View: 1221|Reply: 8
|
sumbangan KSA dalam diplomasi tersirat ...
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 3-3-2017 06:01 PM
Assalamualaikum,
artikel ini dipaparkan untuk memberikan sedikit sebanyak jawapan bagi persoalan yg sering terngiang ngiag dalam benak pemikiran kita : di mana atau mana dia sumbangan negara arab dalam konflik konflik kemanusiaan yg umum atau yg melibatkan saudara seagama?
so..penulis cuba menerangkan konsep atau strategi diplomasi tersurat dan tersirat yg diamalkan oleh kuas abesar dunia dan bezanya dalam praktis atau amalan ini dalam kalangan negara teluk.
-------------------------------------------------
ANTARA DIPLOMASI AS DAN ARAB SAUDI
Azmi Hassan
|
|
|
|
|
|
|
|
MUNGKIN agak ramai merasa terkejut dengan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald J. Trump bahawa beliau akan mempertingkatkan bajet Jabatan Pertahanan (Pentagon) dengan pe-ningkatan sehingga AS$54 bilion.
Tidak memeranjatkan cada-ngan bajet Trump tersebut kerana itulah janji kempen beliau untuk memperkuatkan angkatan tentera AS malah peningkatan sebanyak 10 peratus itu tidak akan merubah kedudukan Amerika yang mempunyai bajet pertahanan paling tertinggi di dunia. Malah jika digabungkan bajet pertahanan tujuh negara ter-tinggi selepas AS, gabungan tersebut masih tidak mampu bersaing dengan bajet Pentagon.
Tetapi apa yang lebih meme-ranjatkan adalah cadangan menambahkan bajet Pentagon itu diikuti pula dengan kekurangan peruntukan sehingga 30 peratus bajet untuk Jabatan Negara AS demi menampung tambahan terhadap Pentagon.
Paling membimbangkan adalah strategi sebegini menyerlahkan fahaman Trump bahawa untuk mengembalikan zaman kekuatan AS iaitu ungkapan yang sering diucapkan dalam kempen presiden beliau adalah melalui kekuatan ketenteraan dan bukannya melalui diplomasi.
|
|
|
|
|
|
|
|
AS bukan sahaja mengamalkan diplomasi dasar luar yang lazim melalui Jabatan Negara tetapi juga diplomasi tersirat seperti bantuan kemanusiaan kepada negara yang memerlukan. Um-pamanya ketika tsunami -melanda Aceh pada 2004, -kehadiran tentera AS di Aceh adalah perkara sensitif dan bantuan kebanyakannya disalurkan melalui saluran diplomasi Jabatan Negara AS.
Mungkin juga strategi Trump memindahkan sebahagian bajet Jabatan Negara ke Jabatan Pertahanan adalah untuk memenuhi janji kempen beliau mengenai ungkapan untuk mendahulukan kepentingan rakyat Amerika. Janji tersebut sekali lagi diulangi ketika beliau berucap buat pertama kali di Kongres AS semalam.
AS begitu sering mengamalkan diplomasi tersirat terutama sekali melalui bantuan kemanusiaan demi melangsungkan dasar luar Amerika. Dari segi jumlah kewangan, Amerika adalah negara paling banyak menyumbang bantuan kepada negara luar. Umpamanya pada 2017 sahaja, AS menyediakan peruntukan sebanyak AS$50 bilion untuk bantuan seumpama itu.
Sebab itu juga Trump sebelum dilantik menjadi presiden lagi sering menegaskan peruntukan sebanyak itu tidak adil diberikan kepada negara luar kerana sepatutnya rakyat AS menikmatinya terlebih dahulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tetapi benarkah persepsi bahawa hanya Amerika sahaja yang berada di barisan hadapan dalam memberi bantuan kemanusiaan dan keputusan Trump untuk mengurangkan bantuan tersebut disifatkan sebagai tragedi kepada dunia global?
Dalam ucapan beliau di Kong-res semalam Trump sekali lagi menekankan bahawa tidak adil rakyat Amerika menghulur bantuan kepada negara yang membenci AS dan dalam hal ini antara negara penerima terbesar bantuan kemanusiaan adalah Afghanistan (AS$1 bilion) diikuti pula oleh Jordan (AS$632 juta) dan Ethiopia (AS$512 juta).
Memang tidak boleh dinafikan peruntukan AS$50 bilion adalah jumlah tertinggi disediakan AS untuk bantuan kemanusiaan negara luar. Tetapi dari segi -relatifnya jika dibandingkan dengan kemampuan sebenar Amerika, negara yang dikatakan banyak membantu negara lain melalui bantuan kemanusiaan dianggap sebagai antara negara penyumbang terendah jika dibandingkan dengan negara maju lain.
Ini kerana jumlah AS$50 bi-lion hanya merangkumi 0.17 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) AS berban-ding Britain umpamanya memperuntukkan bantuan kemanusiaan paling minimum 0.7 peratus dari PNK mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 3-3-2017 06:04 PM
Paling memeranjatkan lagi ialah Arab Saudi umpamanya yang sering dituduh jarang meng-hulurkan bantuan berbentuk kemanusiaan kepada negara yang memerlukan telah menyediakan peruntukan menghampiri dua peratus daripada PNK setiap tahun iaitu perbandingan secara mudahnya Arab Saudi adalah 20 kali lebih pemurah berban-ding AS. Setiap tahun kerajaan Arab Saudi memperuntukkan sekurang-kurangnya AS$14 bilion untuk bantuan kemanusiaan seluruh dunia dan angka ini adalah keempat terbesar tetapi jika dikaitkan dengan PNK maka Arab Saudi adalah negara yang berada di tangga teratas jauh meninggalkan AS.
Berbeza dengan AS yang menggunakan bantuan kemanusiaan sebagai strategi diplomasi tersirat, tidak ramai yang mengetahui cerita sebenar Arab Saudi dalam hal yang sama. Ini adalah kerana AS menghebahkan secara meluas bantuan yang dihulurkan kerana bertepatan dengan strategi diplomasi tersirat sedangkan Arab Saudi melakukan secara diplomasi senyap tanpa ada propaganda dan hebahan.
Apabila Trump mengeluarkan arahan eksekutif melarang kemasukan rakyat asing dari tujuh negara yang majoritinya beragama Islam dan juga melarang sebarang pengambilan pelarian dari Syria, Arab Saudi umpamanya bermula dari 2011 telah menerima hampir 2.5 juta pelarian dari negara tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ironisnya tindakan Arab Saudi tidak mendapat perhatian dunia kerana dasar tersebut diamalkan tanpa wujud unsur propaganda di sebaliknya. Paling menakjubkan lagi ialah pelarian dari Syria tersebut tidak dianggap sebagai pelarian dan tidak ditempatkan di kem pelarian tetapi mereka bebas bergerak sebagai pemastautin yang sah.
Sebab itu juga mungkin ada hikmah pengurangan penglibatan Amerika dalam melaksanakan diplomasi tersirat seperti yang disarankan oleh Trump -kerana kadang kala ia diselaputi oleh strategi propaganda yang begitu berat sehinggakan rakyat AS begitu taksub dengan kepercayaan betapa tidak adilnya hanya mereka dibebani dengan tanggungjawab membantu negara lain.
Mungkin dengan wujudnya sedikit ruang yang tidak diisi oleh AS ia akan memberi peluang kepada negara lain untuk menghulur bantuan tetapi tanpa diikat dengan diplomasi tersirat.
|
|
|
|
|
|
|
|
nape negara malaysia tak masuk dalam list? |
|
|
|
|
|
|
|
failed policy in Syria, Yemen, Iraq, Libya, Turki, Opec ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|