CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13574|Reply: 40

INILAH ‘TAMAR JALIS’…PENULIS BUKU BERCAKAP DENGAN JIN!

[Copy link]
Post time 9-10-2017 03:04 PM | Show all posts |Read mode


TAMAR Jalis atau nama sebenarnya Ahmad @ Mohd.Radzi bin Mahmud telah menghasilkan lebih 284 Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ),16 daripadanya sudah dibukukan dan jualannya menurut suatu kajian Prof. Adnan Nawang melebihi sejuta naskhah.
Hal ini memperlihatkan sambutan meluas pembaca terhadap siri novel itu yang sudah bermula sejak tahun 1981 hingga 2005.
Jualan hingga lebih sejuta naskhah siri novel SBDJ membuktikan karya itu lebih banyak terjual berbanding mana-mana buku Sasterawan Negara yang pernah diterbitkan setakat ini.
Jualan besar SBDJ termasuk naskhah cetak rompak menunjukkan pembaca daripada pelbagai kaum menggemari SBDJ yang mempunyai resipi tersendiri, teknik penulisan kreatif tertentu dan strategi memikat pembaca.
Di samping itu strategi jualan SBDJ yang mudah diperoleh sama ada di kedai besar, kecil, pasar , malam, kedai mamak, Cina dan sebagainya yang rakyat sifatnya.
Hal ini secara tidak langsung mencetuskan fenomena dan budaya membaca yang positif di kalangan rakyat Malaysia.
Generasi pembaca Malaysia era 1980-an, 1990-an dan 2005 kebanyakannya pernah membaca siri novel SBDJ atau mengikuti siri ini dalam majalah Variasari.
Malah ada segelintir mereka masih memiliki koleksi Siri novel ini yang diterbitkan dalam pelbagai versi dan ilustrasi kulit depannya untuk menarik perhatian pembaca meskipun kisahnya bukanlah sekadar tentang makhluk jin tetapi disulami dengan ilmu perubatan tradisional Melayu, sejarah, ilmu persilatan, psikologi Melayu, kosmologi Melayu, perbomohan Melayu dan petua-petua untuk memerangi dan menewaskan iblis dan syaitan daripada menganggu manusia.
Tamar Jalis adalah nama samaran penulisnya yang diambil daripada satu nama jin yang terdapat dalam Hikayat lnderaputera yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional.
Penggunaan nama Tamar Jalis memang sesuai dengan penulisan SBDJ hingga kebanyakan pembaca tidak menyedari nama sebenar penulis yang sudah berusia dan masih sihat walafiat.
Tamar Jalis dilahirkan pada 13 September 1940 di Kampung Batu 36, Jalan Sitiawan, Perak. Beliau mendapat pendidikan Melayu dan lnggeris serta Sekolah Rendah Teknik, Ipoh (bahagian tukang kayu dan binaan).
Dalam sejarah hidupnya, beliau pernah menjadi buruh, berniaga, pemberita bebas dan kerani pengedar akhbar Utusan Melayu (1970) dan pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Editor kumpulan majalah Variapop Group sebelum bersara dan kini menetap di Kuala Lumpur.
Beliau juga pernah berkhidmat dalam tentera Wataniah antara tahun 1964 hingga 1966.
Tamar Jalis mula menceburkan diri dalam dunia penulisan sejak tahun 1955 melalui Utusan Kanak-Kanak dan Tunas, tetapi cerpen dewasanya yang pertama tersiar dalam majalah Mutiara pada tahun 1958 berjudul Berhari Raya di Kampung.
Di samping menulis SBDJ yang tersohor dalam sejarah kesusasteraan Melayu itu, beliau juga menulis novel dan cerpen.
Cerpen-cerpennya tersiar dalam pelbagai majalah seperti Dewan Bahasa, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat , Mastika dan Widya, dan akhbar-akhbar Berita Minggu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan Watan.
Dua buah cerpennya, Menanti Ayah (1971) dan Samad Toja (Mingguan Malaysia, 26 Mei 1974) memenangi Hadiah Karya Sastera pada era tersebut yang memperlihatkan kekuatan dan ketinggian mutu cerpen karya Tamar Jalis.
Cerpen Samad Toja termuat dalam Antologi Hadiah Karya Sastera 1974 terbitan DBP (1976).
Panel Hadiah Karya Sastera (1974) antara lain menyebutkan, Samad Toja menceritakan kisah seorang tua yang memegang teguh kepada kepercayaan terhadap kuburan datuknya yang dianggap keramat.
Dan ini didramakan dalam satu situasi di mana kekolotan watak ditimbulkan dengan jelas. Samad Toja sanggup mati kerana mempertahankan kepercayaannya. Cerita diselesaikan secara ironis dengan Samad Toja terselamat sedangkan pemuda yang cuba menyelamatkannya mati menjadi korban di suraunya.”
Tiga buah cerpennnya iaitu Jaril,Jangan Tinggalkan Emak (Dewan Bahasa, September 1973), Paman (Dewan Sastera, Januari 1977) dan Cincin Berlian Bermata Dua (Dewan Sastera, April 1980) dimuatkan oleh Hamzah Hamdani dalam buku selenggaraannya Di Bawah Bayang Kemboja terbitan DBP (1981).
Tuah menyebelahi Tamar Jalis bila cerpennya Paman dan cerpen- cerpen pengarang lain yang termuat dalam antologi Suatu Subuh Yang Bening selenggaraan Othman Puteh dan Ramli Isin terpilih dan menjadi teks kesusasteraan Melayu peringkat SPM pada era persekolahan tahun 1980-an dan menjadi bahan kajian pelajar untuk lulus peperiksaan SPM.
Antara novel Tamar Jalis yang lain ialah Pucuk-pucuk Yang Mati (1967), Lorong-Lorong Hitam (1969) dan Rumah Urut (1970). Hamzah Hamdani dalam ulasannya ada menyebutkan “Walaupun novel-novel Ahmad Mahmud cenderung mengemukakan persoalan-persoalan seks, tetapi dalam perkembangannya kemudian, melalui cerpen-cerpennya, beliau telah mengemukakan persoalan-persoalan kehidupan manusia yang lebih serius.
Ahmad Mahmud sering melukiskan jiwa manusia yang gigih menghadapi hidup walaupun akhiran cerita-ceritanya sering menyayat hati.”
Menerusi nama samarannya Atma A.M beliau menulis novel-novel bercorak percintaan dan kemasyarakatan berjudul Bukan lmpian Hati setebal 126 halaman terbitan Variapop Group (Kuala Lumpur) pada tahun 1987. Beliau kemudiannya menulis novel Bukan Impian Hati(2) dengan menggunakan nama Atma A.M setebal 111 halaman terbitan Variapop Group (Kuala Lumpur) pada tahun 1988.
Beliau kemudiannya meneruskan penulisan novel bercorak percintaan dan kemasyarakatan dengan menggunakan nama samaran Ramadhan A.M menulis novel Kasihku, Sewangi Cempaka setebal 127 halaman (1988) dan Kukirim Rindu Untukmu setebal 127 halaman (1988) terbitan Variapop Group, Kuala Lumpur.
Pada bulan April 1985 hingga Januari 2005 iaitu selama 23 tahun enam bulan, beliau mula menggerakkan penulisan novel SBDJ dalam majalah Variasari untuk meningkatkan jualan majalah itu dan mencipta rekod sebagai siri novel terpanjang di Malaysia, Asia Tenggara dan sekali gus dunia antarabangsa.
Pada era 1980-an, majalah Variasari pernah dicetak 120,000 naskhah sebulan kerana wujudnya siri SBDJ itu sebelum beransur menurun kini.
Menurut Presiden Persatuan Karyawan Perak, Zabidin lsmail, SBDJ karya Tamar Jalis adalah siri cerita kreatif Melayu yang terbanyak dan paling lama dalam sebuah majalah tempatan.
Sebanyak 221 siri telah dibukukan dengan pelbagai tajuk dan paparan corak kulit yang menarik lagi menyeramkan, termuat dalam 16 buah buku.
Sebuah buku SBDJ mengandungi kira-kira 24 siri. Namun demikian terdapat sebanyak 63 siri iaitu siri 222 hingga 284 belum lagi dibukukan.
(sumber Dr. Talib Samat)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2017 04:10 PM | Show all posts
berkenaan buku ni kan.

atuk character utama dalam buku ni  kaka percaya dia bela jin.. harimau jadian, beri makan bertih jagung, berjumpa perempuan iblis semua permainan jin.

sekuat kuat jin kena ruqyah manzil terbakar. sehebat hebat bomoh dukun dgn izin Allah boleh mati sekelip mata.

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bercakap dngan jin ni dekat online pun ada. Tp sampai berapa siri aje kalau x silap.
Suka baca cerita ni dulu2.. kisah dia dgn atoknya. Atoknya ada kawen ngan bunian..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 04:53 PM | Show all posts
bestnya nk tau pasal penulis ni...dulu ms kecik2 abg ngn kakak slalu beli buku dia ni.aku ms tu skolah drjh 1 or drjh 2 dh minat baca buku dia.dalam satu buku ada byk kisah. kisah atuk dia tu lbh kurang dgn kisah atukku
org lama ni rata2 ada mengamalkan ilmu.ilmu jenis apa wallahualam. tp alhamdulillah pengakhiran atukku baik
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya, cerita ni pengalaman sebenar atau dongeng je????
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 11:06 PM | Show all posts
minat gak  baca cerita dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2017 08:53 AM | Show all posts
ice_sky92 replied at 9-10-2017 10:00 PM
Nak tanya, cerita ni pengalaman sebenar atau dongeng je????

Pengalaman sebenar bersama datuknya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 01:49 PM | Show all posts
suke giler baca buku ni
smpai tbayang ms scene die nmpk mayat dlm bilik air
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2017 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
rosak imajinasi aku tengok gambar penulis sebenar.
biasanya bila baca buku ni aku bayangkan hero dia
persis jins shamsudin masa muda2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 03:55 PM | Show all posts
kecik2 dulu aku pastikan buku ni disimpan dalam laci malam2. seram seyh tgk kulit buku ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ini orangnya. Ayah i pengumpul tegar buku2 beliau. Dalam variasari dulu2 pun ada. I suka baca. Tak silap few yrs back dekat astro ada drama adaptasi dari siri bercakap dengan jin, antara pelakonnya rahim razali.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 09:51 AM | Show all posts
Memang minat SBDJ ni.separuh sy bacaonline.buku baru beli yg siri 4..dulu ada yang buku lama2 dia yang nipis2 tu mak punya tp dh berterabur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2017 10:02 AM | Show all posts
kuzaime replied at 9-10-2017 04:23 PM
Bercakap dngan jin ni dekat online pun ada. Tp sampai berapa siri aje kalau x silap.
Suka baca cer ...

AKu pun baca online jer.. best sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 12:15 PM | Show all posts
Amina_Mirza replied at 10-10-2017 07:02 PM
Oh ini orangnya. Ayah i pengumpul tegar buku2 beliau. Dalam variasari dulu2 pun ada. I suka baca. Ta ...

rahim razali mcm tak best je jd Atuk.
prefer Eman Manan. hehehhe...

anyway, mana nak cari buku-buku tu? nak buat koleksi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 01:57 PM | Show all posts
Rusak kena banjir  5 taun lepas. Complete set. Termasuk Koleksi Ujang, Atuk ,Aca, Pendekar Mato 3, Periwira Mat Gila, Jaafar Taib Kalau, Jejak Wira, Dendam Kesumat.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
AznieBunnie replied at 12-10-2017 12:15 PM
rahim razali mcm tak best je jd Atuk.
prefer Eman Manan. hehehhe...


Hihi eman manan tak kertu lagi nak bawak watak atuk2 lah uols.
U baca online. Ada yg rajin compile ni ha :

http://poknickbdj.blogspot.my/p/bercakap-dengan-jin-jilid-1-01.html?m=1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 04:59 PM | Show all posts
Amina_Mirza replied at 12-10-2017 02:32 PM
Hihi eman manan tak kertu lagi nak bawak watak atuk2 lah uols.
U baca online. Ada yg rajin compi ...

tak kertu ye? boleh make up maaa... hihihi
aura dia bersilat... oh~ sgt wow!

wah! siap bg link for online version? thank you so much!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
AznieBunnie replied at 12-10-2017 04:59 PM
tak kertu ye? boleh make up maaa... hihihi
aura dia bersilat... oh~ sgt wow!


Ok uols selamat membaca
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 03:38 PM | Show all posts
aku antara peminat buku tamar jalis
kulit buku menyeramkan tapi isinya tak de la seram mana pun cuma lebih membuatkan wujudnya Allah dan mahkluk makhluk lain dalam dunia fana ini... lebih mendalam kefahaman islam aku bila baca buku buku ini kalau tengok garapan penulisan beliau ni memang terbaik dan aku lebih suka watak atok dia macam hero dan rahim razali tak sesuai jadi atok tamar jalis tak berapa sesuai
yup kena carik orang yang pegang watak atok ni yang berilmu dan berpanglima gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 03:48 PM | Show all posts
bestnya klu boleh dapatkan buku2 tamar jalis.. nak bagi anak baca .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.239537 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list