View: 2875|Reply: 4
|
Jeans Berbau? Tak Perlu Basuh, Guna Kopi Saja Dah Cukup!
[Copy link]
|
|
Pakaian berasaskan denim sepatutnya tidak perlu sering dibasuh. Ini diakui sendiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Levi's, Chip Bergh bahawa seluar jeans yang dipakainya tidak pernah dicuci selama setahun!
Ini berita baik bagi mereka yang malas membasuh jeans. Tetapi, apa yang perlu dilakukan apabila jeans berbau masam dan kotor? Ini caranya.
1. Tanpa air dan matahari, freezer dapat membuatkan jeans bersih seperti yang baru.
Foto: IDN Times
Lipat jeans dengan rapi, lalu letakkan di dalam zip lock bag. Masukkan beg plastik itu ke dalam peti sejuk beku. Proses pembersihan ini tidak akan menghapuskan noda, tetapi dapat membunuh organisma hidup yang ada di dalamnya.
2. Jangan perkecilkan kehebatan cuka. Ia dapat mengembalikan warna jeans yang pudar menjadi seperti baru!
Foto: hipwee
Rendam jeans ke dalam air dingin bersama satu cawan cuka putih selama jam. Ingat cuma direndam ya, bukan dicuci. Kemudian, gantung sampai kering dan tidak perlu khuatir dengan bau cuka. Apabila sudah kering nanti bau cukanya akan hilang dengan sendiri.
3. Bawa jeans bersama apabila mandi menggunakan pancuran air hangat.
Foto: Jacy Joan
Cara ini sangat mudah dan cepat. Anda cuma perlu menggantungkan jeans selama mana anda mandi. Ini kerana, wap panas dapat mengembangkan jeans anda dan mengeluarkan bau-bau yang tidak enak.
4. Jemur pada panas matahari sederhana.
Foto: hipwee
Ketika cuaca di luar cerah, gantungkan jeans di luar. Sinar matahari dapat menghilangkan bau, tapi dalam masa sama dapat memudarkan warna. Jadi, berhati-hati ketika menjemur, jangan sampai terlalu panas.
5. Noda-noda pada jeans akan hilang menggunakan berus gigi dan baking soda.
Foto: hipwee
Campurkan serbuk soda dan air, lalu oleskan pada bahagian yang kotor. Biarkan hingga kering sebelum berus dengan perlahan.
6. Bukan sahaja segar dan enak diminum, jus lemon juga boleh membersihkan jeans.
Foto: hipwee
Cukup dengan hanya mencampurkan jus lemon dan air, lalu gosokkan pada bahagian yang terkena kotoran atau berbau. Kemudian, gantung hingga jeans kering.
7. Kopi juga dapat menyerap bau. Hanya tinggalkan semalaman, jeans tampil seperti baru.
Foto: hipwee
Tahukah anda, kopi bertindak seperti barang ajaib apabila diperlukan? Kopi akan menyerap bau kurang enak termasuk dari jeans. Letakkan jeans bersama semangkuk kopi di dalam laci.
Proses cucian konvensional kadangkala merosakkan warna dan tekstur denim, jadi tak usah risau lagi. Semoga tip ini membantu ya! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi pyh tipsnya .. baik la naduh mcm biasa |
|
|
|
|
|
|
|
Basuh jerla macam biasa. Pengotor pakai berbulan2 tak basuh 2 minggu tahan lagi. Memang i selalu baca jeans tak perlu dibasuh selalu. Tapi kalau dah pakai dalam seminggu dua tu basuh jerlah. Terbalikkan before masuk dalam washing machine. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas pakai 2-3 kali, iols mesti basuh jeans
sebab dah terbayang segala kotoran melekat kat jeans tu walaupun takde nampak stain
|
|
|
|
|
|
|
| |
|