Kaji selidik Kualiti Air Pengguna Peringkat Kebangsaan Januari 1999 menunjukkan bahawa 38% orang dewasa dilaporkan menggunakan alat penapis air di rumah, iaitu peningkatan sebanyak sepuluh peratus sejak tahun 1995. 47% responden menyatakan bahawa mereka akan lebih berminat untuk membeli rumah yang telah dilengkapi oleh alat penapis air jika mereka berkeinginan untuk memiliki rumah baharu.
Ramai ejen dan usahawan penapis air gigih mempromosi penapis air daripada syarikat mereka untuk diguna pakai seisi rumah dan kawasan pejabat. Sehingga ada yang sanggup menyebarkan informasi yang tidak sahih semata-mata untuk mengaut keuntungan, ramai pengguna salah anggap menjadi mangsa produk mereka.
Baru-baru ini, pakar buah pinggang, Dr. Rafidah Abdullah mempersoalkan kenyataan salah seorang ejen penapis air yang mendakwa produk penapis air terkenal dapat mencegah penyakit buah pinggang.
Pada awalnya, ejen penapis air itu membalas ciapan daripada seorang netizen yang menyatakan hanya menggunakan air paip dimasak kerana tidak mampu membeli penapis air.
Balasan ciapannya itu mendapat perhatian Dr. Rafidah dan beliau meminta memberikan bukti kajian tentang penapis air mampu mencegah penyakit buah pinggang.
Perkongsian itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Dr. Rafidah juga bersetuju dengan bebenang ciapan netizen mengenai sistem bekalan air di Malaysia yang mana ia sentiasa dirawat dan bersih serta selamat diminum.
Dr. Rafidah Abdullah @rafidah72
Sangat setuju dengan thread ini.
Saya mohon penjual water filter tolong jangan:
1. Sesuka hati overclaim.
2. Membuat kenyataan seperti “apa lah sangat duit tu.....”. Mungkin mereka betul2 tidak mampu. Fikri Shaini @fikshai
Tahukah anda, setiap hari Pegawai Kesihatan di setiap daerah akan mengambil sampel air yang telah dirawat dari beberapa punca dan akan dihantar untuk ujikaji bagi melihat kandungan bakteria serta bahan terlarut. Jika melebihi kadar tertentu, loji rawatan air akan ditutup. [url]https://twitter.com/farzshaharuddin/status/1093165590028533760 …
[/url]
5:29 PM - Feb 7, 2019
Jual produk tidak salah, tetapi cara mempromosinya itu mestilah menggunakan informasi yang betul agar tidak disalah erti. Jangan overclaim sperti menakutkan orang dengan masalah kesihatan.
Mengapa tidak gunakan sahaja cara promosi seperti ‘dapatkan air sejuk atau panas pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menjerang air’?. Kan lebih mudah menggunakan penapis air untuk kegunaan dua jenis air ini. Bukannya masalah kesihatan yang perlu diutarakan. Jadilah peniaga yang bijak.
Sumber: MyHealth
|