Siapa yang tidak suka makan agar-agar bukan? Dari anak kecil hingga orang dewasa, bahan yang diperbuat dari rumpai laut ini sentiasa menjadi kegemaran.
Senang didapati dan disediakan menggunakan pelbagai resipi yang enak seperti puding dan pencuci mulut yang lain, kebanyakan dari kita belum menyedari lagi tentang kehebatannya dari sudut kesihatan.
Buat pengetahuan, agar-agar tidak mempunyai kandungan gula dan tiada kalori.
Foto: www.slurpdinner.com
Ini antara kebaikan agar-agar menurut portal kesihatan dan nutrisi Get Healthy, Get Hot:
1. Mengurangkan tekanan perasaan
Asid amino essential yang terkandung dalam agar-agar dipercayai terbukti dapat membantu orang yang sedang stress. Malah, ianya baik untuk memakan agar-agar setiap hari.
2. Mencegah sakit sendi
Kandungan kolagen dalam agar-agar dipercayai dapat membantu dalam mencegah sakit sendi.
3. Mencegah osteoporosis
Kandungan kalsium dalam agar-agar ternyata 10 kali lebih banyak berbanding kalsium dalam segelas susu.
Foto: gethealthygethot.com
4. Sebagai menu diet
Sangat sesuai dimakan ketika diet kerana ia kaya dengan serat dan vitamin.
5. Mencegah penuaan
Tahap kolagen dan kandungan asid amino essential dalam agar-agar ternyata mampu menjadikan kulit cerah dan kelihatan awet muda.
6. Melangsingkan tubuh
Kandungan serat larut dan tidak larut dalam agar-agar dapat membantu mempercepatkan tahap metabolisma badan. Ini sekaligus menjadikan perut ramping dan badan menjadi langsing.
Wah, tak sangka agar-agar yang enak ini sebenarnya banyak khasiat. Lepas ni bolehlah jadikan agar-agar sebagai menu harian ya. -CARI
Foto: jellomoldmistress.com
|