CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2197|Reply: 17

Susulan Video "Speaking London" Menjadi Viral. Apa Komen Syazwan Zain

[Copy link]
Post time 22-11-2016 09:09 PM | Show all posts |Read mode


Pemain sayap skuad Harimau Malaysia Syazwan Zainon tidak kisah apabila video sesi temu ramahnya dalam bahasa Inggeris selepas perlawanan pertama Kumpulan B Piala AFF 2016 dengan Kemboja Ahad lalu menjadi viral di media sosial.


Walaupun tidak fasih berbahasa Inggeris, Syazwan, 27, yang menjaringkan gol pertama ketika membantu kemenangan 3-2 skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mendapat pujian netizen atas keberaniannya.


“Bila dia (wartawan) tanya kita faham, tapi bila kita jawab ‘bunyi’ (ayat) lain sikit. Tapi saya selamba saja lah, bila lagi kita nak cuba, peduli apa depa (mereka) nak kata apa,” katanya ketika ditemui Arena Metro semalam.


Sebagai pemain terbaik perlawanan itu, Syazwan pemain Kedah tapi berasal dari Perlis dipanggil untuk ditemu ramah secara langsung oleh wartawan selepas tamat perlawanan.


Menurutnya, itu kali pertama dia ditemu ramah oleh wartawan asing secara langsung di televisyen.


“Ini kali pertama saya di temu ramah dalam perlawanan antarabangsa. Tapi kita kena cuba, kena belajar, kalau tak belajar sampai bila kita tak boleh.


“Banyak mesej saya terima selepas video itu menjadi viral tapi semua mesej dan komen bagi sokongan kepada saya,” katanya.


Syazwan yang membuat penampilan kedua di pentas antarabangsa menentang Kemboja dijangka bakal diturunkan oleh Kim Swe bagi aksi kedua Kumpulan B menentang Vietnam di Stadium Thuwanna esok sebelum berdepan Myanmar Sabtu ini.


- Harian Metro -



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ek eleh. Dah orang melayu. Kalau orang london tak reti cakap elok2 boleh lah caci.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada bangsa jawab je dlm bahasa dia sendiri...
Pandai2 laa reporter tu cr translator buat subtitke nnt
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jawapan dia..xyah kisah apa org ckp..kira ok la dia konfiden.

Ada je yg dapat band 6 MUET tp bila speaking err..err..err..xde keyakinan mcm nak pegi berperang plak gayanya.

Org gi perang tu takut2 pun masih smangat lg.Lembek!!
Syazwan silap2 pun yakin je. Cayalah!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe.. aku ok je klu dia nk cb. Tp klu hauk sgt, diorg xtaw nk translate, nti last2 kna edit.. pape, cubaan yg bgs
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Korg asik kutuk dia je yang tukang interview tu pun 2x5 english dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2016 10:29 PM | Show all posts
yg duk tanya bunyi lg teruk english cambo haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus2..mcm ni kita mahu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus2..mcm ni kita mahu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dia berani mencuba juga. lama2 nnt berabuk la english dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Semangat macam ini yang kita nak. Berani mencuba dan tak goyah dek cakap2 orang. Semoga berjaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je pemain bola international xreti speaking pon..alahai...

Biarla... janji dia cuba..
Poyo je sape yg duk ngutuk ni... mcm mati klau ckp english hauk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai jer player international yg x reti speaking....diorg jwb pon cmpur...
Ok jahhhh
Bla org mlysia esp mlyu mmg la kena kutuk khennn
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 11:08 AM | Show all posts
waaaahh tahniah dek! kau memang faham maksud practice makes perfect tu...

btw apa sapa boleh explain apa soalan reporter tu???
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 12:03 PM | Show all posts
ok je cara dia jawab tu
lagi ok dari wartawan yang soal dia
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 12:45 PM | Show all posts
Ok le tu berani juga dia cuba menjawab dalam bahsaa inggeris.  Kalau dia rajin bercakap dalam bahasa inggeris pasti dia akan lebih mahir lagi.  Kebolehan berbual dalam bahasa inggeris tak boleh diperolehi dengan sekadar hanya pandai membaca dan menulis dalam bahasa inggeris je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2016 02:53 PM | Show all posts
tak payah kesah la org yang ckp belakang, yang penting cuba untuk berkomunikasi dgn wartawan asing. Bagus la tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 03:10 PM | Show all posts
hina sangat ker bi tak bagus..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.051921 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list