View: 10347|Reply: 107
|
perihal talak berkaitan pasangan yang sakit mental
[Copy link]
|
|
Al-KAFILI AL-FATAWI
AL-KAFI #559 : HUKUM MINTA CERAI KERANA SAKIT MENTAL
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 01 Mac 2017
sumber :http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1469-al-kafi-559-hukum-minta-cerai-kerana-sakit-mental![](http://www.muftiwp.gov.my/images/al_kafi_lil_fatawi/af559_compressed.jpg)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 4-3-2017 05:29 AM
Soalan:
Apakah hukum seorang isteri menuntut cerai daripada suaminya yang mengalami masalah mental?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada asalnya tidak boleh bagi seorang isteri meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab Syarie.
Daripada Thauban RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا مِنْ غَيْرِ بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الجَنَّةِ
Maksudnya: “Mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan maka haram baginya bau syurga.”
Riwayat al-Tirmidzi (1187)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 4-3-2017 05:32 AM
Kedua, menjadi kewajipan setiap pasangan untuk saling memahami keperluan antara satu sama lain kerana nilai sebuah perkahwinan, khususnya yang terbina atas dasar cinta dan kasih sayang, perlulah tertegak di atas dasar tanggungjawab dan mendapatkan pahala yang banyak daripada Allah SWT kerana banyak sabar dan sikap memahami. Allah SWT berfirman
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا.
Maksudnya: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
(Surah al-Nisa’, 4:19)
Syeikh al-Maraghi menyebut dalam Tafsir-nya bagi ayat ini: “Pada kalimah mu`asyarah terdapat makna pergaulan dan kesamarataan, yakni hendaklah kamu orang lelaki bergaul dengan mereka secara ma`ruf (baik) dan mereka juga hendaklah bergaul dengan kamu dengan baik juga. Maka wajib setiap pasangan itu mendatangkan kegembiraan dan senang hati kepada pasangan yang satu lagi dan menjadikan diri sebagai sebab bagi kelembutan dan kebahagian dalam kehidupan dan tempat tinggal bersama.” Al-Maraghi menguatkan tafsir ini dengan ayat lain:
وَمِنْ آياتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْواجاً لِتَسْكُنُوا إِلَيْها وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً Maksudnya:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran). (Surah al-Rum, 30:23)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketiganya, kita perlu mengetahui bahawa hukum asal bagi penceraian (talaq) adalah halal di dalam Islam, tetapi makruh (yakni dibenci Syarak). Ini berdasarkan hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَبغَضُ الحَلاَلِ إلى اللهِ عزَّ وجلَّ الطَّلاَقُ
Maksudnya: “Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah talaq.”
Riwayat Abu Daud (2178)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 4-3-2017 05:36 AM
Namun begitu, dalam keadaan-keadaan dan situasi-situasi tertentu, hukum penceraian tidak dapat lari daripada hukum yang lima:
- Wajib. Ini apabila seseorang lelaki melakukan ila’ apabila sudah tamat tempoh ila’.
- Sunat. Terdapat tiga situasi bagi hukum ini; i) Jika isteri tidak dapat komited dalam melayan suaminya, sehingga buruk akhlaknya; ii) Suami cuai dalam memberikan hak kepada isterinya, kerana benci atau selain itu; iii) Isteri itu gagal menjaga kehormatan dirinya daripada lelaki lain (curang dan sebagainya).
- Makruh. Jika isteri masih komited dengan tugasnya sebagai seorang isteri. Begitu juga bercerai atas sebab yang remeh. Maka sepatutnya suami atau isteri bertahan dan bersabar. Mereka juga hendaklah terus berbuat baik dengan pasangan untuk mendapatkan pahala daripada Allah.
- Harus. Jika terdapat sebab yang diterima syarak tetapi lebih aula (utama) suami itu bertahan dengan perkahwinan, dan terus berbuat baik, menolak keburukan isteri itu dengan melakukan ihsan belas kasihan kepadanya, menjaga keharmonian keluarga dan perkahwinan, kebajikan anak-anak, dan hubungan dengan mertua.
- Haram. Yakni talak, bukan khulu’, ketika haid bagi isteri yang sudah disetubuhi, dan talak ketika waktu suci tetapi baru disetubuhi suami, kerana ada kemungkinan isteri itu mengandung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Begitu juga Syarak memperuntukkan hak bagi isteri untuk meminta fasakh apabila terdapat aib pada pihak suami. Antara aib tersebut ialah keadaan gila yang menjangkiti otak. Jika berlaku gila itu, fasakh boleh dilakukan bagi menyelamatkan isteri daripada jenayah yang berlaku akibat penyakit gila itu, tanpa perlu kepada istihkam (diagnosis atau pemeriksaan) kerana bahaya itu sudah sedia ada.
Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/138-140; 4/96) |
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan keterangan di atas kami berpandangan bahawa sebaiknya berbincang dengan pakar perubatan berkenaan keadaan suami yang didakwa mengalami masalah mental. Jika penyakitnya itu masih boleh diubati dan tidak mendatangkan bahaya kepada keluarga, maka utamanya ialah isteri terus hidup bersama suami itu. Ingatlah bagaimana kisah isteri Nabi Ayyub yang begitu setia di sisi suaminya ketika Nabi Ayyub sedang sakit dan miskin. Ini juga merupakan lubuk kebaikan dan pahala daripada sisi Allah Taala.
Sebaliknya, jika penyakitnya itu sukar dirawat dan diurus, bahkan mendatangkan bahaya kepada isteri dan anak-anak, maka tidak salah bagi wanita itu untuk memohon cerai atau fasakh kerana alasan menjaga nyawa itu adalah sabit di sisi Syarak. Dalam keadaan seperti ini, sepatutnya suami itu ditempatkan di Hospital Penjagaan Mental bagi menjaga maslahat diri dan juga menolak mafsadah bagi keluarga. Wallahua’lam.
Semoga Allah SWT memudahkan urusan kita semua dan mendatangkan kebaikan di atas musibah yang melanda. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Nice topic, sebab sekarang ni macam makin ramai je orang mental kan |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahan ujian Allah. Entah layak ke tak ke syurga Allah kerana si suami yg sakit mental pasti ke syurga. Isteri yg tak sakit mental tak sanggup hadapi ujian Allah? Dan kita pula bertambah mental?
Kecian pula bila baca tread hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MohdNizamCY at 4-3-2017 10:30 PM
Saya lebih suka ingatkan, Allah penguji para manusia. Dia berikan ujian utk dekatkan diri kpdNya.
Sebelum kita berhukum, adalah lebih baik jika memahami rukun Iman ke 6 iaitu Qada dan Qadar. Dalam permasaalahan suami gila, maka secara automatik, dah bercerai pun si isteri jika JELAS suaminya itu gila samaada boleh memudaratkan dirinya (isteri) ataupun tidak, orang gila termasuk dalam kategori "tidak berakal".
Orang yg tidak berakal hakikatnya "terputus hubungan syariat terhadap makhluk" melainkan si isteri TETAP mengganggap itu suaminya yg juga UJIAN ALLAH. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MohdNizamCY at 4-3-2017 10:17 PM
Nak mintak cerai TAK PERLU melainkan hati TIDAK SANGGUP menghadapi ujian Allah, maka menerangkan HAKIKAT terputusnya hubungan SUDAH MEMADAI kpd pihak yg menegakkan syariatNya kerana si suami yg gila (tidak berakal), TIADA SYARIAT selaku SUAMI. Dan hanya ISTERI DAN IMANNYA KPD ALLAH sahaja yg akan memilih samaada MAHU MENGGANGGAP itu SUAMI ataupun TIDAK. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MohdNizamCY at 4-3-2017 10:15 PM
Bila mana Allah SUDAH menjelaskan orang yg LAYAK menjadi suami itu orang yg beriman (berakal), maka TIADA SYARIAT yg membolehkan orang yg tidak berakal utk bersyariat selaku SUAMI. Dan TAK PERLU FASAKH melainkan menjelaskan TIDAK SANGGUP BERSAMA SUAMI YG HILANG HAK SEBAGAI ORANG YG BERIMAN KERANA HILANG AKAL sudah memadai utk dijadikan RUJUKAN.
Ini barulah dinamakan KEADILAN yg Allah perintahkan utk DITEGAKKAN menurut AlQuran dan Sunnah dan bukan pula BERHUKUM tanpa memahami PERATURAN ALLAH. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Islam, syarat2 utk menjadi suami PERLU DIFAHAMI. Dan syarat2 utk menjadi isteri PERLU DIFAHAMI.
Bilamana si suami GILA, maka hilanglah kelayakkan sebagai hak suami MELAINKAN si isteri mengganggap itu suaminya yg mana merupakan ujian Allah.
Kita TAK BOLEH kata isteri BOLEH MINTAK FASAKH melainkan meminta si isteri faham, akan 2 hak selaku isteri terhadap si suami atau orang gila SAHAJA. |
|
|
|
|
|
|
|
Fasakh HANYA berlaku bila SI SUAMI masih BERAKAL.Dan bila mana si suami TIDAK BERAKAL, maka, si suami yg tidak berakal HILANG HAK SEBAGAI SUAMI melainkan isterinya mengganggap itu ujianNya kpd suaminya sekeluarga.
Agak2 ler, keterangan saya LEBIH TEPAT atau mufti LEBIH tepat disisi Allah?
Apa pun, mufti tempat kita merujuk. Maka MEREKA2 yg terlibat akan disoalNya jika tidak berhukum menurut PetunjukNya. Ada saya kisah hal yg PASTI berlaku? Wallah Hu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesiapa yg TAK FAHAM? Saya ni ngaji takat spm aje. So, kalau gamak TAK BETUL, betulkan ler JIKA BENAR.
So, Al-Kafi hari ni bagi saya TIDAK MEMENUHI SYARAT menurut hak2 yg Allah peruntukkan SESUAI dgn yg Allah syariatkan dalam erti kata yg SEBENAR2NYA. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesiapa yg NAK TANGKAP saya kerana statement yg saya nyatakan? Silakanlah JIKA BENAR! |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan :
Pasal apa Allah ajar hal ini kpd SAYA utk diterangkan disini dan bukan pula kpd ulama2 lain dizaman ini?
Ini kerana, Allah nak kita faham, kepunyaan Allah semua ilmu yg kita ketahui dan tidak ketahui. Maka jgnlah SOMBONG kpd Allah hingga Dia tak ajarkan ilmu dari sisiNya. Nampak mcm saya SOMBONG ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dikumpul semua ulama, rasanya jawapan saya paling TEPAT dgn kehendak Allah.
Kerana itulah saya dah bagitau awal2, saya dah lama menang. Dan yg menangkan saya adalah Allah! |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg akan berlaku bila si suami gila, dan isteri nyatakan kpd pihak yg diamanahkan si suaminya sudah tidak berakal (hilang hak sebagai suami), akan tetapi sesudah itu si suami kembali BERAKAL?
Jawapan : Maka bila terputusnya sebuah hubungan kerana "tidak berakalnya si suami", tiada EDAH kpd si isteri yg menyatakan hal ehwal si suami yg tidak berakal. Maknanya, si suami TIDAK BOLEH MERUJUK si isteri MELAINKAN mengahwini semula si isteri ketika dirinya dalam keadaan BERAKAL. Akan tetapi, edah si isteri TETAP BERLAKU ke atas calon selain si suami spt mana yg telah ditetapkanNya sejurus selepas menyatakan akan si suami yg tidak berakal.
Ada faham? |
|
|
|
|
|
|
| |
|