View: 2471|Reply: 0
|
Bahaya Ajar Anak Jadi Vegan Seawal Usia 6 Bulan, Jangan Memandai!
[Copy link]
|
|
Kita biasa mendengar tentang vegetarian, tetapi jarang sekali tentang vegan. Apa itu vegan dan apa itu vegetarian? Kedua-dua vegan dan vegetarian adalah mereka yang tidak makan daging. Sebaliknya, mereka bergantung kepada sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan mereka.
Bahaya Ajar Anak Jadi Vegan Seawal 6 Bulan
Namun, vegetarian tetap memakan hasil produk tenusu daripada haiwan, contohnya telur, dan susu. Berbeza dengan vegetarian, seorang vegan tidak makan produk tenusu, malah turut mengelakkan penggunaan barangan berasaskan haiwan, contohnya yang diperbuat daripada kulit, bulu dan sutera haiwan.
Di luar negara khususnya, gerakan Vegan sudah sangat meluas hinggakan terdapat restoran khas untuk vegetarian/vegan. Antara negara yang mempunyai banyak restoran khas bagi golongan ini ialah Taiwan, Korea dan India.
Di Australia, sebuah kumpulan Vegan Baby Led Weaning telah ditubuhkan di Facebook dan mempunyai lebih 7700 ahli. Ia ditubuhkan khas bagi golongan vegan untuk melatih bayi mereka menjadi vegan sejak kecil.
'Baby led weaning' merujuk kepada kaedah di mana bayi diberi peluang merasa, menyentuh dan memegang makanan mereka sendiri semasa peringkat umur makanan pepejal diperkenalkan, iaitu seawal usia enam bulan.
Para doktor menyuarakan kebimbangan terhadap golongan vegan ini apabila mereka tidak menghiraukan nasihat doktor bahawa bayi memerlukan zat dan tidak boleh mengikuti diet seorang vegan seawal usia itu.
Berikut adalah posting daripada para ibu Vegan di Facebook.
Kredit foto: news.com.au
Setahun lalu, tular juga cadangan menukarkan susu lembu kepada susu beras sebagai pengganti.
Manakala, Mei lalu, sepasang suami isteri dari Sydney didakwa di mahkamah selepas bayi mereka yang berusia 20 bulan diserang sawan.
Mahkamah memerintahkan tiga anak mereka untuk dipisahkan daripada suami isteri itu kerana bayi mereka mengalami kekurangan zat dan menghidap penyakit riket disebabkan ke-ku-rang-an vitamin D.
Riket ialah penyakit tulang yang menyerang bayi dan kanak-kanak, yang mengakibatkan tulang lembut dan lemah. Ia biasanya berpunca daripada kekurangan vitamin D, kalsium atau fosforus.
Gambar Hiasan. Kesan penyakit riket. Kredit foto-Google
Bayi malang itu terpaksa tinggal di dalam wad selama sebulan. Dalam tempoh itu, doktor dan jururawat bertungkus-lumus memberikan nutrisi secukupnya kepadanya hingga dia berjaya menaikkan berat sebanyak enam kilogram selepas sebulan.
Ibu bapanya didakwa sengaja mengawal ketat pemakanan anak mereka, lalu mengakibatkan malnutrisi atau kekurangan zat makanan melampau.
Mahkamah mendedahkan, suami isteri tersebut melatih anak mereka menjadi vegan. Dia hanya diberi secawan oat, susu beras dan pisang pada waktu pagi, dan makan roti, ubi kentang, nasi dan tauhu pada sebelah malam
Amalan pemakanan vegan tidak seharusnya diamalkan bayi dan kanak-kanak kerana mereka memerlukan zat makanan mencukupi untuk tumbesaran mereka.
Jangan pernah menyamakan apa yang diperlukan bayi dan kanak-kanak sama dengan keperluan manusia. Dapatkan info dan nasihat daripada pakar pemakanan dan tumbesaran bayi. Jangan memandai sendiri! - CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|