Muslim Quarter, terletak di bandar purba Xi'an adalah lokasi wajib singgah jika anda di Xi'an. Malah anda akan ketagih dengan tempat ini dan mahu pergi lagi dan lagi.
Terdapat beberapa penginapan berdekatan dengan lokasi ini.
Perkara yang Anda Boleh Lakukan di Muslim Quarter, Xi'an, China
1. Melawat Menara Old Drum
Foto:princesscindyrina.com
2. Melawat Grand Mosque
Foto:princesscindyrina.com
3. Makan di Muslim Quarter
4. Menonton Pertunjukan Puppet dan bersiar-siar pada waktu petang di Gao Family Mansion
Foto:princesscindyrina.com
6. Kemudian makan lagi di Muslim Quarter
Foto:princesscindyrina.com
Kenapa kami tekankan untuk makan dan makan lagi di Muslim Quarter? Kerana fokus kali ini ialah makan!
Anda tidak boleh melawat destinasi ini jika anda sedang berdiet. Kalau anda berdiet sekalipun, anda pasti akan gagal kerana ada banyak makanan halal yang sedap-sedap ditawarkan di sini.
Foto:princesscindyrina.com
Untuk anda yang tidak fasih berbahasa Cina, anda hanya perlu tahu 2 perkataan iaitu
Yang Rou=Daging kambing
Niu Rou = Daging lembu
Foto:princesscindyrina.com
Anda boleh memulakan perjalanan di sini dengan melawat Menara Old Drum. Bayaran masuk adalah sebanyak 25 yuan.
Foto:princesscindyrina.com
Di sepanjang perjalanan anda, anda bakal nampak pelbagai gerai menjual makanan dan jangan risau, nama pun Muslim Quarter, jadi semua makanan adalah halal-halal belaka. Lihat sahaja gambar yang kami lampirkan, kecur air liur tak?
Foto:princesscindyrina.com
Jadi jika anda ada perancangan nak ke China, boleh masukkan Xi'an dalam senarai lawatan anda! Jom ke China! |