View: 4297|Reply: 9
|
'Main Belasah' Je Makan, Lima Fakta Tentang Nasi Kandar Ini Dah Tahu Ke Belum?
[Copy link]
|
|
Sebut sahaja nasi kandar pasti ramai terbayang keenakan makanan yang cukup popular di Malaysia ini. Mana tidaknya nasi dicampur bersama pelbagai jenis kuah kari kemudian dapat pula ayam goreng yang rangup dan panas. Memang tak menoleh ke kiri kanan lagi.
Nasi kandar dikatakan berasal dari India dan dimashyurkan oleh pedagang India Muslim di mana ia merupakan satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa. Kebiasaannya ia disajikan dengan pelbagai kari dan hidangan sampingan.
Foto - Penang Kini
Menurut cerita orang-orang dahulu perkataan nasi kandar timbul semasa mereka melihat penjaja nasi menjinjing atau mengandar tiang yang mengantung dua bekas nasi.
Kita sering makan nasi kandar tetapi adakah kita tahu fakta mengenai sepinggan nasi kandar tersebut? Di sini kami ingin kongsikan lima fakta mengenai sepinggan Nasi Kandar seperti yang di kongsi oleh Laman Facebook Penang Kini.
Foto - Penang Kini
1) Pertama sekali, nasi kandar dikatakan lebih bagus daripada nasi putih yang dimasak di rumah kerana ia tidak mengandungi kanji kerana semasa nasi dimasak mereka telah membuang kanji tersebut. Kerana itulah kandungan gula dalam nasi kandar sangat kurang berbanding nasi biasa.
2) Keduanya adalah dari segi kuah atau gulai nasi kandar yang dikatakan ceroi, kurang berminyak dan lebih penting lagi ia tidak menggunakan santan berbanding gulai yang dimasak di rumah. Kerana itu nasi kandar mempunyai kebaikan kerana gulainya kurang kolestrol.
Foto - Penang Kini
3) Ketiga, kandungan rempah yang lebih dalam gulai nasi kandar dikatakan dapat melancarkan darah, antioksidan, membakar lemak serta menstabilkan kandungan gula dalam darah.
4) Keempat pula adalah mengenai khasiat sayur yang paling popular di dalam hidangan nasi kandar iaitu bendi. Bendi mampu mengekalkan keremajaan (antioksidan), baik untuk kulit, mengandungi vitamin C, baik untuk otot dan otak, agen pelawas serta mengurangkan kolestrol dalam badan. Malah ikut petua orang tua-tua, bendi dapat membantu memudahkan proses kelahiran bagi perempuan yang bersalin secara normal.
Foto - Penang Kini
5) Kelima adalah dari segi bebas kandungan monosodium glutamat (MSG). Ini kerana nasi kandar tidak seperti makanan lain yang kaya dengan santan dan minyak. Jadi nasi kandar tidak memberikan kesan buruk serta memudaratkan tubuh badan kita berbanding masakan Thailand atau masakan Melayu.
Macam mana selepas baca lima fakta ini? Apa pun setiap makanan itu mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Apa yang kami boleh nasihatkan makanlah dengan seimbang kerana itulah yang sebaiknya. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Adohai..lapar plak tengok ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
santan bagus untuk kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
nasi kandar ngn nasi kanja same x ek |
|
|
|
|
|
|
|
Point 5 tu dia cite pasal MSG, tapi nape sentuh pasal minyak dan santan pulak.
Bukan sepatutnya cerita pasal bahan perasa |
|
|
|
|
|
|
|
dekat parit buntar perak nih, pkl 10.30 mlm pon beratur duk panjang lg... penangan nasi kandar.. mahal pon mahallah |
|
|
|
|
|
|
|
Xpenah makan..teringinnyee |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah makan kat penang..tapi paling sedap kena tekak i, kat nilai jugak
Restoren owner melayu, no mamak |
|
|
|
|
|
|
|
no thanks. iols tak lalu nak makan nasik dengan kuah banjir likat melekit macam tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnyaa. Tiap2 mggu mesti kena mkn |
|
|
|
|
|
|
| |
|