CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17969|Reply: 97

Cite Whatsapp: Taman Medan

[Copy link]
Post time 5-4-2017 04:19 PM | Show all posts |Read mode
⁠⁠⁠Disclaimer: ada orang forward dekat Whatsapp cite nih, menarik bila dibaca. tatau sumbernya, yang pasti bukan dari saya:

---------------------

"Salam, kisah aku ni bermula dgn aku dan suami perlu pindah ke Petaling Jaya atas urusan kerja. Suami aku dpt rumah sewa area Taman Medan dgn harga yg not bad la. Rumah sewa aku ni berdekatan dgn Pasaraya Matahari So, senang la aku nk beli apa-apa kan? Jalan kaki pun boleh pergi pasaraya. Klinik Kerajaan Taman Medan pun dekat.

Masa first masuk rumah sewa ni aku dh rasa lain mcm. Mana tidaknya, aku siap jumpa kain putih lusuh berlumpur kering kt dlm bilik tidur aku. Siap ada 2, 3 helai rambut panjang lekat kt kain tu. Dlm hati aku tdetik, "kain pontianak ke ni? Pontianak tukar baju dlm bilik ni ke?". Aku gelak kecik dgn diri aku sendiri. Aku tanpa byk soal, aku terus campak kain tu dlm tong sampah luar rumah. Hari ptama aku kt rumah takde apa2 yg blaku pun. Siap aku menari2 lagi dgn suami dlm rumah.

Masuk hari kedua, start dh buat hal. Suami pergi kerja. Aku dlm bilik ni main Candy Crush, selamba je aku dengar ada org mandi mcm org gila kt bilik air diluar bilik. Dia punya jirus air tu mcm gelojoh sgt nk mandi. Aku menangis dn terus call suami aku. Suami suruh baca apa2 yg patut. Bila bunyi org mandi dh hilang, aku pi la tengok kt bilik air. Ya Allah, berus gigi aku dn suami betul2 landing dlm lubang jamban duduk tu. Lpstu ada najis dkt ats lantai. Aku cuci semua dan terus masuk bilik tak kluar2.

Bukan itu saja, mlm tu lagi teruk. Suami balik kerja nk makan nasi. Aku hidang nasi kt suami. Menjerit suami kata nasi basi dan bau hancing! Aku panik, macam mana boleh basi? Aku baru je masak nasi tu, masih panas lagi. Dah la basi, sekali pakej hancing pulak tu. Suami aku bangun, terus pergi azan dekat tengah2 rumah. Habis je suami azan, ada suara ikut azan, suara tu dtg dari sebuah bilik kosong yang pintunya bertutup. Benda tu azan main2, gelak2 dan ianya sgt myeramkan campur ngeri. Gigil tgn dibuatnya, first time dgn bende2 aneh mcm ni. Suami terus tendang pintu bilik tu sampai terbukak! Nyalakan lampu, tapi takde apa2 pulak. Tapi bilik bau hanyir busuk bangkai.

Tanpa byk ckp, suami dgn bengang call owner rumah. Mengadu pasal benda ni. Senang je jawapan si owner, dia kata itu masalah peribadi penyewa. Lps tutup call, dh takde apa2 gangguan dh. Tapi masa pukul 1 pagi, ada benda ketuk pintu belakang dapur mcm nk pecah. Ketuk bertalu2 mcm pencegah maksiat yg ketuk dh bunyinya. Kuat sgt, suami terkejut smpai tergolek jatuh katil. Aku menangis takut ya amat sgt, suami jerit smpai nk tkeluar anak tekak barulah benda tu diam. Kami tido sambil pasang ayat2 suci kt fon. Gangguan tiada sampai ke pagi.

Besok bangun, ada kesan lebam dekat peha dn dekat perut, bsar2 pulak tu. Aku takut duduk rumah sorang2, aku nk ikut suami pi kerja, suami kata jgn takut dgn benda tu nanti dia lg suka. Aku beranikan diri duduk sorang2 kt rumah. Tapi aku tperap dlm bilik la. Dari pagi hingga ke ptg takde apa yg berlaku, tp ade pekara aneh yg terjadi waktu suami balik kerja, suami kata "awk bermantera apa dgn sy ni?", aku tak phm dn tanya suami, "mantera apa bang?". Suami suruh tgk whatsapp. Aku on whatsapp, gila betul, aku ada hantar chat mentera kt suami aku dlm whtsapp. Manteranya berbunyi,

"terbang melayang2, ada didahan, ada didarat. Masuk kedalam jasad, terus ke hati. Menangis dijemput, menangis dihantar pulang, rambut mengurai, terkena sampuk, sehingga mati."

Berderau darah aku baca, takkan hantu setan pandai pakai whtsapp pulak? Pandai main teknologi? Aku cakap kt suami bukan aku yg hantar, suami aku diam je masuk rumah. Suami kata kita buat tak layan je, nanti benda tu tak kacau la. Nak cari rumah sewa lain mmg dh takde duit dah. Lps makan semua, malam tu lagi dahsyat, benda tu dh start main bakar2 pulak, tgh sedap2 tido smbil pasang ayat suci, ada terbau asap, alih2 dengar suami menjerit sekuat hati. Mana tidaknya, beg duit suami terbakar, habis duit, I/C dn kad bank semua hangus. Memang seram campur sakit hati. First time tgok suami menangis. Belum reda lagi kes tbakar ni, tiba2, semua frame gambar kahwin aku dgn suami semua tiba2 retak serentak. Lpastu terdengar bunyi benda mengilai kt ruang tamu punyalah nyaring dan kalau korang dengar, fuh, mesti terkencing sbb lain macam dia punya mengilai.

Suami tak tahan, suami call ustaz yg dia kenal dn mintak tlg dtg kerumah. Ustaz tu kata, "saya dekat Kuantan, Pahang ni."
Lepas je ustaz ckp mcm tu, ada satu suara garau ckp dekat depan pintu bilik aku mcm ni, "di Kuantan ya? Hihihihi." Suami aku terus bukak pintu luas2 dan ckp, "jgn kacau la setan!", sbb benda tu dh berani mendekat dan bsuara. Lpstu suami sambung ckp dgn ustaz, "ustaz dgr tadi?". Ustaz tu tak jwb tapi dia baca sesuatu, dlm beberapa saat, ustaz tu suruh suami azan disetiap penjuru bilik. Suami cpt2 buat, lps tu, gangguan dh pulih sikit, kami sambung tido.

Pada esok hari aku bangun, aku tiba2 ada kat bilik air, suami angkat aku masuk bilik. Suami tak kerja, ponteng. Aku dh macam org tak betul dah asyik ketakutan saja. Aku paksa suami cari rumah sewa lain. Suami duduk termenung diam je. Pagi tu aku ikut suami beli nasi lemak kt luar naik motor. Balik je rumah, bukak pintu, ada 2 ekor burung gagak terbang dlm rumah, terkejut betul aku. Lpstu ada najis dekat atas meja makan. Hilang selera mkn aku. Suami tampar meja dgn tangan sambil ckp, "melampau la ni!". Suami suruh kemas baju2 nak blah. Suami ckp rumah ni puaka tahap gila. Aku tnpa blengah terus kemas baju. Suami pergi buang air besar. Masa aku tgh kemas baju. Aku dgr ada benda tgh pung pang pung pang masak kt dapur.

Aku terus pergi tgok. Alangkah terkejutnya aku tgok ada pontianak dgn rambut pjg smpai ke pinggang, rambut kusut masai tutup muka. Pakai kain putih lusuh yg aku buang sebelum ni. Selamba je diri dekat dapur mcm patung smbil dua tangan letak kt perut (mcm org tgh solat). Bende tak guna tu pandang aku. Lutut aku goyang, memang goyang sgt tak tipu. Mulut aku tkunci, kaki pun tak boleh jalan. Badan gigil2. Serious aku tak pernah nampak benda2 ghaib ni. Skg dh nmpk, mmg tcabut skru lutut. Tdetik dlm hati aku adakah kita boleh lihat mahkluk ghaib sejelas ini?! Pagi pulak tu. Nk panggil suami tak boleh, mulut tkunci habis! Aku ingat dlm filem je bentuk pontianak mcm ni. Rupanya in reality pun sama. Lps terketar2 smbil menangis, aku pengsan. Sedar2 aku dah ada kt pusat rawatan islam.

Skrg aku dan suami dh tinggalkan rumah syaiton tu. Kami cari rumah sewa yg baru. Kami dapat rumah flat dkt Taman Desa Perangsang jln PJS 3/52. Kedai runcit Aceh pun dpn rumah je. Kt sini takde puaka2 syaiton ni. Alhamdulillah ok je. Cuma satu je yg pelik, masa hari first masuk rumah sewa baru ni. Aku tnampak kain putih lusuh baik je landing atas lantai rumah flat aku ni, bila aku pandang kali kedua, hilang la pulak. Maybe khayalan aku je kot sbb still trauma. Tapi yg penting, gangguan yg menimpa kluarga kecil ku sbelum ni sudah tiada. Tenang jiwa rasa. Bye2 semua, salam."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2017 04:29 PM | Show all posts
eeee... seramnya sisthur... ni nukilan asli ke atau just fiksyen kak hasanah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi..kalau la betul..mau meremang nampak cik ponti pagi2...kuat semangat btol minah..kalau aku sanggup pinjam duit cari rumah lain..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 04:37 PM | Show all posts
mak ai giler punya gangguan ni, apa alamat rumah puaka tu?
nk sewa la
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 04:41 PM | Show all posts
wow best... ngeri pun ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 04:43 PM | Show all posts
zaman bila org main candy crush lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2017 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah area taman medan pulaks tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2017 05:13 PM | Show all posts
haha wallahualam la betul atau tidak, orang taman medan mungkin lebih tahu psl area situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2017 05:55 PM | Show all posts
perghhh....berdiri segala bulu roma baca citer ni
agak memang betul citer ni kot
tang mane ye rumahnya??
area taman medan tu tmpat lalu lalang jugak dulu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 05:56 PM | Show all posts
kalo dekat area matahari mall tu, rumah teres lah tu
dekat dengan masjid besar tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 06:04 PM | Show all posts
tt ada panggil ustaz atau alim ulamak
tak untuk baca2 doa dalam rumah
sebelum pindah masuk?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 06:17 PM | Show all posts
boleh masok fiksyen sasha ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 06:57 PM | Show all posts
dah baca cite ni few times gak...byk page dah viral...rasanya mula kat kisah rumahtangga...so...kesahihan tu xtau

tapi yang nyatanya...gangguan mmg ekstreme habih
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
area situ teres kos rendah kan..
slalu gak gi matahari tu
kalau.btol btol dkt situ..blh.try tgk.lat mudah kot...ada iklan ke apa kan
..
mau gila aku wei kalau gitu.plus taik plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 11:05 PM | Show all posts
pertama kali baca rasa cam cerita rekaan je..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 12:57 AM | Show all posts
LostStar replied at 5-4-2017 06:17 PM
boleh masok fiksyen sasha ni..

dah ade da pon..i baca kat sana sblm tt post kat sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 07:25 AM | Show all posts
seram jugeks
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak aihhhh seramnya! Kalau i lah nampak cik lang tu terang2 depan i maunya terkencing gamaknyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:05 AM | Show all posts
kinakoyuki replied at 6-4-2017 12:57 AM
dah ade da pon..i baca kat sana sblm tt post kat sini..

den lambat... malam semalam bukak fiksyen shasha baru perasan cerita ni.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:59 AM | Show all posts
serammmmmnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.207191 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list