CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7017|Reply: 11

CERPEN : BERSAKSIKAN FJORD

[Copy link]
Post time 15-8-2017 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ziela_janjirock at 15-8-2017 01:52 PM

Salam semua...ini penulisan pertama saya. Harap dapat tunjuk ajar dari segi pembinaan ayat


Jam menunjukkan hampir ke pukul 7 petang. Aku gelisah menunggu di meja penyambut tetamu. Pelanggan yang dijangka akan tiba 6.30 petang belum menunjukkan rupa. Ada dua perasaan membelenggu diri diri aku ketika itu. Satunya adalah, berdebar akan berhadapan dengan rakyat dari tanah air dan merupakan orang sebangsa aku. Dan yang keduanya, aku tidak ingin membuat kerja tambahan. Waktu kerjanya aku sudah ditetapkan pada pukul 10 pagi sehingga 7 petang.

Perut aku sudah berbunyi minta diisi. Malam ni aku rasa nak masak nasi goreng ikan bilis. Stok ikan bilis baru saja dikirim oleh kawan aku dari tanah air. Aku berkira-kira nak tumbuk cili padi bersama bawang dan kemudiannya tumis. Wallah, pasti sedap bila di goreng nasi bersama ikan bilis. Terliur aku memikirkan makanan untuk perut aku malam ini.

Khayalan aku bertukar debaran. 4 orang lelaki melayu berjalan menghala ke arah pondok aku berada. Pondok bersaiz lebih kurang 10 kaki x 10 kaki itu menempatkan ruang penyambut tetamu dan kedai runcit bagi Flam Hostel. Kebanyakan yang penghuni di Flam Hostel itu adalah backpacker traveler kerana harga biliknya adalah murah.

“Hello, we want to check-in. This is our booking confimation.” Tanpa mengangkat muka aku memeriksa booking mereka melalui buku rekod. Semua bayaran sudah dibuat secara online. Aku sengaja memakai topi yang menutup sebahagian wajah aku. Berdebar betul untuk bersuara. Aku tiada pilihan, terpaksa juga bersuara.

“Err..ini kunci bilik. Ni bed sheet, kena letak sendiri ye. Dari sini, sila berjalan terus ke building kuning belakang ni. Bilik encik semua bahagian bawah. Boleh guna kitchen tapi tolong bersihkan balik selepas guna. Ada apa-apa lagi boleh saya bantu? Saya dah nak tutup ni.”

“Hah, orang Malaysia rupanya. Tak sangkanya.” Tetiba salah seorang dari mereka bersuara. Kemudian yang lain-lain tu kelihatan teruja. Keadaan itulah yang aku tak suka. Mesti mereka akan bertanya banyak mengenai aku.

“Ye saya orang Malaysia. Maafkan saya ye, saya ada sedikit urusan. Saya terpaksa bergerak sekarang.” Memang agak biadap cara aku. Tanpa mempedulikan mereka yang masih berdiri di luar pondok, aku menarik sliding glass window dan mengunci dari dalam. Kemudian aku menutup suis lampu. Tak cukup dari itu, aku menyembunyikan diri disebalik almari. Aku menunggu 4 orang lelaki tersebut meninggalkan pondok itu. Setelah yakin mereka sudah tiada di situ, akupun bergerak untuk ke bilik aku.

Suasana masih cerah walaupun ketika itu sudah pukul 7.30 petang. Aku menarik zip jaket hingga ke parah dagu. Tangan aku masukkan ke dalam poket jaket. Aku memerhati dari jauh bangunan berwarna kuning. Bangunan dua tingkat itu menempatkan 20 buah bilik. Ada beberapa jenis bilik yang disediakan. Ada bilik jenis dorm yang boleh menempatkan seramai 10 orang, 6 orang dan juga 4 orang. Ada juga bilik yang boleh duduk berdua.

Ada juga bilik yang berkonsep chalet yang terdapat balcony di depannya. Yang lebih menarik, ada satu bahagian di sediakan tempat untuk berkhemah. Berkemah di Flam Hostel ni bukan saja selamat, bahkan selesa dan menarik. Aku bahagia berada di sini. Aku boleh melihat keindahan alam semulajadi hari-hari.

…………………………….

“Manisnya dia?” Fikiran aku asyik memikirkan gadis yang bekerja di pondok penyambut tetamu. Dia seolah mengelak aku dan kawan-kawan.

Pandangan aku dilempar ke luar jendela. Amir dan Saiful sedang mengemas katil. Cadar dan sarung bantal dipasang satu per satu. Manakala Fitri sedang mandi.  Dan aku, bercakap dengan diri sendiri. Di luar jendela, jelas kelihatan gunung-ganang bersalut salji di puncaknya. Indah ciptaan Tuhan. Pandangan aku terhenti pada satu susuk tubuh.

“Gadis itu”. Perlahan aku bersuara. Aku memerhati tingkah lakunya.

Gadis itu berdiri sambil memandang ke arah bangunan yang menempatkan bilik kami. Gadis itu seolah melayan perasaan. Topi yang asalnya dipakai oleh gadis itu sudah tiada. Jelas kelihatan wajah bersih dia.

“Manis.” Itu yang terpancul di benak aku. Aku diam memerhati tingkah laku gadis itu. Kemudian dia berjalan masuk ke dalam sebuah rumah tak jauh dari tempat dia berdiri itu. Persoalan demi persoalan muncul.

“Apa ko tengok asyik sangat tu?” Soal Fitri yang baru sudah mandi.

“Takde apa lah.”

Amir dan Saiful sudah tertidur. Letih agaknya. Boleh dikatakan seharian juga perjalanan kami hari ini. Dari Bergen kami menaiki bas lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke Gudvangen. Kena pula tunggu cruise 2 jam. Dengan cruise, kami menyusuri sungai yang sangat luas. Sepanjang sungai itu dihiasi pula dengan fjord yang cukup indah.

“Aku nak gi masak nasi. Dalam 15 minit ko kejutkan budak dua orang ni. Nanti jangan lupa bawa lauk ikan bilik dan paper plate” Arah aku kepada Fitri.

2 periuk nasi eletrik mini aku bawa bersama beras ke dapur. Penuh dengan penghuni lain di dapur itu. Aku bertegur sapa dengan mereka. Mereka bergotong-royong menyediakan makan malam. Meriah betul aku tengok.

Aku memilih meja yang agak hujung untuk aku masak nasi. Sambil menunggu nasi masak, aku melayan gambar-gambar yang aku tangkap sepanjang pengembaraan kali ini dari handphone. Sesekali aku memandang keadaan dapur yang disediakan oleh Flam Hostel. Setiap dinding menggunakan kayu oak. Perabot bercirikan Ikea. Yang paling penting, dapur itu sangat bersih.

Tetiba gadis tersebut muncul. Aku terbangun dari kerusi tanpa sedar. Gadis tersebut tidak sedar yang aku berada di situ. Gadis itu menghala ke arah kumpulan yang sedang masak.

“Hi guys. Lovely smell.” Tegur gadis itu kepada mereka.

“Hi Laisa, what’s up?” Salah seorang dari mereka bertanya.
“I have out of stock of salt.” Gadis itu menuang sedikit garam di dalam mangkuk kecil sambil tersenyum. Manis betul senyuman. Entah kenapa jantung aku berdegup tidak seirama.

“What are you cook tonight, Laisa?” Yang lain pula bertanya. Mereka semua seolah-olah rapat dengan Laisa. Aku memerhati dengan sangat berminat.

“Just fried rice, Sally.” Sahut Laisa.

“I got to go, bye.” Laisa berlalu dari dapur itu.

“Hi guys, may I ask something?” Aku beranikan diri untuk bertanya kepada kumpulan itu mengenai Laisa.

Oh, sure.” Jawab Sally. Semua memandang aku.

“Do you know Laisa very well?” Tanya aku tak sabar.

“Not very well. She quite good. If you like hiking and need guidance, you can ask her. She knew Flam very well.” Kata-kata Sally yang terakhir itu seolah-olah membuka harapan untuk aku mengenali Laisa.

Sepanjang malam aku tak dapat nak lelapkan mata. Langsir aku tolak ketepi. Aku merenung ke luar jendela. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Matahari terbenam lebih kurang sejam yang lepas. Di musim bunga, gelap agak lewat. Jika di musim panas, kemungkinan lebih lewat.

Keadaan di luar tidak terlalu pekat malam. Puncak gunung di sekeliling tempat itu jelas kelihatan. Pandangan aku tertumpu ke arah ke rumah Laisa. Dah tidurkah Laisa? Tanpa fikir panjang, aku mengambil jaket dan menyarung ke tubuh. Perlahan-lahan aku membuka pintu dan keluar.

Keluar saja dari bangunan kuning itu, suhu sejuk mencengkam hingga ke tulang. Aku tidak berputus asa. Langkah ku ambil menghala ke rumah Laisa. Rumah kecil yang dihuni Laisa sangat sunyi. Aku menuju ke arah depan. Ada lampu masih terpasang. Aku memandang ke arah sebuah tingkap. Aku ternampak Laisa dengan sangat jelas. Dia seperti membaca.

Kaki aku seperti ditarik-tarik untuk menghampiri tingkap itu.

……………………………….

“Oiii mak kau.” Terkejut teramat aku. Tiba-tiba cermin tingkap aku diketuk. Tak pasal-pasal aku melatah.

“Erk, apa hal mamat ni?” Gumam aku. Mahu tak mahu aku terpaksa buka tingkap. Suhu sejuk menyucuk-nyucuk kulit aku yang hanya berbaju t-shirt.

“Ye encik, kenapa?” Tanya aku kehairanan. Mamat itu hanya diam memandang aku.

“Encik oh encik.” Lagi sekali aku panggil dia.

“Perut saya sakit. Sakit sangat ni. Ada balm tak.” Daripada tadinya diam tengok aku terus berubah dalam keadaan kesakitan sambil memegang perut. Pelik aku tengok dia.

“Oh, kejap ye encik.” Kalut-kalut aku menyelongkar almari. Jaket aku capai dan sarung ke badan. Dah tak tahan dengan kesejukan. Yes, aku jumpa balm cap tiger.

“Ni encik. Eh, mana dia?” Aku jengok ke luar, kelihatan mamat itu duduk di atas sebuah kerusi sambil memegang perut. Aku tiada cara lain, terpaksa keluar dari bilik.

“Encik ok ke tak ni? Nak saya panggil kawan encik yang lain tu?” Soal aku. Dia tunjuk jari tak payah. Aku serahkan balm itu. Dicalit sedikit balm tersebut dan diserahkan kembali kepada aku. Tangannya seolah-olah menyapu balm itu ke perut. Aku keliru. Aku patut pergi atau tunggu? Kepala yang tidak gatal digaru.

Dia masih tunduk menahan sakit. Aku masih menunggu. Tidak lama selepas itu dia angkat muka. Aku pandang dia inginkan kepastian yang dia ok atau tidak. Tiada riaksi. Lagilah aku pelik.

"Tak payah berencik dengan saya. Nama saya Azim. Thanks sebab bagi balm tu. Rasa macam ok sikit." Tetiba mamat itu bersuara. Aku lega.

“Kalau macam tu encik Azim sila lah masuk ke bilik. Sejuk sangat ni. Saya masuk dulu ye." Kata aku sambil angkat kaki untuk berlalu dari situ.

"Duduk sekejap dengan saya." Aku mematikan langkah.

“Sekejap saja.” Azim begitu berharap. Lambat-lambat aku duduk di hujung kerusi kayu. Jarak kami lebih kurang 2 meter.

“Dah lama bekerja di sini?” Aku dah agak soalan itu akan pertama sekali akan ditanya oleh Azim.

“Nak dekat 3 tahun.” Aku menjawab tanpa memandang Azim. Kaki aku menguis-nguis batu di tanah.

“Lama juga tu. Cantik tempat ni. Untung awak boleh tinggal di sini. Macam saya di KL, hari-hari fikiran semak dengan traffic jammed, udara pun tak fresh macam kat sini, view pun tak cantik. Bila sampai kat sini rasa macam taknak balik dah.” Aku memikir ayat yang sesuai untuk berbicara dengan Azim.

“Hmm..setiap keadaan tu ada yang baik dan ada yang buruk. Saya kat sini kena urus semua sendiri. Encik Amin pula ada family dan kawan-kawan yang boleh bantu jika ada masalah ataupun sakit.” Lancar pula aku bercakap.

“Kadang-kadang rimas juga ada ramai orang di sekeliling. Nak dapat privacy pun susah. Kejap nak jaga hati orang, kejap orang tu. Letih la awak."

Ada beban rupanya si Azim ni. Aku harus bersyukur dengan keadaan aku sekarang. Aku hanya fikir untuk diri sendiri.

"Setiap yang berlaku dalam hidup kita ada hikmah encik Azim. Jangan mudah mengeluh." Nasihat aku.
"Stop called me encik. Just Azim, okay? But you looked younger than me. You should call me abang" Nak kena panggil abang-abang ni yang aku malas ni. Nanti mesra sangat banyak pula di tanya. Aduh. Aku hampir lupa yang dia tadi sakit perut.

“Oh ya, sakit lagi ke tak ni?”

“Eh, sakit.” Jawab Azim sambil pegang perut.

“Saya nak panggil apa ye awak ni?”

“Laisa.” Jawab aku sepatah.

“Hmm, tak pernah saya dengar nama Laisa. Just Laisa?”  

“Laisa Humaira.” Menurut ibu, Laisa adalah nama pilihan abah dan Humaira pilihan ibu.

“Sedapnya nama. Nama saya Abdul Azim. Nice to meet you, Laisa.” Aku membalas senyuman Azim.  

“Bestnya kalau ada orang sudi bawa saya explore Flam esok.”

Aku paham maksud Azim. Memang salah satu tugas aku sebagai tourist guide di Flam Hostel ni. Jika rezeki lebih, dapatlah tips. Aku suka pekerjaan aku. Disamping mencari rezeki, boleh juga menghayati alam semulajadi dan juga kembangkan minda bila bergaul dengan pelancong.

“Why not. But you need to pay Flam Hostel.” Bersinar-sinar mata Azim bila mendengar jawapan aku. Aku tersenyum senang.

Sedikit sebanyak aku senang bergaul dengan Azim. Dia tak banyak bertanya hal peribadi aku. Kami banyak berbicara mengenai kehidupan, cara hidup dan macam-macam lagi. Aku dah beberapa kali menguap. Azim seolah-olah susah nak lepaskan aku pergi. Ada saja yang menarik minat Azim untuk berbicara dengan aku.

Sorry, mengantuk la. Dah pukul 12 ni.” Akhirnya mata aku tak tahan lagi. Azim masih bertenaga.

“Ok, ok. Sorry saya kacau Laisa malam-malam ni.”

Azim menghantar aku sehingga ke pintu.

“Have a nice dream, Laisa.” Senyuman Amin buat jantungku berdegup tidak keruan.

……………………….

Aku tak boleh nak berhenti senyum. Laisa, Laisa, Laisa. Jika Laisa belum mengantuk, aku pasti luang masa bersamanya sehingga ke pagi. Aku suka sikap Laisa yang suka tersenyum dan berfikiran positif. Yang paling menarik perhatianku, matanya. Tak puas memandang mata Laisa. Apa yang keluar dari mulut Laisa, semuanya perkara yang baik.

Aku terpaksa menipu sakit perut sebab nak tarik perhatian Laisa. Aku tahu, Laisa bukan seorang yang mudah didekati. Terbukti ketika proses untuk check-in tadi. Dia seolah mengelak kami berempat. Aku sehabis boleh elak diri aku bertanyakan hal peribadi kepada Laisa.

Tak sabar nak jumpa Laisa esok.

“Good night, Laisa.”
……………………….

“Ko ni dah kenapa Azim? Tersengih-sengih macam kena sampuk aku tengok.” Saiful menegur aku. Ketara sangat ke reaksi aku ni? Aku balik ke dunia nyata. Tumpuan aku kembali ke Laisa yang sedang bercerita mengenai Flam.

Flam ni famous dengan fjord. Maybe kamu semua tak perasan 1 view paling cun kat Flam ni time baru sampai semalam. Jom saya tunjuk kat mana nak tengok view tu.” Lagak Laisa macam pemandu pelancong.

Kami mengikut langkah Laisa melalui satu laluan untuk mendaki. Cuaca sangat cerah. Langit begitu membiru tanpa setompok awampun. Keadaan begitu hening walaupun jam sudah mencecah ke pukul 10 pagi. Walaupun sudah masuk musim bunga, pokok masih dalam keadaan togel seolah-olah masih di musim sejuk.

“Di Norway ni kalau dah spring, keadaan masih seolah-olah winter. Ini disebabkan kedudukannya di utara. Kalau ke Sweden dan Denmark sekarang ni, rasanya berbeza sikit kut. Tapi keadaan sejuk kalau tak salah saya, sama jer. Tapi kat 2 tempat tu time ni dah ada banyak bunga dan pokok dah ada daun.” Laisa seolah-olah tahu apa yang aku fikirkan.

Sesudah 15 minit mendaki, tiba-tiba Laisa berhenti.

“Taraaaa….” Laisa mendepakan tangan mempersembahkan pemandangan yang cukup indah di depan mata kami. Subhanallah. Terpancul dari mulut kami bertiga. Maha Kaya Allah yang menjadikan langit dan bumi, dihiasi bumi ini dengan keindahan bukit-bukau, gunung-ganang, sungai dan laut. Syurga dunia di depanku ini tak terucap dek kata-kata.

“Tuan-tuan semua, inilah the view of Aurlandsfjord. Tuan-tuan semua dah tengok banyak fjord sepanjang perjananan cruise dari Gudvangen ke Flam kan? Betul tak fjord yang ini lebih cantik dari yang lain tu?”

Kami mengiakan serentak. Betul cakap Laisa. Jelas kelihatan deretan kedai-kedai di Mall of Flam yang berada betul-betul di penghujung Aurlandsfjord. Tersergam indah gunung-ganang yang di puncak dipenuhi salji.

Saiful dan Fitri sibuk bergambar. Aku mendekati Laisa dan sedang duduk menghayati keindahan alam.

Thanks, Laisa. Tak pernah seumur hidup abang tengok keindahan alam sebegini rupa.”

Nothing to thanks, dah tugas saya sebagai tour guide. Lagipun best juga kalau macam ni selalu, daripada duduk jer dekat reception counter tu.”

Laisa mengenakan topi. Rambutnya sepanjang bahu diikat kemas. Aku kagum dengan penampilan gadis itu. Tiba-tiba Laisa pandang aku. Kami bertentang mata sekejap. Laisa senyum kemudian memandang arah lain. Jantung aku berdegup seolah berlari 100 meter. Air liur yang ditelan seolah tersekat di kerongkong. Aku menarik nafas dan hembus. Aku ulang beberapa.

“Jom ikut abang balik. Kita buat semua benda sama-sama. I will make you enjoy the wonderful life.” Entah kuasa ajaib mana yang masuk ke tubuhku. Lancar pula berkata-kata. Tapi kata-kata itu memang dari hati aku. Aku suka kamu, Laisa.

Laisa pandang di segenap ruang wajah aku. Itu merupakan peluang untuk aku meneliti seluruh wajahnya. Hitam manis yang bersih. Bibir merah tanpa gincu, hidung yang sempurna tinggi, alis mata lentik dan mata bundar yang sejuk dipandang. Wajah yang cukup sedap ditatap.

“Aaaaa...awak ni dah kenapa?” Tutur kata Laisa tersekat-sekat. Aku tersenyum paling manis kepada Laisa. Ada riak gelisah di muka Laisa.

“Laisa, jom ke next point.” Ala. Kacau daun betul mamat dua orang tu.

Cepat-cepat Laisa bangun dari kerusi kayu yang dikhaskan di kawasan pendakian itu. Dia meneruskan pendakian. Aku memerhati Laisa dari belakang. Laluan mendaki tidak terlalu susah. Tidak perlu apa-apa alat seperti tali dan sebagainya.

“Eh, itukan Flam Hostel.” Tetiba Fitri bersuara. Comel betul hostel tersebut bila dipandang dari atas.

Sikap teruja Fitri dan Saiful menyebabkan mereka laju ke depan. Tinggallah aku dan Laisa ke belakang. Saat yang aku idamkan, ingin bersama Laisa sahaja.

Just a few hours knew you, I adore you Laisa. Ikut abang balik.” Aku menyambung balik apa yang dimulakan.

“Awak baru kenal saya beberapa jam. Jangan mengarut.”

“Laisa, bersaksikan fjord dan gunung-ganang sekeliling kita ni, abang berjanji akan mengenali Laisa, memahami dan menyayangi Laisa. Hati abang terpaut sejak kali pertama melihat Laisa.” Laisa membelakangi aku. Kemungkinan tidak selesa dengan aku yang asyik mencari kesempatan menatap wajahnya.

“Give your time to know me more. Then think again.” Jawapan sebegitu cukup untuk aku. Aku senyum puas. Laisa diam melayan perasaan.

Kami mendaki turun. Terdapat sebatang sungai mengalir tenang. Kami berkelah di tepi sungai tersebut. Baik hati Laisa menyediakan tuna sandwich untuk berkelah.   

“Air yang mengalir dalam sungai ni sebenarnya salji yang cair. Nanti bila summer, lagi laju air ni mengalir.” Laisa cukup berpengetahuan pasal Flam.

“Ramai ke penduduk kat sini?” Saiful ingin tahu.

“Tak salah saya beberapa ratus jer.”

“Kenapa Laisa pilih untuk stay di Flam?” Fitri pula bertanya.

Hmm..I’ve never know ada tempat macam Flam ni. Lepas tengok dalam satu traveling channel, terus excited. Saya pun cari info dari internet, then terus fall in love dengan tempat ni. Dan akhirnya, here I am.”  Terlalu ringkas Laila bercerita.
“Why are you here, Laisa?”  Pandangan aku menikam ke mata Laisa. Pandangan yang penuh tanda tanya. Laisa melarikan pandangannya ke arah lain. Laisa tersenyum tawar.

“Cari makan.” Jawab Laisa sepatah.
“It’s ok. I have 3 more days to know why you are here.” Bisik aku perlahan sebelum kami bergerak pulang ke hostel. Tiada reaksi dari Laisa.


"Rest well guys. Petang ni kita cycling around the Flam. Okey." Perit rasanya hati bila terpaksa berpisah dengan Laisa. Ada 3 jam lagi untuk berjumpa Laisa. 3 jam bagi aku bak 3 tahun lamanya.

--------------------------------



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2017 01:07 PM | Show all posts
Edited by ziela_janjirock at 15-8-2017 01:58 PM

Aku hempas badan ke tilam empuk. Penat badan dan juga jiwa. Penat badan sebab mendaki dan penat jiwa di sebabkan Azim. Azim terlalu terus-terang dan cepat membuat keputusan. Hati, perasaan, kepercayaan dan keputusan sebenarnya perlu diberi masa.

Tidak dinafikan, hati aku sedikit terusik dengan layanan Azim. Hati gadis mata yang tidak tergugat dengan Azim yang dikategorikan kacak, berkarisma, pandai bergurau, dan banyak lagi. Setiap kali aku tertentangan mata dengan Azim, berderau darah aku. Nafas aku tak seimbang. Azim seorang yang cukup matang bila berbicara. Laisa, jangan mudah jatuh hati!!!! Jerit Laisa perlahan.

“Why are you here, Laisa?”  Soalan Azim mengembalikan kisah lalu aku.

Aku ni anak derhaka. Patutkah Azim tahu perkara itu? Sanggupkan Azim terima aku yang penuh dosa kepada kedua ibu dan bapa aku?

“Laisa, jangan nak kurang ajar dengan abah. Laisa mesti dengar cakap abah. Muka abah merah menahan geram kepada aku. Selalunya abah tak macam itu. Gerun aku dengan sikap abah.

“Laisa muda lagi ayah. Macam-macam perkara yang Laisa belum buat. Laisa tak sanggup siakan hidup Laisa disebabkan janji abah kepada orang lain. Bukan Laisa yang berjanji." Aku berhak menentukan nasib aku, bukan atas telunjuk abah yang tidak munasabah. Akibat janji abah kepada kawannya, kini aku terpaksa menurut. Sungguh tidak adil.

"Abah tak kira, Laisa mesti kahwin dengan anak kawan abah." Ibu menyabarkan abah. Tapi tiada gunanya. Abah masih degil memaksa aku. Semua ini berlaku disebabkan kawan abah datang ke rumah untuk melaksanakan janji dulu.

“Abah zalim. Abah tak berhak memaksa Laisa.”

“Anak kurang ajar.” Tangan abah sudah hinggap ke pipi aku. Sungguh pedih sekali. Sepedih hati aku. Sampai betul hati ayah. Aku berlari sambil menangis ke dalam bilik.

Pada malam itu juga aku tekad melarikan diri.
  
----------------------------


Keadaan di Flam sama saja setiap masa, sangat sunyi. Aku suka keadaan itu. Kedua sahabatku sedang mengayuh basikal di hadapan. Dan aku seiring dengan Laisa.

Indah betul perkampungan kecil Flam ni. Aku kagum betul dengan penduduk dekat situ. Mereka membina rumah jauh dari rumah yang lain. Boleh dikatakan semua rumah diperbuat daripada kayu.

Kelihatan air mengalir dicelah-celah gunung. Menurut Laisa, air itu terhasil daripada salji yang mencair. Kami melalui ladang yang dipenuhi kambing biri-biri. Padang rumput hijau terbentang indah. Langsung tidak terasa penat mengayuh bila disajikan pemandangan alam yang cukup mengagumkan.

Laisa berhenti mengayuh. Penat katanya. Kudrat perempuat tak sama dengan lelaki. Aku mengayuh mendekati Laisa. Fitri dan Saiful entah sampai kemana. Pandai-pandailah mereka.

Air yang mengalir di sebatang sungai yang dipenuhi batu menghasilkan bunyi yang mengasyikkan. Aku dan Laisa duduk di atas batu melayan bunyi aliran air.

"Saya nak terus terang sesuatu." Laisa memulakan perbualan.

"Tadi awak tanya kenapa saya kat sini kan? So, saya nak terus-terang kenapa saya kat sini. Saya larikan diri sebab abah saya memaksa saya berkahwin dengan anak kawannya. Saya tak nak. 3 tahun saya tidak berjumpa atau bercakap dengan abah." Air mata yang ditahan-tahan oleh Laisa akhirnya jatuh juga. Ingin aku jerit di segenap alam ni bahawa aku akan akhiri kesakitan kamu, Laisa. Tapi ini bukan masa yang sesuai.

“Abah dah tak mengaku saya anaknya sejak saya meninggalkan rumah.” Ingin saja aku menarik Laisa dalam dakapan aku. Kesedihan yang dirasai Laisa, turut aku rasai.

“Maafkan saya. Ini first time saya luah masalah saya kat orang lain. Saya ceritakan kebenaran inipun nak awak fikir balik perasaan awak kat saya.” Tangis Laisa reda.

“Hmm..rasanya perasaan abang kat Laisa bertambah-tambah.” Laisa tercengang.

“Laisa sayang, hal macam ni langsung tak effect perasaan abang. Jom ikut abang balik Malaysia. Abang akan tolong jernihkan keadaan. Trust me. I will do whatever I can.” Laisa memandang aku kehairanan. Mungkin reaksi aku tidak sama yang difikirkan Laisa. Kemungkinan Laisa fikir aku akan membenci dirinya.

“Meh sini.” Aku depakan tangan untuk memeluk Laisa. Laisa terkejut terus bangun. Laisa terpijak seketul batu dan terus terjatuh menimpa aku. Nasib naik aku sempat menyambut Laisa, kalau tidak, pasti tergolek ke dalam sungai penuh dengan batu yang tajam. Laisa elok terduduk di atas paha aku. Wajah kami hanya seinci ketika itu. Kalut-kalut Laisa ingin melepaskan diri.

Please stop Laisa. Nanti jatuh.” Aku masih hati-hati memegang Laisa. Jika aku lepaskan Laisa ketika dia meronta, pasti Laisa jatuh ke dalam sungai. Perlahan-lahan Laisa cuba berdiri.

“Abang gurau saja tadi. Gelabah sangat. Kan dah nak jatuh.” Laisa diam membatu. Kemungkinan malu dengan kejadian tadi. Tetiba aku rasa bahagia.

------------------------------


Patutkah aku iku Azim balik? Betulkan dia akan satukan aku dengan abah? Aku rindukan ibu dan abah. Aku rindukan adik-beradik aku yang lain. Aku rindu untuk bersama keluarga aku. Azim memberi kekuatan untuk aku melepaskan rindu aku. Hatiku meronta-ronta untuk pulang ke Malaysia. 3 tahun aku bersusah payah membina hidup. Ya, aku tenang di Flam. Tapi ada sesuatu yang tidak cukup dalam hati aku. Iaitu kasih sayang. Dulunya aku dimanjai abah dan ibu. Segala keinginan aku mereka tunaikan. Tapi bila mereka suarakan keinginan mereka menjodohkan aku dengan orang pilihan mereka, aku memberontak dan melarikan diri. Dan abah, sudah buang aku dari keluarga.

Satu benda yang aku pelik sangat. Kenapa Azim tu yakin sangat dia boleh satukan aku dengan abah? Aku boleh nampak keyakinan itu dari raut wajah dia. Ataupun dia saja nak pancing aku balik Malaysia untuk mainkan perasaan aku. Dia tu dah la Mr. Perfect, bila-bila masa nak mainkan perasaan orangpun boleh. Pening kepada aku memikirkan semua ini.

-------------------


“Laisa!!!” Eh, siapa pula terjerit-jerit panggil aku. Aku berhenti berlari. Mata aku mencari arah suara yang memanggil aku. Azim rupanya. Aku tunggu Azim berlari ke arah aku.

Morning Laisa. Nak join boleh?”

Why not, jom.” Kami beriringan jogging.

“The weather is so lovely.” Ujar Azim. Sesekali Azim menyedut udara dalam-dalam. Aku tersenyum melihat tingkah Azim.

“So, hari ni buat aktiviti apa?”

“Hmm..Saiful dan Fitri nak join fjord tour. Abang pula nak spend time with you, lovely girl.”

“Saya kerja la hari ni.”

“Takpe, abang teman Laisa bekerja.” Bersahaja betul mamat ni bercakap.

“Morning Susane, may I have 2 black coffee and 2 breads with butter.” Sesudah jogging, aku membaca Azim ke cafe kegemaran aku. Kopi dan sesame bread di cafe tu sangat sedap.

“Morning Laisa. It is our boyfriend?”
Tanya Susane ingin tahu.

“Yes mam, I’m her boyfriend. I coming here to bring her back and be my bride.” Selesai selesai berkata begitu, Azim memandang aku sambil menjungkit kening. Aku memandang Azim dengan perasaan tidak puas hati.

Wow, so wonderful. You two looked great together. You are lucky man, because Laisa is a good girl. I wish you two happy.” Aku hanya senyum kepada Susane. Amin pula bukan main senyum sampai ke telinga.

Kami memilih untuk duduk di meja berhadapan dengan jeti. Seronok melihat kesibukan bot untuk ke destinasi masing-masing. Burung camar berterbangan mencari rezeki.

“Hopefully Susane’s wished will be come true.” Amin tersenyum sambil menghirup kopi panas.

“What do you mean?” Aku tekad nak selesaikan segala persoalan hari ini.

“Be my wife.” Ternganga mulut aku mendengar jawapan Azim. Setiap kali aku jumpa dia, macam-macam kejutan aku dapat. Mula-mula sekali dia hendak mengenali, memahami dan menyayangi aku. Lepas tu nak tolong aku dan abah berbaik semula. Dan sekarang nak aku jadi isteri dia pula.

Tak semena-mena Azim menyentuh dagu. Entah besar mana mulut aku terbuka ketika itu, akupun tak pasti. Aku mencari kebenaran dari mata Azim. Ternyata Azim tidak bergurau dengan aku. Mulut aku seperti digam. Jantung pula berdegup tidak mengikut rentak yang betul.

“I hope silence mean yes.”
Ya Allah dia terus buat keputusan dengan keadaan diam aku. Tidak dinafikan hati aku diusik oleh Azim. Hati aku memang terpikat dengan cara Azim. Aku betul-betul kelu untuk berbicara.

“Siapa cakap yes?” Aku dah tak senang duduk. Ditambah pula Azim yang tak lepas-lepas memandang perilaku aku.

“Alamak, saya dah lambat nak masuk kerja.” Masih ada 1 jam lagi. Tapi aku bagi alasan untuk meninggalkan Azim. Azim tersenyum memandang aku yang makin lama makin meninggalkannya. Barulah aku boleh bernafas dengan betul.

------------------------------


Pening aku tengok barang-barang aku yang berlambak. Seboleh yang mungkin aku nak bawa balik semuanya. Akhirnya aku berjaya memuatkan semua pakaian dan barang-barang lain di dalam sebuah luggage bag dan backpack.

Pintu bilik aku diketuk. Pasti Azim. Masa masih berbaki setengah jam untuk kami berdua naik Flambana Train. Aku membuka pintu.

“Are your ready, Laisa.”

“Ya.”

Bersusah payah juga Azim mengheret luggage bag aku. Memang berat betul beg tu. Aku menyandang backpack yang boleh tahan berat juga tu. Nasib baik Azim cuma menggalas backpack. Boleh juga dia uruskan luggage bag aku tu.

Aku teringat perancangan Azim kemarin.

“Kita naik train paling awal ke Oslo, kemudian ke airport. Kita naik flight mana-mana yang sempat.”

“All the cost abang tanggung. Don’t ever ask about that anymore.” Jawapan Azim begitu tegas bila aku bertanya pasal tiket kapal terbang dan segalanya. Aku terpaksa akur. Aku pernah bertanya Azim pekerjaannya.

“Abang kerja dengan ayah. Construction company.” Kemungkinan Azim dari keluarga senang. Aku akui, abah aku boleh dikatakan orang yang berjaya. Aku dibesarkan dalam kemewahan. Bila aku tinggalkan kemewahan dan memilih kesederhanaan,  baru aku sedar nikmat kehidupan. Kemewahan kadangkala memberi kelekaan dan tiada sifat bersyukur.

Saiful dan Fitri pula menyambung perjalanan ke Denmark dan kemudian akan ke Sweden.

“Awak sepatutnya ikut Saiful dan Fitri. Saya boleh tunggu sampai kamu semua habis explore Scandinavian. Kemudian, saya ikutlah awak balik Malaysia.”

“Takpe Laisa. Abang ni tak sabar nak bawa Laisa balik kawen.” Senang betul jawapan Azim. Dia bukan saja membazir tiket penerbangan balik ke Malaysia dari Sweden, bahkan terpaksa beli tiket untuk diri dia dan juga aku. Dasyat sampai macam mana penangan aku ni?

“Laisa, kenapa ni?” Ralit berfikir sampai tak ingat aku bersama Azim.

“Takde apa.”

“Jom, dah boleh naik train.” Ajak Azim.

“Flam, 2 meters above sea level - Myrdal 866 meters. Our journey on the Flam Railway takes approx. 60 minutes. The Flam Railway is 20 km long and has a maximum inclination of 50%, equivalent to a climb of 1 meter for every 18 meters of rail travelled. All passengers are requested to read and follow the safety instructions posted below the windows.”


Setiap butir tulisan di kaca tv keretapi tersebut aku baca. Inilah kali pertama aku naik Flambana Train. Tarikan utama Flam adalah Panoramic Train ini. Selama ini aku di Flam, langsung tidak tergerak hati untuk mencuba.

“Laisa tak pernah naik ke train ni sebelum ni?” Kemungkinan Azim perasan sifat teruja aku.

“A'a tak pernah.”

“Maybe ditakdirkan kita hayati keindahan alam di sini bersama-sama. Maybe juga ditakdirkan gunung-ganang ini menjadi saksi betapa saya ingin membahagiakan Laisa.” Kata-kata Amin selalu mematikan minda aku untuk membalas kembali. Aku amat bahagia wahai Azim.

Sepanjang perjalanan ke Mrydal, kami disajikan dengan permandangan cukup indah. Laluan Flambana Train betul-betul di lereng gunung. Makin lama, semakin Flam diitinggalkan. Memori indah 3 tahun di Flam tidak akan aku lupakan. Aku berjanji untuk kembali semula ke Flam bila tiba saat yang sesuai.   

“Azim, tengok tu. Bestnya kalau ada rumah macam tu.” Teruja aku melihat sebuah rumah yang di sebelahnya terdapat air terjun. Aku tidak biasa memanggil Azim sebagai ‘abang’. Janggal betul untuk menyebut perkataan ‘abang’ itu.

“Kalau summer, sure boleh berenang dalam air yang bertakung tu.” Balas Azim.

Semakin ke atas, semakin jelas kelihatan salji. Keretapi tersebut berhenti untuk kami turun selama 5 minit bagi menyaksikan air terjun yang indah.

“Laisa, waterfall ni dipanggil Brekkefossen waterfall.” Aku angguk paham. Air terjun tersebut mengeras akibat cuaca terlalu sejuk. Cantik betul. Kami bergambar bersama. Penumpang lain turun sertai kami.

Keretapi itu menyambung perjalanan setelah 5 minit.

“Azim, kenapa awak suka saya?” Laisa bersuara.

“Yang pertama abang akan beritahu Laisa bila kita dah jumpa keluarga Laisa. Kedua, I love the way you react, the way you talk, the way you look at me, the way you smile, the way you laugh. The conclusion is, I love everything about you, Laisa.” Satu perasaan yang aneh meresap ke sanubariku. Ditambah dengan pandangan lembut Azim kepada aku, menggetarkan jiwa aku.

“Isk, rasa nak cium. Please jangan comel sangat.” Macam tak percaya apa yang Azim ucapkan.

“Jangan nak berani.” Aku memberi amaran tegas.

Azim senyum geli hati. Sengaja nak kenakan aku. Geram betul.

--------------------------


7 jam perjalanan dari Flam ke lapangan terbang di Oslo. Kami perlu menunggu selama 4 jam untuk menaiki penerbangan ke Malaysia. Laisa terbaring keletihan di atas kerusi. Backpack dijadikan bantal. Manis dan comel walaupun sedang tidur. Senang hati aku memikirkan hubungan kami makin selesa. Aku makin memahami Laisa. Alhamdulillah, perjalanan yang panjang ini memberi kesempatan untuk kami lebih memahami satu sama lain.

‘Ya Allah, berikanlah kami kesempatan untuk membahagiakan satu sama lain. Amin’

Aku sudah buat semampu aku untuk membuktikan keikhlasan hati aku ke Laisa. Setakat sekarang, Laisa belum pernah lagi meluahkan isi hatinya. Aku tidak tahu apa pendapat Laisa terhadap aku. Aku tidak boleh paksa Laisa. Laisa sanggup ikut balik ke Malaysiapun sudah satu rahmat yang tidak ternilai. Untuk perkara yang seterusnya, aku akan terus berdoa agar Laisa yakin dengan diriku.

Aku menghantar teks kepada mama. Setelah selesai, telefon dimasukkan ke dalam kocek seluar. Aku melihat sekeliling. Melihat kerenah manusia yang pelbagai ragam. Tak kurang juga yang melucukan hati.

------------------------


Lagi setengah jam kami bakal mendarat di KLIA. Debaran hati aku makin terasa. Apakah abah akan menerimaku kembali? Hati aku tidak cukup kuat menghadapi kemungkinan abah masih marahkan aku.

“Laisa, please relax. Everything will be ok.”
Azim seolah memahami keadaan aku.

“Azim, kenapa awak yakin sangat abah saya akan menerima saya kembali? Apa planning awak sebenarnya?” Azim sering kali berkata yang dia akan buatkan abah dan aku berbaik semula. Bila ditanya bagaimana, dia hanya tersenyum dan suruh mempercayainya.

“Laisa, sabar. You will know later.”
Ah, Azim menambah kekalutan dalam hati aku.

---------------------


Teksi memasuki perkarangan rumah abah. Kiri dan kanan laluan penuh dengan pokok bunga ibu. Ibu suka berkebun. Azim di sebelah aku tenang saja. Kenapa dia setenang itu? Badan aku terasa seram sejuk.

“Dah sampai dik.” Abang teksi menambah lagi debaran aku. Setelah Azim membayar, kami keluar dari perut teksi. Kaki aku terasa lemah. Azim yang siap mengeluarkan semua beg dari bonet, menghampiri aku yang masih berdiri di sebelah teksi.

“Yakin dengan saya Laisa, saya bersama awak dalam keadaan susah atau senang. Jom.” Azim memberi kekuatan untuk aku melangkah.

“Laisaaaaa!!!!!” Air mata aku tidak tertahan-tahan lagi. Ibu berlari mendapatkan aku. Kami berpelukan erat. Tersedu-sedu kami berdua menahan tangis.

“Laisa anak ibu..oh Laisa ibu.”

“Ibuuu!!! Laisa rindu ibu.” Aku langsung tidak risau penerimaan ibu. Sepanjang 3 tahun, aku selalu berhubung dengan ibu tanpa pengetahuan abah. Ibu banyak memberi semangat kepada aku.

Dari pandangan yang berbalam akibat dari tangisan, aku melihat ramai tubuh memandang ke arah aku. Aku mengelap air mata untuk melihat dengan lebih jelas. Sebahagian daripada mereka langsung tidak aku kenali. Siapa mereka? Abah perlahan menghampiri aku dan ibu. Wajah abah yang asalnya tenang berubah sedih. Aku ditarik ke dalam dakapan.

“Abah, ampunkan Laisa bah. Laisa berdosa. Laisa anak derhaka.” Sedih dan kekesalan aku tidak tertahan-tahan lagi. Abah turun menangis. Abah melepaskan aku dalam dakapan. Wajah aku ditatap lama oleh ayah. Air mata abah mengalir laju.

“Laisa, maafkan abah. Abah punca semua ini. Disebabkan ego, abah biar Laisa keluar dari rumah. Abah sayangkan Laisa. Mari masuk Laisa. Kita cakap dalam rumah. Dah lewat malam ni.” Abah memegang bahu aku. Kami berjalan bersama.

“Kejap abah, Laisa nak kenalkan seseorang.”

Aku hampir terlupa pasal Azim. Aku mencari kelibat Azim. Azim sedang bersalaman dan berpelukan dengan beberapa orang yang tidak aku kenali. Ibu pula sedang menjemput Azim dan beberapa orang itu masuk ke dalam rumah. Azim mengenali mereka? Ibu mengenali Azim? Pelbagai persoalan di dalam kepala aku. Aku berpelukan dengan kak long and abang angah. Rindu betul aku dengan mereka.

Beg aku semuanya sudah berada di dalam rumah. Entah siapa yang bawa masuk. Ruang tamu dipenuhi dengan ahli keluarga aku, Azim dan beberapa orang yang tidak dikenali itu. Semua orang dalam keadaan ceria.

“Sini Laisa, duduk sebelah abah.” Aku menurut.

“Abah ada sesuatu nak beritahu Laisa.” Aku sabar menunggu. Aku perhatikan wajah abah yang tenang. Adakah abah masih dengan keputusan untuk menjodohkan aku dengan anak kawannya?

“Laisa sayang, ini semua papa dan mama Azim.” Aku pandang wajah seorang demi seorang tetamu di depan aku.

“Tapi, bagaimana abah..”

“Laisa, gi salam.” Abah memotong kata-kata aku.

Aku mengalami ibu dan adik-beradik perempuan Azmi. Azmi aku pandang sekilas. Dia rancak berbual dengan abang ngah.

‘Something fishy’
--------------------------


Penat betul badan aku. Boleh dikatakan 2 hari perjalanan baru sampai ke tanah air. Susah payah yang aku alami ini besar betul ganjarannya. Bukan saja aku berjaya menyatukan Laisa dan keluarganya, malahan aku berjaya menemui pasangan hidup. Jika diizinkan Allah, aku ingin bersama-sama Laisa merasai nikmat perkahwinan.

Aku dan ahli keluargaku dipaksa tinggal beberapa hari di rumah Dato’ Kamal. Tapi bagus juga. Boleh aku jumpa Laisa lagi.

Aku teringat kembali kisah sebelum mengenali Laisa.

“Azim, ini Laisa.” Dato’ Kamal menyerahkan sekeping gambar.

‘My Laisa’ Guman aku di dalam hati.

Wajah comel Laisa masih segar dalam ingatan aku. Aku berdampingan dengan Laisa sejak dia dilahirkan. Umur kami berbeza dalam 5 tahun. Ketika Laisa berumur 4 tahun, Laisa sekeluarga terpaksa berpindah.

“Dulu, Azim suka sangat cium pipi Laisa.” Ujar papa. Mama dan Datin Sofie gelak suka hati. Ya, aku ingat.

“Time uncle nak pindah tu, Azim menangis kuat taknak lepas Laisa. Azim peluk Laisa kuat-kuat. Uncle dan papa Azim jenuh nak pujuk.” Aku senyum bila teringat kisah itu.

Sejak Laisa pergi, aku jadi seorang budak yang murung. Aku asyik menangis teringatkan Laisa. Papa dan mama susah hati memikirkan keadaan aku yang merupakan satu-satunya anak mereka. Bila aku meningkat remaja, aku makin ok. Laisa masih dalam fikiran aku. Aku selalu mendoakan kesejahteraan Laisa.

“Papa dan uncle ada tugas untuk Azim.” Aku memandang papa dengan tanda tanya.

“Bawa balik Laisa.”

Menurut papa, Laisa larikan diri ke Norway disebabkan dia dipaksa kahwin dengan aku. Laisa baru 25 tahun ketika itu. Sungguh tak disangka, gadis semuda itu berani lari hingga ke Norway.

“Sudikah Azim menjadikan Laisa isteri?” Pertanyaan papa buatku terkelu. Sudah 20 tahun berlalu. Aku tidak pasti apa perasaan aku kepada Laisa. Keadaan sudah berbeza. Laisa bukan lagi kanak-kanak comel. Laisa sudah dewasa.

"Kami tak paksa Azim. Pergi dulu ke Norway, jumpa Laisa. Kemudian Azim buat keputusan. Jika Azim suka dia, pujuklah dia balik ke sini. Jika sebaliknya, uncle tak kisah. Uncle akan pujuk Laisa balik sendiri." Mendatar kata-kata Dato' Kamal.

“Uncle sengaja biarkan Laisa dengan cara hidupnya sekarang. Uncle sengaja buat cerita yang uncle tidak mengaku Laisa itu anak uncle lagi. Sampai sekarang niat uncle nak jodohkan Azim dan Laisa masih ada. Dan harapan kami semua bergantung kepada Azim sekarang” Kata Dato' Kamal tanpa berselindung.

Aku menatap kembali gambar Laisa. Manis dan comel. Gadis di dalam gambar itu seolah-oleh senyum kepada aku. Apa salahnya aku terima idea Dato' Kamal, aku tak rugi apa-apapun. Dan kemungkinan aku akan lebih beruntung jika Laisa memenuhi ciri-ciri isteri pilihan aku.

Aku mengangguk. Papa, mama, Dato' Kamal dan Datin Sofie tersenyum puas. Jelas kelihatan impian besar mereka melihat aku dan Laisa bersatu.

Lamunan aku terhenti apabila pintu di balkoni diketuk. Aku selak tirai yang menutup pintu kaca tersebut. Laisa yang mencekak pinggang berada di luar. Kemungkinan bilik Laisa boleh melalui balkoni untuk ke bilik aku. Aku telan air liur. Kelat. Lambat-lambat aku membuka pintu. Laisa lebih dulu menolak kasar pintu.

“Hai Laisa. Tak tidur lagi? Dah lewat ni.” Aku pasti Laisa inginkan penjelasan.

“Semua yang berlaku di Flam adalah lakonan untuk bawa saya balik ke sini kan? Awak juga dipaksa berkahwin dengan saya kan?” Mata Laisa merah menahan geram.

“Laisa, cool down. Let me explain.” Aku cuba menarik tangan Laisa untuk mententeramkannya. Dia menarik tangannya kasar. Laisa ingin keluar dari bilik, spontan aku menarik tangannya. Aku risau Laisa larikan diri entah kemana-mana pula. Laisa meronta-ronta ingin lepaskan diri. Entah keberanian apa muncul, aku pekup mulut Laisa.

“Listen to me Laisa. Abang pergi Norway ada sebabnya.” Satu-persatu aku ceritakan kepada Laisa dengan tenang. Setelah Laisa kelihatan tenang, perlahan-lahan aku lepaskan Laisa. Laisa duduk diam di atas katil. Air mata perlahan mengalir di pipi.

“Abang pasti Laisa takkan ikut abang balik jika abang beritahu hal yang sebenar. ”Sambung aku lagi.. Laisa hanya diam merenung lantai.

“Remember what you asked me? Kenapa abang suka Laisa? Sebab pertama abang akan beritahu setelah Laisa jumpa keluarga Laisa kan? Now let me tell you. At the first time, I just saw you in the photo, hati abang sudah tertawan. Untuk menyakinkan diri abang lagi, abang setuju cari Laisa. Dan selepas itu abang yakin Laisa memang untuk abang”.

Laisa memandang aku. Mata Laisa berkaca-kaca. Ingin saja aku menarik Laisa dalam dakapan aku.

“Dah Laisa. Rest betul-betul dulu, kemudian baru fikir apa yang abang dah cakap. Atau…” Aku cuba nak ceriakan keadaan.

“Atau apa?” Aku yakin mood Laisa makin ok. Dia menunggu aku meneruskan kata-kata aku.

“Atau Laisa nak tidur dengan abang malam ni.” Aku senyum mengusik.

“Tak hingin.”

Nampak Laisa macam makin ok. Bila Laisa ingin melangkah keluar, sengaja aku menghalang pintu. Bulat mata Laisa memandang aku.

“Saper suruh masuk bilik abang?” Akhirnya aku memberi ruang kepada Laisa sambil ketawa terbahak-bahak.

“I love you Laisa.”

Laisa yang hampir sampai ke pintu biliknya, menoleh memandang aku. Tiada lagi berwajah tegang.

“Thanks for everything.” Ujar Laisa.

Aku bersyukur Laisa tiada lagi salah paham.


------------------------


“Di sinilah kali pertama abang meluahkan perasaan abang. Fjord inilah saksi kasih sayang abang kepada Laisa.” Aku memeluk Azim erat. Azim cium dahi aku lama. Bahagia betul tika itu.

“Terima kasih abang, Laisa bahagia.”

Satu bulan selepas kami berdua pulang ke tanah air, kami diijab kabul. Tiada langsung bantahan ketika abah dan ibu suarakan hasrat untuk jodohkan aku dengan Azim.

“Kalau Laisa tak lari hari tu, entah-entah sekarang ni abah dah dapat cucu.”

Lucu betul aku bila teringat kata-kata abah. Bagi aku semua tu takdir dari Allah SWT. Allah beri aku peluang untuk merasai hidup berdikari. Banyak aku belajar erti kehidupan ketika tiga tahun di Flam. Yang paling bermakna dalam hidup aku, kehadiran Azim. Azim mengajar aku erti sayang, rindu dan kasih-mengasihi.

“Dah ke mana fikiran tu sayang?” Aku tersenyum.

“Tak kemana-mana, sentiasa di sini.” Aku meletakkan tapak tangan aku di dada Azim. Tangan aku ditarik Azim. Satu ciuman hangat melekat di tapak tangan aku. Sepanjang tiga bulan bergelar isteri kepada Azim, hari demi hari kasih sayang Azim kepada aku bertambah. Begitu juga aku. Aku senang dengan layanan Azim yang sangat romantik dan prihatin.

Azim tiada langsung bantahan apabila aku suarakan hasrat untuk kembali ke Flam. Dan tika ini, kami berdua bersama-sama melayan keindahan Aurlandsfjord. Flam sangat cantik ketika di musim panas. Disebabkan itu, ramai pelancong mengunjungi kampung kecil ini.

“Bersaksikan fjord ni, abang berjanji akan membahagiakan Laisa sehingga ke hujung nyawa.” Tersentuh aku dengan janji Azim. Janji pertama di tempat yang sama ini sudah dibuktikan Azim. Aku yakin dan percaya janji Azim yang kedua ini.

“Bersaksikan fjord ini, Laisa berjanji akan menjadi isteri yang taat, menyayangi dan membahagiakan abang sehingga hayat Laisa.” Azim menarik aku dalam pelukannya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by GincuPurple at 5-9-2017 03:19 AM

TT, hang duk Norway ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2017 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
GincuPurple replied at 5-9-2017 11:15 AM
TT, hang duk Norway ka?

Tak lah...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2017 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Best
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 02:43 PM | Show all posts
ziela_janjirock replied at 15-8-2017 01:07 PM
Aku hempas badan ke tilam empuk. Penat badan dan juga jiwa. Penat badan sebab mendaki dan penat jiwa ...

Waaaaah. Happy ending...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-9-2017 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 14-9-2017 02:43 PM
Waaaaah. Happy ending...

Yeaaaa!! Tq sudi baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2017 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mrizumi replied at 10-9-2017 08:29 PM
Best

Heheeh...tq sudi baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ziela_janjirock replied at 15-9-2017 05:08 PM
Heheeh...tq sudi baca

Ada masa karang la lg tt..xbyk cter baru skrg..haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
mrizumi replied at 15-9-2017 05:10 PM
Ada masa karang la lg tt..xbyk cter baru skrg..haha

Tengah mengarang ni...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ziela_janjirock replied at 28-9-2017 11:46 AM
Tengah mengarang ni...hehehe

Ok..kalau ada..tag kami na..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2021 04:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.889416 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list