CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2715|Reply: 12

Nak Kurus Punya Pasal, 'Songlap' Duit Majikan

[Copy link]
Post time 20-10-2016 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Seorang kerani sumber manusia di London berjaya melakukan transformasi dari gemuk ke kurus, hasil pecah amanah wang majikannya yang bernilai kira-kira RM500,000.





Sumber foto: Daily Mail





Ia suatu perubahan yang amat ketara apabila Leanne Rungay, 28, berjaya menurunkan berat badannya secara mendadak! Dia kemudian mempromosikan dirinya di akaun Instagram sebagai jurulatih bagi membantu orang ramai menikmati kehidupan sihat.


Wanita dengan pengikut Instagram yang mencecah 1,600 orang itu mendakwa dengan hanya mengamalkan diet dan senaman, dia  berjaya mengurangkan berat sebanyak 31kg.





Sumber foto: Instagram Leanne Rungay





Di akaun Facebooknya, Rungay dilihat mendapat pujian daripada pengikutnya mengenai kecantikan yang dimiliki.




Sumber foto: Leanne Rungay







Walau bagaimanapun, popularitinya akan berakhir kerana perbuatannya itu sudah terbongkar dan mahkamah sesyen bakal menentukan hukuman ke atasnya.


Semasa berkhidmat dengan Spencer Ogden, Rungay memindahkan wang daripada syarikat itu ke dalam akaun simpanannya antara Jun 2014 hingga 16 September tahun lepas.


Daily Mail melaporkan, walaupun telah didakwa di mahkamah majistret Westminster, timbalan hakim daerah, Adrian Turner mendapati kes itu terlalu serius untuk dikendalikan oleh majistret dan memindahkannya ke mahkamah sesyen untuk hukuman.


Rungay dibenarkan ikat jamin sebelum sebutan kes di Mahkamah Sesyen Southwark pada tarikh yang akan ditetapkan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia guna duit tu buat sejeri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 11:44 AM | Show all posts
too bad...kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 12:03 PM | Show all posts
so, dia wat surgery la? tipu je la wat senaman ngn jaga pemakanan bagai secara alami tuh? dasar sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kat MY ada yg songlap duit anak sedara yatim piatu nk biaya perkahwinan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 02:08 PM | Show all posts
jadi dia guna duit pecah amanah untuk kuruskan badan? atau kerani yang dulu gemuk pecah amanah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2016 03:26 PM | Show all posts

ok lah dari sorok berjuta2 dalam almari
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 04:13 PM | Show all posts
Ayuh Dapatkan Segera!
Jom Sama-Sama Rasai Perubahannya!
Apa Tunggu Lagi,Jom Dapatkanya,
Tak Perlu Fikir Panjang Panjang lagi,Ini lah Jawapannya....
ELMA GANO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2016 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
nyanyan replied at 20-10-2016 06:08 AM
jadi dia guna duit pecah amanah untuk kuruskan badan? atau kerani yang dulu gemuk pecah amanah? :swe ...

kalau ikut undang undang tak sah penahanan ini. ketika melakukakn kesalahan adalah gemuk gedempol. macam dlm gambar. patutnya hakim kena cari pesalah yg gemuk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang.. sementara je semua tu.. Lps tu msk jail..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Terdesak nk cantik
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 08:46 AM | Show all posts
Duit tu guna buat lipo agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:04 PM | Show all posts
pas ni dok jail lagi slim..hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.055198 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list