CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2140|Reply: 1

Dr Abdul Hayei Abdul Shukor - Untung rugi Dunia...tazkirah umum

[Copy link]
Post time 18-10-2016 12:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 18-10-2016 12:53 AM

Untung Rugi dalam Pasaran Dunia, Akhirat


Oleh ABDUL HAYEI ABDUL SUKOR

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍرَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا  قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ : الصِّحَّةُ ، وَالْفَرَاغُ
Terjemahan: Ibn Abbas RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud: “Manusia kerap rugi pada menguruskaan dua nikmat: Kesihatan dan kelapangan masa.” (Bukhari (5960) Tirmidzi (2236) dan Ibn Majah (416).
Ulasan:
Hidup di dunia merupakan satu perjalanan singkat yang berakhir dengan kematian. Oleh itu masa dan usia perlu diagihkan mengikut kewajipan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebagai khalifah di bumi. Dalam perjalanan ini, Nabi SAW memperingatkan dua nikmat yang sangat berharga seringkali disia-siakan, iaitu kesihatan dan kelapangan masa.


Kesihatan
Banyak sungguh nikmat yang kita miliki malah tidak mampu kita menghitungnya satu demi satu. Sihat dan masa lapang dalam senarai nikmat yang kita sayanginya menduduki tempat teratas dalam senarai. Ini kerana saat-saat kita menderita sakit, tiada apa lagi yang kita mampu lakukan, kita tidak mempunyai masa lapang yang cukup, kita disibukkan dengan banyak hal termasuk jadual janji temu dengan doktor dan membilang biji-biji ubat yang perlu diambil pada waktunya.
Seorang profesor dan rakan baik saya di universiti dan seorang pesakit buah pinggang mengucapkan tahniah kepada saya kerana menemui doktor sekali pada setiap empat bulan sambil memaklumkan kepada saya, dia hanya hidup selama empat hari dalam seminggu, sedang tiga hari lagi terpaksa berada di hospital kerana membuat rawatan hemodialisis. Beginilah nasib warga emas  yang menjalani sisa-sisa usia di hari tua, nikmat sihat dan masa lapang yang selama ini dinikmatinya telah ditarik.


Masa  Lapang
Nikmat kedua dalam hadis ini ialah “masa lapang”.  Masa harus dibahagi mengikut tugas dan kewajipan, banyak pihak menunggu agar tugas ini disempurnakan. Kita mempunyai tanggungjawab terhadap Allah, terhadap diri sendiri dan keluarga. Oleh itu sempurnakanlah tanggungjawab ini dengan adil.
Hadis ini mempunyai latar belakang yang sangat menarik iaitu dialog di antara Salaman al-Farisi yang menjadi tetamu Abu al-Darda’, seorang sahabat Nabi yang warak dan banyak melakukan ibadat.
Pada suatu malam setelah Abu al-Darda’ selesai makan malam bersama tetamunya, mereka tidur, Setelah berlalu separuh malam, Abu al-Darda` bangun untuk menunaikan solat tahajud seperti adat yang biasa dilakukan.
Berkata Salman: “ Tidurlah Wahai Abu al-Darda’, bukankah melayan tetamu juga satu kewajipan.”
Di sini perbezaan pendapat berlaku di antara mereka. Lalu keesokan hari mereka bertanyakan kepada Rasulullah. Sabda Nabi SAW:“Salman benar dalam tegurannya.”

Pengajaran:
1:  Seorang Muslim bagaikan peniaga yang bertanggungjawab mengurus perniagaannya.
2:  Perniagaan ini bermodalkan sihat badan dan masa lapang. Kelemahan dalam mengurus modal ini melibatkan kerugian besar.
3: Muslim selalunya rugi dalam perniagaan ini disebabkan mereka suka membuang masa tanpa faedah.



– Dr Abdul Hayei Abdul Sukor adalah bekas Dekan dan Pensyarah di Fakulti Usuluddin, Akademik Pengajian Islam,Universiti Malaya (UM)
PETIKAN MAJALAH DAKWAH

17/10/2016By yadim   Wacana Ilmu   


About the author - Penerima anugerah MaalHijrah , salahs eorang yg berpengetahuan dalam falsafah & Islam...







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 09:21 AM | Show all posts
benar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.075476 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list