[size=0.75em]-foto clarin.com
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]SEEKOR merpati yang digunakan untuk menghantar dadah kepada penghuni penjara telah ditembak mati. [size=0.98em]Burung tidak bersalah itu dilihat sering terbang memasuki kawasan penjara di bandar Santa Rosa, Argentina, lapor BBC. [size=0.98em]Pegawai-pegawai bertugas berasa curiga apabila melihat burung tersebut sering berulang-alik ke bangunan berkenaan. [size=0.98em]Mereka kemudian memutuskan untuk membuat siasatan dengan menembaknya.
[size=0.98em]Selepas siasatan, mereka mendapati merpati berkenaan membawa bungkusan kecil yang dipenuhi dengan pil khayal, ganja dan pemacu USB, menurut akhbar Clarín. [size=0.98em]Akhbar itu juga menyiarkan gambar burung merpati yang terbunuh yang 'dipakaikan' dengan beg kecil. [size=0.98em]Pada tahun 2013 perkhidmatan penjara Argentina memberi amaran kepada pengedar yang menggunakan merpati pengangkut khas untuk menghantar dadah dan bahan rahsia lain. [size=0.98em]Mereka mendakwa, merpati tersebut melakukan antara 10 dan 15 perjalanan setiap hari.
[size=0.98em]-foto Al-Arabiya English/Twitter [size=0.98em]Selepas siasatan pada 2013, tiga orang ditangkap dan 15 yang dipanggil 'narco-merpati' telah dirampas. [size=0.98em]Bagaimanapun ia bukanlah masalah yang berlaku di Argentina sahaja. [size=0.98em]Awal tahun ini, pada bulan Mei, seekor merpati ditangkap di Kuwait berhampiran sempadan Iraq kerana membawa 178 pil ketamin. [size=0.875em]
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... o7CBcCv2pKcAcUt2.99
|