CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1240|Reply: 4

YADIM: RIS - Konvensyen Islam Yg Insya ALLAH paling Berjaya

[Copy link]
Post time 4-3-2017 07:20 AM | Show all posts |Read mode
RIS : Konvensyen Islam Paling Berjaya

sumber asal:http://www.yadim.com.my/v2/?p=28199


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2017 07:21 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 4-3-2017 07:27 AM

PUTRAJAYA 2 Mac – Program Reviving The Islamic Spirit (RIS) disifatkan sebagai konvensyen Islam yang paling berjaya terutama dalam konteks menarik golongan muda Islam, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad.

Beliau berkata, program berkenaan yang diasaskan di Kanada 15 tahun yang lalu sememangnya bersesuaian dengan citarasa anak-anak muda kerana ia bukanlah konvensyen yang bersifat akademik tetapi program ilmu yang bersifat santai.

“Justeru, tidak hairanlah program ini begitu berjaya dalam menarik perhatian peserta terutama golongan muda kerana penyampaian dalam bentuk santai tetapi dalam masa yang sama ceramah yang disampaikan penuh dengan motivasi dan inspirasi,’’ katanya pada siding media di sini hari ini.

Sidang media hari adalah mengenai program RIS yang bakal diadakan pada 4 dan 5 Mac depan dan merupakan kali pertamanya diadakan di luar Kanada.

Program ini bakal menghimpunkan tokoh-tokoh Islam terkemuka dunia termasuk Sheikh Hamza Yusuf, Imam Zaid Shakir, Imam Khalid Latif, Imam Siraj Wahhaj, Sheikh Muhammad Ninowy dan Dr. Umar Faruq Abd-allah yangh turut hadir pada sidang media hari ini.

Pada RIS kali ini turut disampaikan adalah penghargaan kepada cendiakawan Malaysia, Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas  di atas sumbangan yang telah diberikannya.

Dr. Yusri berkata, program berkenaan adalah sebuah program berbayar tetapi telah berjaya menarik penyertaan 3,000 orang termasuk hampar separuhnya adalah penyertaan daripada luar negara.

“Penyertaan dari luar negara adalah kira-kira 45 peratus dan ini termasuk dari negara-negara seperti Australia, Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina, Britain, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Hong Kong, Mauritius, Emiriyah Arab Bersatu, New Zealand, Perancis, India, Belanda dan beberapa negara lain,’’ katanya.

Sementara itu, Dr. Umar Faruq berkata, pemilihan Malaysia sebagai lokasi RIS kali ini adalah kerana pihaknya mahu mempelajari pengalaman Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai masyarakat yang begitu aktif dalam program Islam.

“Kami datang ke sini adalah untuk belajar dan mendapatkan manfaat daripada negara yang begitu indah ini dan kami amat-amat berbesar hati berada di Malaysia dan amat menghormati negara ini,’’ katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2017 07:23 AM | Show all posts
Tahniah yg diberkan rezeki menghadirkan diri....wow taman ilmu ...taman taman itu
anda direzekikan kesempatan masa dan peluang.

selamat menimba  ilmu yg bermanfaat...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2017 07:25 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 4-3-2017 07:28 AM

kalau depa datang untuk belajar, i guess institusi Islam like JAKIM, IKIM, YADIM, PERKIM or MUFTI DEPT
may be boleh ambil kesempatan  ini untuk buat showcase kat ruang legar...mcam satu booth video clip ke...halal hub ke...

i mean...kongsi ilmu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2017 07:26 AM | Show all posts
ni............

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.046474 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list