul.. tapi hakikatnya kajian ni x menunjukkan semua wanita atau semua lelaki bersikap sedemikian, hnya sebahagian sahaja... Jika anda atau sesiapa shj yg mempunyai sikap2 negatif dalam cara pemanduan di atas, sama2 lah kita tegur dan nasihat mnasihati...
Wallahu'alam...
Kredit: Berita Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukan akak apa yg diperkatakan kat atas tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Yang saya selalu perasan. Mereka suka makan dalam kereta dan kalau ada peluang, mata sentiasa memandang phone. Especially di perhentian lampu isyarat. |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun sy perempuan, sy akui ada kebenaran yg selalu driver perempuan buat. Bawak slow and duduk lane kanan. Diorng ni salah faham had laju highway ke hapa. Mmg la highway ckp hadlaju 110km, tapi tak bermakna ko dh bwk 110km kena duduk lane kanan. Sbb kebodohan yg ketara ni, jalan jadi sesak teruk tauuuuu... Please la jgn jd selfish sgt dan jgn ingat awak tu dh cukup bagus ikut peraturan jln raya kununnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ha ah, betul la tu, soh? apa masalahmye? jgn lupe eh... woman always right
|
|
|
|
|
|
|
|
haaa..ni memang betul bingai..shiok2 je dia makan angin kat lorong kanan..
lelaki, perempuan sama je bingainya tang ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm nak setuju je dgn peekara diatas.. |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 27-2-2019 10:46 AM
Yang saya selalu perasan. Mereka suka makan dalam kereta dan kalau ada peluang, mata sentiasa memand ...
Akak sayang kereta akak. .jadi tidaklah pernah makan dlm kereta dan tidak dibenarkan sesiapa pun mkn dlm kereta akak. .haha |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lady driver main masuk lane sebelah cm babi..sian moto eksiden
Harap org cenggitu mati jatuh gaung
|
|
|
|
|
|
|
|
bab pemanduan wanita ni rasa dah byk ok dari dulu ni
yg PERLU FOKUS skang ni pemanduan PAK PAK LEBAI KETAYAP JUBAH KOPIAH
serius bah, cer tgk depa memandu, cam HAREMMM |
|
|
|
|
|
|
|
paling power aku tengok akak aku sendiri, drive kereta manual, sebelah tangan pegang phone, sebelah lagi pegang air
aku mengucap panjang je kat belakang |
|
|
|
|
|
|
|
dekmieDandy replied at 27-2-2019 12:47 PM
paling power aku tengok akak aku sendiri, drive kereta manual, sebelah tangan pegang phone, sebelah ...
Habis tu, stering?
Gerak sendiri?
Scaryyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Ekekekekekekekek...maybe aku bukan perempuan... |
|
|
|
|
|
|
|
dia guna palm je, power ke idok
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah tahu ada orang membantu bila kereta rosak kenapa nak membanting tulang baiki kereta
Posing cantik jelah |
|
|
|
|
|
|
|
aku lagi hangin klu warga emas yg bawak keta.. risau nengok nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye . laki aku kena dengan driver pompuan macam ni.
laki aku bawa motor di antara lane, acik bedah tukar lorong tak tak tengok belakang & tak bagi signal.
laki aku brek, terbang dia ke bawah mpv acik bedah tu.
buat report polis acik bedah tu kata dia tak salah. laki acik bedah tu pun sama baking bini dia tak salah.
acik bedah ni sikit pun tak ambil peduli keadaan laki aku, p klinik kena xray pun sendiri tanggung.
eiii geram betul aku kat acik bedah kepam ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
warga emas bawak kereta slow mow dok line tengah huhuhuu.. stress aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
farlis replied at 27-2-2019 10:51 AM
Walaupun sy perempuan, sy akui ada kebenaran yg selalu driver perempuan buat. Bawak slow and duduk l ...
haha yg ni mmg betul.
tapi wahai lelaki , klu pompuan cantik memoting ko kasi jer , klu pompuan tak cantik , dr cermin sisi boleh nampak puas ko memaki pompuan.
i is terasa , sob ! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|