Kejadian ini berlaku di Sharjah, Arab apabila seorang suami bertindak menceraikan isteri setelah pertama kali melihatkan wajahnya tanpa make up di pantai.
Kisah ini diceritakan kembali oleh seorang pakar psikologi yang berhadapan dengan wanita yang dicerai ini akibat mengalami penderitaan emosi dan psikologi selepas bercerai.
Si suami yang berusia 34 tahun tidak dapat menerima kenyataan setelah melihat wajah isteri tanpa makeup dan mendakwa isterinya menipu dengan membeli barangan kosmetik untuk menutup wajah sebenar.
Menurut laporan, si suami terkejut selepas melihat mekap di wajah isteri tertanggal ketika mereka sedang berenang di sebuah pantai malah tidak dapat mengenali isteri sendiri.
Lelaki tersebut dengan serta merta meminta ceraitanpa mendengar penjelasan suami. Berikutan tragedy tersebut , Dr Abdul Aziz Asaf yang merupakan konsultan psikologi kes berkenaan memberitahu bahawa wanita tersebut menderita tekanan perasaan.
Dr Asaf berkata, wanita itu juga turut melakukan pembedahan kosmetik sebelum berkahwin.
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
|