View: 4691|Reply: 23
|
5 Cara Melebatkan Rambut
[Copy link]
|
|
Edited by easicircle at 9-8-2017 11:45 AM
Gaya hidup yang sibuk dan cara pemakanan yang tak seimbang boleh memberi kesan kepada pertumbuhan rambut dan keguguran rambut. Hal ini, akan menjadi lebih serius jika anda tidak mengambil tindakan awal dalam melakukan rawatan. Berikut antara beberapa petua untuk melebatkan rambut yang boleh diamalkan.
Minyak Kelapa
Sebaik-baiknya guna minyak kelapa buatan sendiri. Namun anda juga boleh membeli minyak kelapa yang sedia ada di pasaran. Caranya mudah, hanya dengan melumurkan minyak kelapa di kepala dan biarkan setengah jam atau lebih baik jika semalaman. Amalkan dan lihat hasilnya. Hal ini kerana, minyak kelapa berguna untuk menutrisi rambut serta memelihara kesihatan kulit kepala.
Daun Bunga Raya
Tahukah anda daun bunga raya antara bahan semulajadi yang termudah untuk anda melebatkan rambut. Hanya dengan mengambil beberapa tangkai daun bunga raya dan bersihkan dengan air. Kemudian ramas daun bunga raya ke dalam air sehingga daun mengeluarkan lendir. Seterusnya,lumurkan di kepala seperti mana anda menggunakan syampu, biarkan selama 10-20minit. Bersihkan dengan air bersih. Seeloknya, amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Daun Pandan Bersama Santan
Ambil beberapa helai daun pandan dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian masukkan sedikit air serta ramasdaun pandan tersebut dan perah airnya. Setelah itu, campurkan air pandantersebut ke dalam mangkuk santan. Biarkan selama lebih kurang 30 minit. Setelah itu, lumurkan pada rambut dan biarkan selama setengah jam. Seterusnya bilas rambut dengan air bersih. Amalkan seminggu dua kali untuk hasil yang terbaik.
Air Rendaman Kacang Hijau
Salah satu petua mudah yang boleh diamalkan dengan mengambil secawan kacang hijau yang dibasuh bersih. Kemudian rendamkan semalaman di dalam air yang hanya untuk menutupi kacang hijau. Seterusnya, ambil air rendaman sapu ke kulit kepala dan kepala. Balutkan dengan tuala sehingga sapuan air kacang kering dan bilas sehingga bersih.
Nanas
Vitamin B kompleks yang terkandung di dalam buah nanas sangat bermanfaat untuk menyuburkan rambut. Andahanya perlu ambil satu atau dua nanas segar. Kemudian tuang jus nanas yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan biarkan semalaman. Seterusnya, lumurkan jus tersebut di kepala dan biarkan selama 30 minit sambil ditutup dengan tuala bersih. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Petua air rendaman kacang hijau tu pertama kali baca.... |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 geram tengok bunga raya subur subur kat pokok tepi jalan...tapi nak ambil rasa guilty pula...sbb majlis perbandaran punya pokok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by easicircle at 17-8-2017 06:29 PM
So apa lagi cubalah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kan ramai orang cakap daun bunga raya ni memang berkesan. Tapi susah nak cari. Kalau ada pun majlis perbandaran punya.
|
|
|
|
|
|
|
|
easicircle replied at 9-8-2017 05:46 PM
Tapi kan ramai orang cakap daun bunga raya ni memang berkesan. Tapi susah nak cari. Kalau ada pun ...
Betul berkesan ke? Pernah cuba 2x je sbb sejuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena rajin buatlah kan konsisten. Antara selebriti amalkan petua ni Umie Aida.
|
|
|
|
|
|
|
|
nak kena cuba la...tp mn nk cari bunga raya ni |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba mintak orang yang duduk kampung selalunya ada. Yang tinggal di bandar ni memang susah nak car bunga raya.
|
|
|
|
|
|
|
|
bunga raya ni masa kecik2 je buat
da tua bangka ni pokok bunga raya pun x pernah nampak da
|
|
|
|
|
|
|
|
yg minyak kelapa tu indian selalu buat
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu rata-rata rambut orang india lebat hitam berkilat. Sebab memang mereka selalu amalkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
easicircle replied at 14-8-2017 03:38 PM
Kena rajin buatlah kan konsisten. Antara selebriti amalkan petua ni Umie Aida.
Botak nanti pokok bunga raya mak iols |
|
|
|
|
|
|
|
Cakaplah mak. Mak nak tengok rambut anak mak botak or pokok bunga raya mak botak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tq for tips.. boleh try salah satu tips ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Sama-sama. Selamat mencuba!
|
|
|
|
|
|
|
|
i recommend guna castor oil
memang berkesan!
rambut i dulu nipis, sekarang ni dah start lebat sikit
ramai gak org tegur rambut i makin lebat |
|
|
|
|
|
|
|
Yeke? Wah great info. Nak beli kat mana? Bagaimana cara penggunaan?
|
|
|
|
|
|
|
|
u letak kt rambut, biarkan dalam 20mins sebelum mandi...buat selang sehari macam tu
insyaAllah, dalam 1-2bulan akan nampak rambut makin lebat
i guna brand ni.. beli kt shopee
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok nanti boleh cuba. Thanks again. Hope nampaklah hasilnya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|