Di Malaysia kita hidup berbilang bangsa dan juga kepercayaan, dan terpulang dengan anda sekiranya mahu mempercayai kepercayaan mereka. Tiada paksaan.
Setiap bangsa dan agama memiliki pantang larang yang berbeza, maksudnya di sini ialah kepercayaan mitos-mitos. Seperti orang melayu, ada pantang larang tertentu dan kepercayaan tersendiri. Begitu juga dengan Cina, India Dan Bangsa lain yang ada di Malaysia.
Apa yang hendak dikongsikan pada hari ini ialah pengalaman seorang lelaki yang katanya jika mengikut pada bulan ini, iaitu pada bulan 9, banyak hantu berkeliaran. Apatah lagi pengalaman ngeri abangnya yang nampak entiti berkenaan ketika keretanya rosak di tepi jalan pada malam hari. Ini seperti mengiyakan kepercayaan itu. Menurut anda bagaimana? Adakah ianya secara kebetulan ataupun berkaitan dengan kepercayaan masyarakat cina itu sendiri?
|