CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3779|Reply: 16

Tak Senonoh! 5 Pelajar Perempuan 'Terkangkang' Main Game Di Arked

[Copy link]
Post time 18-10-2016 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Malaysian Crime Watch - MyWatch semalam memuatnaik sebuah video yang memaparkan lima pelajar perempuan masih lengkap berseragam sekolah sedang bermain game di sebuah pusat permainan di Kajang, Selangor.







Menurut MyWatch, video itu dirakam dalam sebuah premis perjudian yang beroperasi 'tanpa pengetahuan' PDRM Kajang, ADUN Kajang dan Majlis Perbandaran Kajang, di dalam Metro Point Kajang.


Video itu berdurasi selama 16 saat memaparkan rakaman lima pelajar itu sedang leka bermain game. Ia merupakan suatu pemandangan yang 'tidak manis' dipandang.


Kelakuan mereka boleh dikategorikan 'tidak senonoh'. Masakan tidak, seragam sekolah mereka saja sudah mempamerkan jati diri sebagai seorang Muslimah. Kemudian 'terkinja-kinja' sambil 'terkangkang' kaki ralit dengan game di depan mata. Di mana maruah mereka sebagai seorang Muslimah?


Papan tanda ‘Pakaian Sekolah dan Bawah Umur 18 Tidak Dibenarkan Masuk’ diletakkan di hadapan kedai namun, ia dilihat seperti 'sebagai syarat' sahaja apabila gelagat lima pelajar itu tidak mencerminkan arahan yang dikeluarkan pusat permainan tersebut.








Rakaman itu dikecam netizen yang yang mendakwa MPKJ tidak menjalankan tugas serta pandangan mereka mengenai kelakuan lima sekawan itu yang tanpa 'segan silu' berkelakuan kurang senonoh.





Sumber foto: MyWatch





Netizen berharap pihak berkuasa tempatan cepat bertindak mengambil tindakan supaya tiada lagi kejadian sama berulang. - CARI







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 01:39 PM | Show all posts
MyWatch bongok. Arked hiburan dengan pusat perjudian pun tak tau bezakan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 02:06 PM | Show all posts
panggil je la polis/pbt masa dorang tengah bersukaria tu..
takat record pastu jadi hero dalam socmed kejadah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 02:33 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-10-2016 02:06 PM
panggil je la polis/pbt masa dorang tengah bersukaria tu..
takat record pastu jadi hero dalam socme ...

rekod pastu share ni. Buat modal sendiri kot.Mcm group kt sns yg upkan gmbr budak2 yg mcm2, caption mengeji bagai, pdhal sendiri syok gamaknya.

Sick people everywhere.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 06:14 PM | Show all posts
kenapa aku rasa perasaan aku biasa n normal ja tgk vid nih..
maybe budak2 baru lepas sekolah singgah main game.
caption dia ckp tmpt perjudian? yeke judi..
bukan tukar duit dgn token je ke pastu dpt main game nih..
eh.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-10-2016 03:06 PM
panggil je la polis/pbt masa dorang tengah bersukaria tu..
takat record pastu jadi hero dalam socme ...

Exactly. Tak faham tujuan nak kena letak dekat socmed. Kalau takat arked macam ni bukannya budak sekolah je. Parents siap bawa anak kecik lagi main game kejap.

*ke ni memang pusat perjudian?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2016 08:03 PM | Show all posts
mana terkangkangnya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:28 PM | Show all posts

tak taku pulak aku kalau diri macma tu terkangkang juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 10:58 PM | Show all posts
gigahertz replied at 18-10-2016 10:28 PM
tak taku pulak aku kalau diri macma tu terkangkang juga

langkah luas  tu..

budak2 konon2 xnak lembut ala pompuan sangat
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai aja bawah umur masuk arked ..

Cuma kerana yang buatnya perempuan bertudung, terus dicop tak senonoh dan viral.

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
: i tengok takde apa2 pon...pi arkide main game pon salah ker? Tu pon kata kangkang... orang yang ambik video ni memang so annoying...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapelahh yg record ni..bkn normal aje keee
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan arcade ni kategori pusat hiburan keluarga ke? Baju sekolah mmg tak dibenarkan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 01:51 PM | Show all posts
erm gadis malaysia apa mau heran..anak2 inilah yang bakal menjadi istri laki2 malaysia satu hari nnti..harap mereka insaf.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 01:55 PM | Show all posts
kalau dah abes waktu sekolah, apa salahnya...yang takder lesen pusat hiburan tu salah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 03:53 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 19-10-2016 03:54 PM

Aku penah dulu pagi g spital n kiranya ponteng la sehari tu, tengahari g mall sorang2, ada pakcik sorang sergah suh g sekolah. Hareeyy pakcik tu, takut giler aku, hilang semua confident, aku rasa aku macam dah buat jenayah paling besar dalam dunia & rasa macam aku sorang je yang buat salah, rasa macam penjenayah aku kat dalam mall hari tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2016 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 time bebudak ni kita ada perasaan sedikit nakal tau.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.130381 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list